Khamis, Januari 08, 2015

KUIH KASTURI SEHARUM KASTURI



Assalamualaikum

KUIH KASTURI
ini antara kuih kegemaran saya.. last saya pernah buat sendiri kuih ni masa kerja di cafe UTM skudai
dah lama dulu.. mungkin dalam  6 tahun lepas... lama kan?

tapi insyaAllah masih ingat resepi & step by step nak membuatnya

bahan tak banyak.. cuma kacang hijau, kelapa parut putih, gula & tepung gandum sikit

*kacang hijau rebus dulu sampai empuk.. jangan terlebih empuk takut hancur sangat
toskan air lebihan rebusan tu & campurkan gula pasir ikut suka nak manis mcmana
campur kelapa parut putih & campur gandum sikit (anggaran adunan ni dapat dikepal)

adunan dah siap ni kepal2 & penyekkan sampai dapat bentuk leper
kemudian celup dalam tepung goreng pisang & goreng dalam minyak penuh

tepung goreng pisang pun bahan tak banyak.. cuma tepung beras, sebiji telur, sedikit air kapur, sedikit garam & dibancuh dgn air.. jangan terlalu cair ya

petang tadi kebetulan ada anak bujang nak tolong ibu dia kat dapur.. maka start lah projek
bahan2 pun memang ada kat rumah

kualiti masa berharga dengan anak2 + puas hati dapat buat sendiri & makan banyak2
NOM...NOM...NOM


         


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...