Rabu, Mac 28, 2012

ABBY ABADI BERTUDUNG sweet sangat



 Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang muslimah.

"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti.

"Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja. Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya," kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah.


 sejuk mata memandang perubahan Abby sekarang... gambar ni diambil dari FB page Abby, mungkin ada yang sceptical dgn penghijrahan Abby... bertudung sebab dah tak laku lah... sebab putus cinta lah... sebab dah tua lah... biasalah manusia, selagi tak nampak neraka Allah memang tak akan berhenti berkata buruk tentang orang... baik salah, jahat lagi salah...

yang penting hanya Abby yang tahu tentang kehidupannya... dalam banyak2 gambar, saya suka gambar diatas sebab utamanya saya suka warna pink, inner pink yang Abby pakai tu menyerlahkan wajah dia yang putih...

semoga kehidupan Abby lebih tenang setelah mendekatkan diri dgn Maha Pencipta, bumi Allah luas... yakinlah bahawa janji Allah pasti bagi mereka yg bersabar

*lepas ni bolehlah Abby delete mana2 gambar yg free hair tu kan...






Wordless Wednesday: TALAM ABOK ABOK






talam abok2 tempahan dari cikgu Tg Jailani sempena majlis doa selamat beliau nak ke Mekah
*boleh clik menu bar untuk katalog tempahan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...