Rabu, Mei 16, 2012

RITA RUDAINI & AIDIL ZAFUAN, ALHAMDULILLAH TAK JADI CERAI



disamping nak kongsi gembira dgn berita ni, saya amat suka dgn tudung AIDIJUMA yang dipakai oleh Rita ni, antara koleksi aidijuma ada juga yang tak ikut spec yg betul dlm tuntutan syarak, pandai2lah memilih ok...



Dalam prosiding ringkas di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam petang ini, Aidil Zafuan membuat tuntutan balas terhadap permohonan tunjuk sebab bercerai daripada Rita Rudaini yang di’failkan minggu lalu. 


Menurut Aidil Zafuan, permohonan sebab dari pihak Rita Rudaini membuktikan yang isteri’nya itu masih mahu bersama beliau dan mahukan perkahwinan ini terus kekal.
Oleh itu, Aidil Zafuan bersetuju untuk membatalkan tuntutan cerai yang beliau failkan sebelum ini & memohon Rita Rudaini juga anak anak untuk berpindah ke rumah beliau di USJ 1.


“Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami,” ujar Aidil Zafuan di luar dewan.


Di’tanya rasional atas tuntutan pindah rumah ini, Aidil Zafuan berkata beliau lebih selesa untuk tinggal di’rumah yang di’berikan majikan beliau kini & sesuai dengan pendapatan beliau sekarang.


kredit gambar & sumber: ROTIKAYA



alhamdulillah, mungkin masing2 masih menyimpan perasaan sayang, mungkin juga demi anak2... menangislah syaitan sebab pasangan adam & hawa ini tak jadi nak runtuhkan masjid & terselamat dari fitnah...




aidil jagalah rumahtangga baik2, tanggungjawab berat diakhirat nanti jika tak dapat jalankan amanah Allah dgn baik sebagai ketua rumahtangga, semoga rumahtangga kalian kembali harmoni... amin

Wordless Wednesday: PEWARNA MAKANAN



Sweet Berry Trading
4662-C, Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bahru, Kelantan. Tel: 09-747 3682


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...