Khamis, Mac 01, 2012

SIAPA IBUGEBU



Assalamualaikum w.h.b ini adalah sedikit catatan mengenai siapa & apa di sebalik
BLOG IBUGEBU




nama IBUGEBU diberikan oleh anak2 saya  AIMAN & AIN, idea asal dari kakak kesayangan saya ROZANA yang kini berada di Johor (nun jauh di Selatan)





terpisah jauh dari keluargaku kerana saya  kini menetap di JERTEH, TERENGGANU (nun jauh di PANTAI TIMUR) kerana  mengikut suami (isteri mithali kan?)

saya memang tak suka menonjolkan diri...(buat masa ini, mungkin akan menonjol dimasa akan datang siapa tahu, kerana kita hanya manusia biasa... tapi mungkin penonjolan yang paling minimum) cukuplah mengenali dari nama, lahir pada 8 OKTOBER 1980 jadi siapa yang lahir selepas dari tahun itu bolehlah panggil saya Kak Ita




Ibu kepada 2 orang cahayamata, tidak bekerja (since 2008) tetapi kini mengisi masa dengan mengambil tempahan kuih muih & kek yang mudah2 je sebab tak berapa pandai lagi...(banyak perkara pahit berlaku menyebabkan aku nekad berhenti kerja)

bercita2 nak kembangkan lagi bisnes kecil kecilan ni jika diizinkan Allah & dipermudahkan segalanya, kalau bukan rezeki di sini pun mungkin bakat & minat ini boleh juga untuk makan sendiri juga mengisi perut keluarga tersayang



  berjiwa kreatif serta amat menggemari sesuatu atau seseorang yang juga bersifat kreatif



suka memahami orang lain, minat bercakap & motivate people


miangnya posing mcm ni.... (syyyyhhhhh... jgn cakap dgn ben)


mengenali dunia blogging dari BEN ASHAARI, tidak secara peribadi tapi tak sengaja terbaca artikel beliau berkenaan cinta (kalau tak silap) & terus terjatuh minat pada penulisan maya ini, 


dengan motif utama menghasilkan blog untuk promosi produk CAKE n CONFECTIONERY saya, juga ilmu yang saya dapat nak dikongsi dengan pembaca yang sudi mengunjungi & terakhir sebagai kenangan bila saya sudah tiada nanti, mungkin blog ini akan dibaca & ada manfaatnya buat anak2 saya, keluarga, sahabat serta sesiapa sahaja yang mengunjunginya... insyaAllah

*NOTA:
saya hanya manage 4 akaun iaitu blog ini 
 FB page untuk BLOG IBUGEBU serta SATU halaman FACEBOOK PERIBADI


sekian dahulu, kalau ada info lagi akan saya update kemudian... owh lupa, rajin2lah berkunjung kesini & beramah mesra kerana IBUGEBU suka dengan orang peramah... wassalam


14 ulasan:

ummiarissa berkata...

oh ibu gebu...muda dari saya lagi..betullah..kalau tak diberitahu tahun lahir tak tahu nak panggil kakak ke adik...jadi jalan selamat bahasakan diri 'saya'...ok Ita semoga perkenalan kita di alam maya berterusan...

Asyifa Mustaffa berkata...

As salam Ita...salam perkenalan...kita lahir di tahun yg sama....:)

Sunah Sakura berkata...

ooo...hehehe..nak wat bisnes kecil2an gak lah..heee

IBU GEBU berkata...

ummi, amin....

sangat suka dengan komen2 sporting mcm ni

IBU GEBU berkata...

asyifa... betul ke? susah jumpa sebenarnya kenalan blogger yg sebaya

salam kenal juga ya

IBU GEBU berkata...

sunah, bagus jugak kalau ada bakat apa salahnya...

dengan syarat, habiskan study dulu ok adik kecik!

mas saari berkata...

eh? kita tak sebaya lah, umur kita lebih setahun... tapi takpelah, tak payah panggil akak lah kan? setahun je beza.. heheheee

chenta berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fRaMe+LenSeS berkata...

Kak itaaaaaa. Nadh nk knai lg. Hihibi

aDisH.sHidA berkata...

shida pun nak panggil kak ita jugak la..sebab shida muda sebulan 2 dr ita..hehehe...

semoga ita sukses dlm kehidupan nie

aDisH.sHidA berkata...

shida pun nak panggil kak ita jugak la..sebab shida muda sebulan 2 dr ita..hehehe...

semoga ita sukses dlm kehidupan nie

IBU GEBU berkata...

mas, hamboiiii... yelah umur tu hanya pada angka kan...

IBU GEBU berkata...

Nadh, nak kenal apa lagi dik... datang umah eh, boleh jadi adik angkat

IBU GEBU berkata...

Thanks Shida, teringin nak jumpa Shida satu hari nanti... moga Allah makbulkan, aamiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...