Rabu, Mei 09, 2012

SEBELUM LIKE, SHARE, REBLOG ATAU TWEET


perkongsian dari FB page Ustazah Pilihan Firuz Akhtar yang lebih menyeluruh merangkumi LIKE & SHARE gambar, berita, hiburan dsbnya...


perkongsian dari UAI pula mengkhusus kepada LIKE gambar wanita yg tak menutup aurat


sebelum ni saya memang selalu LIKE & SHARE gambar artis yang saya suka, ada juga dari gambar rakan2 FB dan sahabat2 saya sendiri, tapi selepas saya tahu bahawa perbuatan itu seolah2 menyokong saudara islam saya sendiri melakukan dosa, saya berfikir, bermuhasabah dan ternyata ada kebenarannya... dalam hati saya mendoakan mereka sedar & berubah kearah islam secara keseluruhannya bukan separuh2


perbuatan LIKE gambar2 yang tidak menutup aurat terutamanya gambar wanita ini bagi saya ibarat encik A yg membuat simpanan wang dalam bank untuk pergi bercuti ke Singapura, setiap bulan dia akan masukkan RM300 dalam akaunnya, sampai masa bercuti dia nak keluarkan duit tu tapi pihak bank kata setiap hari ada transaksi RM10 dikeluarkan dari akaunnya (tanpa pengetahuan encik A) melalui mesin ATM dan wang dalam akaunnya telahpun habis dikeluarkan kesemuanya, tiada apa yang tinggal!!!

samalah seperti kita rasa kita dah sembahyang hari2, puasa semua cukup tak pernah tinggal, rajin sedekah, sampai masa kita dihisab dipadang masyhar, malaikat keluarkan buku akaun kita tak ada atau amat sedikit pahala yang dicatatkan, ini berpunca dari perbuatan kita yg suka LIKE2, SHARE2 benda2 mcm ni yang sedikit demi sedikit menarik pahala dari buku akaun kita bertukar kepada dosa dan akhirnya kita mengadap Allah dihari pembalasan kelak dalam keadaan MUFLIS!!!.... wallahua'lam


*LIKE & SHARE gambar orang lain dah muflis, apatah lagi SHARE gambar sendiri yang tak menutup aurat secara sempurna dan menjadi tontonan umum... fikir fikirkan lah

*NASIHAT & PERINGATAN BUAT DIRI SAYA SENDIRI JUGA YANG BANYAK BERDOSA INI



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...