Rabu, Januari 06, 2016

Sesi Persekolahan 2016



3 Januari 2016
Besut, Terengganu

Hari pertama sesi persekolahan 2016 bagi negeri negeri pantai timur & johor
macam biasa adik & abang excited nak naik sekolah ni terutama abang sebab tahun ni sekolah baru, cikgu cikgu baru, kawan kawan pun baru

Alhamdulillah abang Aiman diterima masuk ke Sekolah Menengah Agama Maarif.. memang dari awal tahun abang darjah 6 lagi ibu dan ayah dah target nak abang lulus cemerlang dalam UPSR supaya layak masuk ke sekolah menengah agama.. akhirnya tercapai.. terima kasih Allah

adik Ain pula naik ke darjah 5B tahun ni.. kekal kelas B walaupun target nak dia naik ke kelas 5A .. so tahun ni ibu ayah minta dia usaha lebih gigih untuk melayakkan diri pula masuk kelas 6A untuk sesi 2017 nanti.. insyaAllah

tapi tahun ini adik diberi amanah oleh guru untuk jadi Pengawas Pustaka.. seronok adik sebab dia kata nanti dia boleh baca buku banyak banyak semasa bertugas.. alhamdulillah baca buka yang boleh tambah ilmu ya sayang.. jangan buku kartun pula.. sekali sekala tu its ok.. buat rehat minda

seminggu dua sebelum naik sekolah kami suami isteri memang agak sibuk uruskan perihal pendaftaran sekolah.. beli kelengkapan baju uniform.. buku buku alatulis.. lecak jugalah ketiak dibuatnya.. hihihi

tapi tak apa bak kata orang tua tua biar susah sekarang.. asal senang kemudian
tinggal lagi harapan kami agar anak anak dapat tunjukkan minat belajar.. bercita cita nak buat yang terbaik untuk masa depan.. balas jasa & kebaikan yang ibu ayah dah beri.. cukup dengan itu maka hilanglah penat lelah ibu ayah nanti.. selebihnya kita serah pada yang di atas.. tawakal padaNya

InsyaAllah jika ada usaha pasti ada ganjaran.. moga dipermudahkan urusan kita semua.. diberi kecemerlangan dunia & akhirat.. aamiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...