KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya
Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor
lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki
duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah
hari kelmarin.
Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal,
Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun
duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.
Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25
sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu
dengan makan belalang.
“Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira
500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada
lintah masuk dalam dubur.
“Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan
keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek
menyuruh makan belalang.
“Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
*serius tak pernah dengar tentang petua ni, hari khamis ni pergi rumah mak sedara kat Setiu nak tanya dia lah, yelah biasa orang tua2 memang ada petua sendiri maklumlah zaman dulu hospital2 ni tak banyak... kalau ada pun jauh nak pergi, klu memang sahih boleh dikongsi bersama terutama untuk encik suami yg rajin sgt masuk paya cari ikan sungai ni...


8 ulasan:
eeee..yerkkk...
kegelian , kengerian..semua ader
cant imagine
oh..sangat geli dengan spesis lintah ni...mujarab juga petua orang2 tua,tapi makan belalang ke?tak sanggup ler..
ngeri tengoknya...
cik cempaka, tak payah imagine lah... nanti mengigau malam saya tak tau... hehehe
kak ida, ita lagi geli kak... cacing, cicak, pacat, lintah apatah lagi... semua geli!!!
belalang tu kalau dah itu penawarnya terpaksa jugak ditelan... huhu (sambil tutup mata)
salmi, ngeri campur seram kan... eeeuuuwww!!!
Salam Ibu gebu.. salam ukhwah dari akak.. terima kasih sudi singgah dapur akak dan follow akak.. macehh muahh... dah follow dah tau..
hadoii bukak2 nampak apam dot2 yang manja aje warnanya.. suka betul!
nampak aje lintah tu.. dah macam nak pengsan dah ni... tutup mata tau ni masa nak menaip ehehe.. geli!!!!
hati2 lepas ni.. jgan suka2 masuk paya... huhuhu
Catat Ulasan