Isnin, Mei 21, 2012

JUS CALAMANSI aka UBAT BATUK





JUS CALAMANSI atau nama kampungnya JUS LIMAU KASTURI, sangat sedap diminum sejuk atau bancuh guna air masak biasa sahaja, harga tak mahal 1 liter cuma RM 9

kenapa tajuk ni saya tulis aka UBAT BATUK? sebab kalau time saya rasa tekak saya perit, tanda2 nak kena batuk... saya akan bancuh jus ni dalam 1/2 cawan je dan minum sebelum tidur, insyaAllah dalam 2 hari akan ok semula... tak percaya? cubalah sendiri

mungkin sebab kandungan limau kasturi yg masam tu membantu mencairkan lendir & kahak dalam tekak kita, anak2 saya pun saya amalkan minum jus ni kalau mereka kena batuk... dengan syarat bancuh sedikit sahaja sebab jus ni masam manis, minum banyak2 takut tak lalu

biasa saya letak 2 sudu jus + 1/2 cawan air masak & diminum sekali lalu... sangat berkesan!





terdapat variety perisa untuk jenama NUTRIFRES ini, semua sedap2 belaka... dulu masa saya buka kedai jual ice blend memang saya guna jenama ini, tak nak jenama lain sebab harga murah, jus yang pekat & tentunya rasa yg sedap...



Rabu, Mei 16, 2012

RITA RUDAINI & AIDIL ZAFUAN, ALHAMDULILLAH TAK JADI CERAI



disamping nak kongsi gembira dgn berita ni, saya amat suka dgn tudung AIDIJUMA yang dipakai oleh Rita ni, antara koleksi aidijuma ada juga yang tak ikut spec yg betul dlm tuntutan syarak, pandai2lah memilih ok...



Dalam prosiding ringkas di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam petang ini, Aidil Zafuan membuat tuntutan balas terhadap permohonan tunjuk sebab bercerai daripada Rita Rudaini yang di’failkan minggu lalu. 


Menurut Aidil Zafuan, permohonan sebab dari pihak Rita Rudaini membuktikan yang isteri’nya itu masih mahu bersama beliau dan mahukan perkahwinan ini terus kekal.
Oleh itu, Aidil Zafuan bersetuju untuk membatalkan tuntutan cerai yang beliau failkan sebelum ini & memohon Rita Rudaini juga anak anak untuk berpindah ke rumah beliau di USJ 1.


“Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami,” ujar Aidil Zafuan di luar dewan.


Di’tanya rasional atas tuntutan pindah rumah ini, Aidil Zafuan berkata beliau lebih selesa untuk tinggal di’rumah yang di’berikan majikan beliau kini & sesuai dengan pendapatan beliau sekarang.


kredit gambar & sumber: ROTIKAYA



alhamdulillah, mungkin masing2 masih menyimpan perasaan sayang, mungkin juga demi anak2... menangislah syaitan sebab pasangan adam & hawa ini tak jadi nak runtuhkan masjid & terselamat dari fitnah...




aidil jagalah rumahtangga baik2, tanggungjawab berat diakhirat nanti jika tak dapat jalankan amanah Allah dgn baik sebagai ketua rumahtangga, semoga rumahtangga kalian kembali harmoni... amin

Wordless Wednesday: PEWARNA MAKANAN



Sweet Berry Trading
4662-C, Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bahru, Kelantan. Tel: 09-747 3682


Isnin, Mei 14, 2012

PETUA KALAU LINTAH MASUK DUBUR



KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.
Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.

Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.
“Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira 500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur.
“Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek menyuruh makan belalang.
“Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

sumber: HARIAN METRO ONLINE


*serius tak pernah dengar tentang petua ni, hari khamis ni pergi rumah mak sedara kat Setiu nak tanya dia lah, yelah biasa orang tua2 memang ada petua sendiri maklumlah zaman dulu hospital2 ni tak banyak... kalau ada pun jauh nak pergi, klu memang sahih boleh dikongsi bersama terutama untuk encik suami yg rajin sgt masuk paya cari ikan sungai ni...


BERCERITA MASALAH DIANGGAP KEKURANGAN LELAKI

 
Jangan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh suami seperti mana polis menyiasat pesalah, dan mahukan soalan yang diajukan segera dijawab dalam masa yang cepat.

Seorang lelaki, tidak seperti wanita yang suka bercerita masalah mereka. Bercerita tentang masalah dianggap sebagai kekurangan dalam dunia lelaki.

Cara seorang lelaki 'menyelesaikan' masalah mereka ialah dengan menjauhkan diri untuk melihat masalah sebenar dan berfikir.

Jadi jika mahu membantu suami, tunggulah sehingga dia bersuara dan menyatakan masalah mereka. Jangan banyak memberikan cadangan, tetapi berikan sokongan emosi..

Di kala itu, seorang suami yang menghadapi masalah mahu dilayan sebagai seorang kanak-kanak lelaki yang mahu mendapat manjaan dari seorang ibu.
sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
 
*perkongsian info ini sangat bertepatan & benar dari pandangan saya juga, sebab itu saya kongsikan di sini buat panduan & peringatan isteri2 diluar sana untuk mengenali & mempelajari sedikit sebanyak fitrah serta sifat semulajadi suamimu  
*info ini juga boleh dimanfaatkan untuk adik2 saya yang bakal bergelar isteri suatu hari nanti
 

Khamis, Mei 10, 2012

KUAH ROJAK BUAH



malam tadi kan MAMAT ni ada post kat blog dia pasal resepi berasaskan jambu batu, resepi yang sangat2 mahal sampaikan saya komen kat blog dia kata chef2 hotel 5 bintang pun gerenti menangis baca resepi tu... x taulah dia baca ke tidak komen tu...
*tapi kuah rojak MAK BEE tu mmg famos kat kedah (jiran saya org kedah)

lepas baca entry tu tiba2 mengidam jambu batu pulak kan, hari tu mengidam
 KEK INDULGENCE... so hubby balik rehat tengahari tadi pesan kat dia suh belikan seedless guava, dengan semangat sayangkan isteri encik hubby pun beli lah 1kg jambu

 saya pulak dgn gigihnya menyiapkan kuah rojak ni ambik dari FP kak Hanieliza, dulu dah pernah buat sekali tapi tak masuk blog, cuma buat kali ni saya tambah 1st tepung jagung nak bagi kuah tu likat sikit, saya share kat sini pulak resepinya bagi sesiapa yg nak mencuba... minta izin ya kak Liza
  
KUAH ROJAK

Bahan A
15 biji cili api tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang
1 cawan kicap lemak biasa
3 s/b gula

1 s/b bijan goreng tanpa minyak
1/2 cawan kacang tanah, digoreng dan dtumbuk kasar  

Cara:
1. Mesinkan semua bahan A dalam blender..
2. Masakkan dalam kuali sehingga pekat 
    *saya tambah 1st tepung jagung untuk likatkan kuah
3. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan. 
    *saya tak letak kacang tanah sebab tak ada stok kat rumah




 
kacang tanah tumbuk ganti dengan cornflakes yg diramas, sedap jugak... rangup & kena dengan kuah rojak tu... cubalah!



Rabu, Mei 09, 2012

SEBELUM LIKE, SHARE, REBLOG ATAU TWEET


perkongsian dari FB page Ustazah Pilihan Firuz Akhtar yang lebih menyeluruh merangkumi LIKE & SHARE gambar, berita, hiburan dsbnya...


perkongsian dari UAI pula mengkhusus kepada LIKE gambar wanita yg tak menutup aurat


sebelum ni saya memang selalu LIKE & SHARE gambar artis yang saya suka, ada juga dari gambar rakan2 FB dan sahabat2 saya sendiri, tapi selepas saya tahu bahawa perbuatan itu seolah2 menyokong saudara islam saya sendiri melakukan dosa, saya berfikir, bermuhasabah dan ternyata ada kebenarannya... dalam hati saya mendoakan mereka sedar & berubah kearah islam secara keseluruhannya bukan separuh2


perbuatan LIKE gambar2 yang tidak menutup aurat terutamanya gambar wanita ini bagi saya ibarat encik A yg membuat simpanan wang dalam bank untuk pergi bercuti ke Singapura, setiap bulan dia akan masukkan RM300 dalam akaunnya, sampai masa bercuti dia nak keluarkan duit tu tapi pihak bank kata setiap hari ada transaksi RM10 dikeluarkan dari akaunnya (tanpa pengetahuan encik A) melalui mesin ATM dan wang dalam akaunnya telahpun habis dikeluarkan kesemuanya, tiada apa yang tinggal!!!

samalah seperti kita rasa kita dah sembahyang hari2, puasa semua cukup tak pernah tinggal, rajin sedekah, sampai masa kita dihisab dipadang masyhar, malaikat keluarkan buku akaun kita tak ada atau amat sedikit pahala yang dicatatkan, ini berpunca dari perbuatan kita yg suka LIKE2, SHARE2 benda2 mcm ni yang sedikit demi sedikit menarik pahala dari buku akaun kita bertukar kepada dosa dan akhirnya kita mengadap Allah dihari pembalasan kelak dalam keadaan MUFLIS!!!.... wallahua'lam


*LIKE & SHARE gambar orang lain dah muflis, apatah lagi SHARE gambar sendiri yang tak menutup aurat secara sempurna dan menjadi tontonan umum... fikir fikirkan lah

*NASIHAT & PERINGATAN BUAT DIRI SAYA SENDIRI JUGA YANG BANYAK BERDOSA INI



Isnin, Mei 07, 2012

Goodie Bag | KIST Travel & Tours

macam tau2 je makcik minat warna pink
petang semalam, adalah 2 orang mamat ensem naik kereta wira merah parking depan rumah saya, nak kata rombongan merisik, anak dara saya kecik lagi... takkan merisik makcik kot... makcik bukannya hot mcm nora danish tu... hihihi

dengan muka sucinya, my hubby pun keluar... rupanya budak 2 orang tu nak bagi goodie bag, mereka adalah student ke staff ke tak pastilah pulak, dari KIST (Kolej Islam Sains & Teknologi) berpangkalan di Bachok, Kelantan yang juga merupakan kampus utama KIST, untuk rekod KIST ju mempunyai cawangan di seluruh Malaysia seperti Terengganu(KISTCT), Institut Teknologi Sarawell(Sarawak), Stategi Kolej(Sabah), Kolej Iptura(Kedah), Melaka & Johor

goodie bag ini adalah salah satu rangka promosi mereka untuk mempromosikan KIST Travel & Tours, dalam bag tu adalah risalah2 pelancongan dengan harga pakej yang murah serta cenderahati seperti pen & keychain

antara lokasi2 pelancongan yang dipromosikan adalah Langkawi, Cameron Highlands, Melaka, Tasik Kenyir, Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan terbaru Kuching, Sarawak dengan harga pakej yang sangat murah...

Contoh Pakej:

LANGKAWI
Pakej Budget 3 hari 2 malam
(RM195 / seorang) Minimum 2 orang

-penginapan di Motel Warisan Tok Wan
-Kereta sewa pandu sendiri (Viva / Wira)
-Island hopping
-Lawatan 3 Pulau (Pulau Dayang Bunting, Singa Besar & Beras Basah)

sangat berpatutan ok, terdapat juga harga pakej untuk rombongan pelajar, serta pakej keluarga...

untuk maklumat lanjut boleh menghubungi;
KIST Travel & Tours
Lot 3, Ri-Yaz Heritage Marina Resort  & Spa
Pulau Duyong 21300 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

Hotline: 019-9850423 (Pn Rahimah) atau 019-9556723 (Pn Alia)
e-mail: kistravel.tour@kist.edu.my

atau klik sahaja DISINI dan klik pada pautan KIST Travel & Tours


sangat suka dgn pen tu... comey


*KIST adalah Kolej Sains Kesihatan yang terbesar di pantai timur milik BUMIPUTRA, jom sama2 kita menyokong usaha mereka!



Ahad, Mei 06, 2012

CHOCOLATE INDULGENCE | MENGIDAM


assalamualaikum sayang2 semua, SELAMAT HARI WESAK bagi yang meraikannya, disebabkan hari ni cuti.. maka housewife2 yang kurang kasih sayang (hari lain hubby sibuk) macam saya ni akan "mengada ngada"kan diri... aaauuuwww!

kebetulan pagi2 morning tadi encik laki cakap mlm tadi saya ngigau cakap "indulgence...indulgence..." mcm tak caya je, sebab saya tidur biasanya tak pernah ngigau (mana ada org ngigau nak ngaku ngigau kan)

 ceritanya mcm ni, awal bulan lalu ada attend birthday anak kawan, dia hidangkan indulgence ni sebagai kek birthday boy... tapi sayang, saya tak berpeluang nak menjamah sebab konon konon malu nak ambik awal2... so plan nak ambik lepas makan juadah lain, sudahnya kek pun dah habis sebab laku sangat... adehhh, nasib baik tak ngandung... so lepas balik riadah ngan anak2 main basikal pagi tadi, menyinggahlah sekejap kat PASARAYA PANTAI TIMOR kat jerteh ni beli yg slice... nyummy!

entah bila berkesempatan nak buat sendiri kan kek ni, tiap2 hari pun boleh makan... klu ada antara anda2 yang nak cuba buat, bolehlah skodeng2 resepi kat dapur kakak saya ni ya,
 klik sini! (resepi yang telah diolah oleh KAK ZU)

PASARAYA PANTAI TIMOR JERTEH (betul ke ejaan timor mcm tu? errrmmm....)

Khamis, Mei 03, 2012

Save The Date | Ustazah Pilihan Firuz Akhtar & Shahril Sulaiman



Style Weddings dan Ustazah Firuz telah berkolaborasi bersama untuk menghasilkan Save The Date Ustazah Firuz yang mengetengahkan mesej mengenai Tuhan, Cinta dan Jodoh.

Video yang berdurasi selama 4 minit ini menggabungkan 2 bahasa iaitu Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris kerana niat mereka adalah untuk menyampaikan mesej dakwah secara santai, kreatif, dan global, tidak terhad di Malaysia saja malah seluruh dunia.





Ustazah Firuz ketika dinobatkan sebagai Juara Ustazah Pilihan


*sangat manis bila cinta yang ditemukan dalam keredhaan Allah, tanpa perlu bersungguh2 mendapatkannya hingga ada yang merosakkan diri & maruah demi mencari cinta, percayalah bahawa Allah akan membuka pintu & mempermudahkan segalanya bagi insan2 yang dikehendaki... sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka janganlah kita mencari kemuliaan dengan selainnya... wallahua'lam



Rabu, Mei 02, 2012

Wordless Wednesday: TEDDY BEAR TAK ADA MATA




*beli yg baru lagi shomel lagi mantop lagi gebu dari ni pun tak nak main, bear yang dah takde mata ni jugak dia minat... anak...anak...


Selasa, Mei 01, 2012

ASAL USUL DONAT




Tahukah anda, Donut ini telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi. Sehinggakan ahli arkeologi pernah menemukan fosil yang menyerupai kelihatan seperti donut di kawasan penempatan prasejarah Amerika asli.

Donut atau dalam nama Belanda “olykoeks” - "kek berminyak." dipercayai telah dibawa oleh pendatang Belanda ke Manhatten (yang dikenali sebagai New Amsterdam).

Sekitar tahun 1847, Elizibeth Gregory, ibu kapten kapal kargo rempah New England, membuat doh yang mendalam goreng yang menggunakan buah pala, kulit kayu manis dan kulit lemon.

Dia membuat kek digoreng untuk anak kapal Hansen dan krew supaya mereka boleh menyimpan pastri yang lama bahkan ia baik untuk menahan daripada terkena selsema semasa dalam pelayaran. Puan Gregory meletakkan kacang hazel atau walnut di pusat, di mana doh dan memanggilnya donut.



sumber: FB Kedai Kek Ziq



*minat makan donut, lagi2 Big Apple... tapi mahal sikitlah, buat sendiri lagi puas makan kot kalau tak malas la....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...