Ahad, Januari 17, 2016

Chocolate Fudge Brownies | Brownies Kedut



Sejak kebelakangan ni agak viral juga kehadiran brownies kedut ni. Secara jujur sebelum ni memang tak pernah buat brownies.. mula - mula kenal brownies masa nampak Kak Faridatul Azna yang meletop dengan jualan Brimm Brownie nya di Facebook.
Nak dijadikan cerita, lepas habis pantang bulan 12 tahun lepas (biasalah tekak baru habis pantang ni memang macam - macam nak makan) teringinnya rasa nak makan.. apalagi kelentang kelentung kat dapur dah pun siap seloyang brownies.. makan puas - puas!

Maka dengan sikap kepohnya saya pun upload gambar brownies ni di Facebook.. dengan caption "Terbuat brownies tanpa sengaja" sebab masa upload tu terbayang muka amar bahrain (eh!) tak sangka berduyun duyun (lah.. sangaaatttt) pulak orang yang hantar mesej kata nak order. Orang kata benda - benda sedap ni kenalah kongsi bersama kan.. maka saya pun buka oder brownies dengan harga promosi sempena hujung tahun disamping nak memperkenalkan produk baru dari saya.. Alhamdulillah rezeki tak disangka dalam tempoh 3 minggu hampir 30 kotak brownies yang terjual.

Saya jual sekotak brownies saiz 10 x 10 inci. Jualan masih menggalakkan hingga kini. Terdapat beberapa pilihan brownies antaranya adalah brownies kosong, brownies dengan tambahan kacang, brownies dengan tambahan nutella, brownies cheese marble & brownies cheese bluberi marble (tiba-tiba terpromosi pulak)


Choc Fudge Brownies
Brownies dengan Kekacang
Brownies dengan Nutella
Marble Cheese Brownies
Blueberry Cheese Brownies

Tempahan dibuka untuk kawasan Jerteh, Besut & Setiu Terengganu
Whatsapp 019-9984231 untuk tempahan atau sebarang pertanyaan
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...