Rabu, Mac 28, 2012

ABBY ABADI BERTUDUNG sweet sangat



 Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang muslimah.

"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti.

"Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja. Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya," kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah.


 sejuk mata memandang perubahan Abby sekarang... gambar ni diambil dari FB page Abby, mungkin ada yang sceptical dgn penghijrahan Abby... bertudung sebab dah tak laku lah... sebab putus cinta lah... sebab dah tua lah... biasalah manusia, selagi tak nampak neraka Allah memang tak akan berhenti berkata buruk tentang orang... baik salah, jahat lagi salah...

yang penting hanya Abby yang tahu tentang kehidupannya... dalam banyak2 gambar, saya suka gambar diatas sebab utamanya saya suka warna pink, inner pink yang Abby pakai tu menyerlahkan wajah dia yang putih...

semoga kehidupan Abby lebih tenang setelah mendekatkan diri dgn Maha Pencipta, bumi Allah luas... yakinlah bahawa janji Allah pasti bagi mereka yg bersabar

*lepas ni bolehlah Abby delete mana2 gambar yg free hair tu kan...






Wordless Wednesday: TALAM ABOK ABOK






talam abok2 tempahan dari cikgu Tg Jailani sempena majlis doa selamat beliau nak ke Mekah
*boleh clik menu bar untuk katalog tempahan


Ahad, Mac 25, 2012

TAHNIAH IRMA HASMIE:GAMBAR TUNANG





“Semuanya bermula dengan pertemuan secara tidak disengajakan ketika menunaikan umrah di Makkah sebelum kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan,” kata pengacara dan pelakon, Irma Hasmie Ibrahim yang bertunang dengan ahli perniagaan, Rezza Shah Azmeer Radzuan di sini, semalam.(SABTU, 24 March 2012)

Irma, 30, berkata, ketika menunaikan umrah pada 14 Februari lalu, dia bertemu keluarga Rezza, 31, yang turut sama menunaikan ibadat tu.

berita penuh: myMetro




drapping dress aquamarine by HATTA DOLMAT












REZZA 31, ahli perniagan
                                     2 gambar diatas exclusive dari blog HATTA DOLMAT


*TAHNIAH irma & tunang, semoga ikatan kekal hingga saat disatukan nanti & terus kekal selamanya  diberkati dalam perjalanan menuju keberkatan-Nya... amin

Rabu, Mac 21, 2012

Wordless Wednesday: ESOK UNTUK SIAPA?

DEVIANART



Esok pasti ada...

...tetapi esok belum pasti untuk kita. 




Isnin, Mac 05, 2012

SELAMATKAN SUHAILA...



Suhaila menghidap penyakit yang amat jarang dijumpai iaitu mempunyai 2 rahim & satu buah pinggang

amat berat derita adik ini, setelah tak mampu lagi menahan sakit yang selama ini dirahsiakan dari pengetahuan keluarganya...

dijangka dibedah pada 22 Mac ini di Dubai kerana hospital tempatan masih belum mempunyai kepakaran yang mencukupi dalam merawat kes sebegini... sedangkan nyawa Suhaila perlu diselamatkan segera

bagaimanapun, dana masih belum mencukupi untuk menanggung kos rawatan...

bagi anda yang bermurah hati bolehlah menghulurkan sumbangan ikhlas buat adik Suhaila melalui akaun ini

HANITA
112101581281


SUMBER & BERITA PENUH DI SINI


*SILA SHARE UNTUK MEMAKLUMKAN PERKARA INI KEPADA RAKAN2 JUGA KENALAN MASING2, moga dengan sedikit bantuan ikhlas walaupun kecil akan mengembalikan keceriaan mereka ini... dengan niat sedekah kerana Allah bukan semata2 mahukan ganjaran pahala... wallahua'lam



Khamis, Mac 01, 2012

JANGAN MALU DENGAN TANGISAN

google

eeeeiiii......... tak malu ke nangis?

budak2 kecik lebih2 lagi budak lelaki sering diejek sebegitu jika menangis kan? sebab biasanya orang dewasa ni tak suka dengar budak menangis... bising & juga tak nak biasakan budak kerap menangis takut besar nanti jadi cengeng
(ada juga yang panggil kuat menagis tu sebagai gembeng atau kememe)

tapi sebenarnya menangis ni bagus, tanda kerapuhan jiwa... itu menunjukkan hati kita masih lembut & bukan macam istilah orang sekarang HATI KERING

dari sudut kesihatan, menangis amat baik kerana  air mata berfungsi membilas bahan kimia negatif dari kelopak mata

menangis juga bagus untuk psikologi seseorang kerana mampu merawat hati menjadi lebih tabah

mengeluarkan air mata dapat mengurangkan STRESS, dimana stress jika tidak dirawat boleh mendatangkan sakit yg membawa maut seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetis & obesiti

menurut kajian oleh Dr William H. Frey II, seorang ahli biokimia di St Paul Ramsey Medical Center di Minnesota, menangis dapat membantu  mencuci bahan kimia berkaitan dengan stress keluar dari tubuh kita, dan ini salah satu sebab kita akan berasa jauh lebih baik selepas menangis

ajaibnya, menangis tanpa disedari menjadikan kita lebih bersikap terbuka... kerana apabila perasaan sedih yang tidak dapat dibendung, air mata secara semulajadi akan bergenang & terus mangalir deras tanpa memikirkan orang sekeliling, apa orang nak kata atau apa situasi sekalipun ketika itu... jelas ia mampu memecahkan tembok ego seseorang yang selama ini amat pejal... ajaib kan?

kesimpulannya... tidak ada yang salah dengan air mata... jika kita mengizinkan air mata mengalir, kita tidak hanya melepaskan racun, tetapi juga menghilangkan stress... JADI... JANGAN MALU DENGAN TANGISAN OK!

* MENANGIS JUGA ADA HADNYA, ELAKKAN MENANGIS BERLEBIHAN KERANA BOLEH MENIMBULKAN MASALAH EMOSI YANG LAIN PULA, mohon petunjuk dari Allah atau kongsikan dengan orang yang rapat jika ada sebarang masalah yang dirasakan rumit kerana hanya dengan meluahkannya, 50% dari masalah kita telah selesai... CUBALAH...




SIAPA IBUGEBU



Assalamualaikum w.h.b ini adalah sedikit catatan mengenai siapa & apa di sebalik
BLOG IBUGEBU




nama IBUGEBU diberikan oleh anak2 saya  AIMAN & AIN, idea asal dari kakak kesayangan saya ROZANA yang kini berada di Johor (nun jauh di Selatan)





terpisah jauh dari keluargaku kerana saya  kini menetap di JERTEH, TERENGGANU (nun jauh di PANTAI TIMUR) kerana  mengikut suami (isteri mithali kan?)

saya memang tak suka menonjolkan diri...(buat masa ini, mungkin akan menonjol dimasa akan datang siapa tahu, kerana kita hanya manusia biasa... tapi mungkin penonjolan yang paling minimum) cukuplah mengenali dari nama, lahir pada 8 OKTOBER 1980 jadi siapa yang lahir selepas dari tahun itu bolehlah panggil saya Kak Ita




Ibu kepada 2 orang cahayamata, tidak bekerja (since 2008) tetapi kini mengisi masa dengan mengambil tempahan kuih muih & kek yang mudah2 je sebab tak berapa pandai lagi...(banyak perkara pahit berlaku menyebabkan aku nekad berhenti kerja)

bercita2 nak kembangkan lagi bisnes kecil kecilan ni jika diizinkan Allah & dipermudahkan segalanya, kalau bukan rezeki di sini pun mungkin bakat & minat ini boleh juga untuk makan sendiri juga mengisi perut keluarga tersayang



  berjiwa kreatif serta amat menggemari sesuatu atau seseorang yang juga bersifat kreatif



suka memahami orang lain, minat bercakap & motivate people


miangnya posing mcm ni.... (syyyyhhhhh... jgn cakap dgn ben)


mengenali dunia blogging dari BEN ASHAARI, tidak secara peribadi tapi tak sengaja terbaca artikel beliau berkenaan cinta (kalau tak silap) & terus terjatuh minat pada penulisan maya ini, 


dengan motif utama menghasilkan blog untuk promosi produk CAKE n CONFECTIONERY saya, juga ilmu yang saya dapat nak dikongsi dengan pembaca yang sudi mengunjungi & terakhir sebagai kenangan bila saya sudah tiada nanti, mungkin blog ini akan dibaca & ada manfaatnya buat anak2 saya, keluarga, sahabat serta sesiapa sahaja yang mengunjunginya... insyaAllah

*NOTA:
saya hanya manage 4 akaun iaitu blog ini 
 FB page untuk BLOG IBUGEBU serta SATU halaman FACEBOOK PERIBADI


sekian dahulu, kalau ada info lagi akan saya update kemudian... owh lupa, rajin2lah berkunjung kesini & beramah mesra kerana IBUGEBU suka dengan orang peramah... wassalam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...