Khamis, Mac 01, 2012

JANGAN MALU DENGAN TANGISAN

google

eeeeiiii......... tak malu ke nangis?

budak2 kecik lebih2 lagi budak lelaki sering diejek sebegitu jika menangis kan? sebab biasanya orang dewasa ni tak suka dengar budak menangis... bising & juga tak nak biasakan budak kerap menangis takut besar nanti jadi cengeng
(ada juga yang panggil kuat menagis tu sebagai gembeng atau kememe)

tapi sebenarnya menangis ni bagus, tanda kerapuhan jiwa... itu menunjukkan hati kita masih lembut & bukan macam istilah orang sekarang HATI KERING

dari sudut kesihatan, menangis amat baik kerana  air mata berfungsi membilas bahan kimia negatif dari kelopak mata

menangis juga bagus untuk psikologi seseorang kerana mampu merawat hati menjadi lebih tabah

mengeluarkan air mata dapat mengurangkan STRESS, dimana stress jika tidak dirawat boleh mendatangkan sakit yg membawa maut seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetis & obesiti

menurut kajian oleh Dr William H. Frey II, seorang ahli biokimia di St Paul Ramsey Medical Center di Minnesota, menangis dapat membantu  mencuci bahan kimia berkaitan dengan stress keluar dari tubuh kita, dan ini salah satu sebab kita akan berasa jauh lebih baik selepas menangis

ajaibnya, menangis tanpa disedari menjadikan kita lebih bersikap terbuka... kerana apabila perasaan sedih yang tidak dapat dibendung, air mata secara semulajadi akan bergenang & terus mangalir deras tanpa memikirkan orang sekeliling, apa orang nak kata atau apa situasi sekalipun ketika itu... jelas ia mampu memecahkan tembok ego seseorang yang selama ini amat pejal... ajaib kan?

kesimpulannya... tidak ada yang salah dengan air mata... jika kita mengizinkan air mata mengalir, kita tidak hanya melepaskan racun, tetapi juga menghilangkan stress... JADI... JANGAN MALU DENGAN TANGISAN OK!

* MENANGIS JUGA ADA HADNYA, ELAKKAN MENANGIS BERLEBIHAN KERANA BOLEH MENIMBULKAN MASALAH EMOSI YANG LAIN PULA, mohon petunjuk dari Allah atau kongsikan dengan orang yang rapat jika ada sebarang masalah yang dirasakan rumit kerana hanya dengan meluahkannya, 50% dari masalah kita telah selesai... CUBALAH...




1 ulasan:

mas saari berkata...

kita kalau sedih mesti nangis, tak boleh ditahan2... memang hati tisu!

tapi lepas nangis tu memang rasa lega je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...