Khamis, Mei 10, 2012

KUAH ROJAK BUAH



malam tadi kan MAMAT ni ada post kat blog dia pasal resepi berasaskan jambu batu, resepi yang sangat2 mahal sampaikan saya komen kat blog dia kata chef2 hotel 5 bintang pun gerenti menangis baca resepi tu... x taulah dia baca ke tidak komen tu...
*tapi kuah rojak MAK BEE tu mmg famos kat kedah (jiran saya org kedah)

lepas baca entry tu tiba2 mengidam jambu batu pulak kan, hari tu mengidam
 KEK INDULGENCE... so hubby balik rehat tengahari tadi pesan kat dia suh belikan seedless guava, dengan semangat sayangkan isteri encik hubby pun beli lah 1kg jambu

 saya pulak dgn gigihnya menyiapkan kuah rojak ni ambik dari FP kak Hanieliza, dulu dah pernah buat sekali tapi tak masuk blog, cuma buat kali ni saya tambah 1st tepung jagung nak bagi kuah tu likat sikit, saya share kat sini pulak resepinya bagi sesiapa yg nak mencuba... minta izin ya kak Liza
  
KUAH ROJAK

Bahan A
15 biji cili api tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang
1 cawan kicap lemak biasa
3 s/b gula

1 s/b bijan goreng tanpa minyak
1/2 cawan kacang tanah, digoreng dan dtumbuk kasar  

Cara:
1. Mesinkan semua bahan A dalam blender..
2. Masakkan dalam kuali sehingga pekat 
    *saya tambah 1st tepung jagung untuk likatkan kuah
3. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan. 
    *saya tak letak kacang tanah sebab tak ada stok kat rumah




 
kacang tanah tumbuk ganti dengan cornflakes yg diramas, sedap jugak... rangup & kena dengan kuah rojak tu... cubalah!



5 ulasan:

Amie berkata...

Selamat petang Ibu gebu,
memang nak nagis tengok kuah rojak tu... kalau dah jumpa rojak berkuah begini, makan pun tak tahu bila nak berhenti,... sedap sangat!

IBU GEBU berkata...

alahai... nak nangis sampai, amy jom buat sendiri dik, mudah aje... boleh makan puas2

ummiarissa berkata...

kuah rojak buat sendiri ye...sedap tu

IBU GEBU berkata...

kak Ida, sedap tau... puas hati dapat makan banyak2, jom cuba buat!

ahdaus berkata...

Tumpang...kalu sesiapa nak try kuah rojak mak bee ready made bleh cuba gi ke http://madeinkedah.blogspot.com nie TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...