Isnin, Mei 14, 2012

PETUA KALAU LINTAH MASUK DUBUR



KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.
Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.

Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.
“Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira 500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur.
“Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek menyuruh makan belalang.
“Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

sumber: HARIAN METRO ONLINE


*serius tak pernah dengar tentang petua ni, hari khamis ni pergi rumah mak sedara kat Setiu nak tanya dia lah, yelah biasa orang tua2 memang ada petua sendiri maklumlah zaman dulu hospital2 ni tak banyak... kalau ada pun jauh nak pergi, klu memang sahih boleh dikongsi bersama terutama untuk encik suami yg rajin sgt masuk paya cari ikan sungai ni...


BERCERITA MASALAH DIANGGAP KEKURANGAN LELAKI

 
Jangan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh suami seperti mana polis menyiasat pesalah, dan mahukan soalan yang diajukan segera dijawab dalam masa yang cepat.

Seorang lelaki, tidak seperti wanita yang suka bercerita masalah mereka. Bercerita tentang masalah dianggap sebagai kekurangan dalam dunia lelaki.

Cara seorang lelaki 'menyelesaikan' masalah mereka ialah dengan menjauhkan diri untuk melihat masalah sebenar dan berfikir.

Jadi jika mahu membantu suami, tunggulah sehingga dia bersuara dan menyatakan masalah mereka. Jangan banyak memberikan cadangan, tetapi berikan sokongan emosi..

Di kala itu, seorang suami yang menghadapi masalah mahu dilayan sebagai seorang kanak-kanak lelaki yang mahu mendapat manjaan dari seorang ibu.
sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
 
*perkongsian info ini sangat bertepatan & benar dari pandangan saya juga, sebab itu saya kongsikan di sini buat panduan & peringatan isteri2 diluar sana untuk mengenali & mempelajari sedikit sebanyak fitrah serta sifat semulajadi suamimu  
*info ini juga boleh dimanfaatkan untuk adik2 saya yang bakal bergelar isteri suatu hari nanti
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...