Isnin, Oktober 08, 2012

IT'S MY BIRTHDAY 81080

assalamualaikum,

hari ni kita seronok, dari pagi sampai malam kita asyik senyum je... anak2 pun tak buat hal sangat, mungkin mereka faham hari ni hari special ibu mereka sebab tadi balik sekolah ayah dah suruh salam ibu sambil ucapkan selamat hari lahir & doakan ibu panjang umur...
 sayang anak2 ibu!

encik suami pun pagi2 sebelum gi kerja dah wish sampai saya menitiskan air mata,
 ...thanks sayang

lepas suami dgn anak2 gi kerja & sekolah, saya pun bukak fb sebelum memulakan tugas sebagai surirumahtangga & nak baking sebiji kek chocolate moist utk tempahan hari ini

bertambah2 terharu bila berderet2 dapat ucapan selamat hari lahir dari rakan maya samada yg kenal atau tidak secara langsung dgn saya, memanglah birthday friend fb kita akan naik dekat news feed atau apa kejadah yg sebelah kanan tu saya pun tak pasti lah, tapi kalau kita tak nak wish pun kita boleh buat tak nampak je benda tu

tapi bagi yg berminat, mereka akan bersusah payah klik dekat nama kita untuk wish birthday dekat timeline saya, terima kasih banyak2 saya ucapkan

petang tadi dalam kelebatan hujan dekat bandar jerteh ni, kami berempat dengan gigihnya menghadirkan diri ke pizza hut yg baru buka bulan puasa lepas kat sini

plan mula2 nak makan ikan bakar dekat tok bali, dah aim satu tempat ni yg mcm ramai org tapi tak pernah masuk lagi, oleh kerana hujan yg agak lebat, kami tukar plan pergi yg dekat2 je

ini lah antara menu yg dioder



 
 air asam boi tu serius sedap (akan oder air ni setiap kali)



 
island supreme (mmg my fav) dgn apa ntah satu lagi, tak berapa sedap :(


*tiba2 ada KFC plak kat pizza hut kan, si bujang aiman nak sgt makan... tapaw kan dia je 6 ketui



memang tak tinggal oder lasagna setiap kali, tapi yg ni rasa tak berapa nak masyuukla... mcm tepung dia tebal sangat ke apa, tak macam yg biasa saya makan...
emmm, nasib baik orang belanja



*untuk hari lahir saya pada tahun ni, saya berazam untuk terus memperbaiki diri, membahagiakan keluarga kecil saya tu (membesarkan mungkin lain tahun) nak didik anak2 dgn penuh hikmah, tak nak marah2 sgt sebab anak pun dah makin membesar, nak tambah koleksi kek atau apa2 menu lagi  untuk perniagaan kecil2an saya lagi, semoga Allah memudahkan segala urusan saya & memanjangkan umur serta mengurniakan nikmat iman & kesihatan yg berkekalan buat saya... aamiin...aamiin...aamiin ya rabbal alamin


 
ini lah kek yg saya buat tadi, oder dari wani... kebetulan birthday anak dia sama dgn saya

HAPPY BIRTHDAY TO YOU ZARA!!! (nak oder area jertih klik SINI)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...