Rabu, Oktober 10, 2012

PULUT KUNING DI HARI LAHIRMU 9102012



salam buat yg membaca entry ini

malam tadi (9hb okt 2012) adalah tarikh hari lahir suami kepada sahabat saya (tini) yang juga schoolmate saya dulu masa kat jb, suami dia ni pulak classmate saya (shah), kira pasangan ni memang kawan saya ketika dibangku sekolah dulu

terpisah beberapa tahun, tak sangka jumpa semula di daerah besut, terengganu ni
wifey sekarang kerja kat AADK cawangan kg raja, hubbynya pulak kerja di TUDM gong kedak, saya je yg xde pendidikan tinggi ni jadi suri rumah je...hehe

mlm tadi, dirumah mereka diadakan sikit acara kecil kecilan memotong pulut kuning (saya buat) yang ditempah oleh tini, surprise je ni sebenarnya... suami dia langsung tak tau

dengan beberapa lagi jenis hidangan & beberapa orang kenalan lagi, majlis pun diadakan dgn meriahnya sebab semua yg hadir tu sporting2 belaka

selain tu, saya juga hadiahkan tini &shah dgn kek coklat moist ni... buat tambah2 orang kata (menu utama laksa johor yg saya dah lama sangat tak makan sejak2 merantau)



yang menariknya... saya langsung tak wish apa2 pun kat birthday boy... ahaha sedap sangat melantak, terus hilang ingatan (cheese cake yg dihidangkan sangat sedap)

cuma time nak balik je cakap terima kasih kat mereka berdua (ucap dengan muka tak bersalah sebab tak wish happy birthday... heheh)

so dikesempatan ini, saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR KE 32 buat shah (MOHAMAD SHAH BIN HASSAN), semoga panjang umur murah rezeki, sentiasa sihat & bahagia bersama keluarga tersayang, diberkati & romantik selalu... suka tgk korang berdua dgn zahin yg comel tu, zahin dah nak dapat adik nanti tau... so jgn nakal2)

*kedua2 makanan diatas boleh ditempah untuk area jertih KLIK SINI

p/s: dalam kita menyambut hari kelahiran orang tersayang atau kenalan, ada juga insan yg sedang bersedih kerana kehilangan orang yang sangat rapat iaitu kak adza irdawati atau lebih dikenali dgn MAK DARA yg telah kehilangan ayahnya yg tersayang pada 8 oktober lepas, salam takziah dari blog IG buat seluruh ahli keluarga mak, moga tabah menghadapi & arwah akan ditempatkan dikalang insan yg beriman... al-fatihah



13 ulasan:

Ismiey Iz berkata...

sedapnya pulut kuning ... :) rindu pulak nak mkn pulut kuning ..

IBU GEBU berkata...

is

boleh cuba buat sendiri nanti... tak cuba tak tau

~AmyLiana86~ berkata...

akak cantiknya pulut kuning tu..amy suka..aritu ingat nk tempah wat kawin tp cari area terengganu xde orang buat..nk tempah kat kl takut basi..huhu

Syazwan Che Deraman berkata...

Laaa..ibu gebu ni dok jerteh.

saya dok kampung baharu.
dekat dengan gong kedak.

Sue Saari berkata...

issskkk..menggoda sungguh pulut kuning tu...terliuq... ;)
dan deco nya sangat chantekkkkk..

IBU GEBU berkata...

terima kasih Amy

biasa2 je dik (merendah diri lah pulak)

tak apa amy, mungkin satu hari nanti awak akan berjaya buat sendiri, puas hati tau dapat makan hasil kerja sendiri :)

IBU GEBU berkata...

syazwan,

laaa... iya ke? dekat je tu

bolehlah IG datang rumah raja haji ni, awak pilot fire fly kan?

*nak sewa pesawat boleh? (tiba2... ahaha)

jemputlah datang rumah IG... sekangkang kera aje kot dari rumah awak

IBU GEBU berkata...

sue,

terima kasih sue... deko biasa2 je dik

IG baru belajar2 sebenarnya :)

cci berkata...

wawawa.. sedap semuanya. ^_^

Sari Yusa Ibrahim berkata...

Salam kenal Ibu Gebu..

Cantik & kemas jer pulut kuning tu, mesti sedap rasanya, kannnn. Kek coklat tu memang tak perlu dikatalah, tengok rupa dah tahu nikmatnya siapa yg dapat merasa..

p/s : Saya baru lepas makan laksa Johor.. hehe

Asmar Arafad berkata...

sya dtg bw dan follow sini

airis aries berkata...

Salam..sume nyer sedap2 belaka,nak cuba wat gak lah resepi apam polkadot,mcam menarik je kaler di

airis aries berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...