Jumaat, Februari 24, 2012

AIRMATA TERAKHIR...

gambar ehsan google

angah call dari johor pukul 2.10 petang tadi...

"...adik... pak ngah dah meninggal..."

ya Allah, sayu rasa hati sesayu suara kakak ku yang membuat panggilan itu... arwah pak ngah telah meninggalkan kami buat selamanya setelah menderita bertahun lamanya akibat penyakit strok

mengikut cerita kakak, arwah pak ngah sudah tidak boleh langsung menerima makanan mahupun air melalui mulut kerana akan muntah semula... arwah dikejarkan ke hospital malam kelmarin(khamis) kerana keadaan tubuh yang semakin lemah

sampai di HOSPITAL SULTANAH AMINAH JB, doktor hanya dapat membantu dengan memasukkan air melalui urat tangan...

dengan badan yang semakin sejuk dan semakin sejuk... akhirnya arwah menghembuskan nafas terakhir dihadapan isteri, anak menantu, cucu serta keluarga rapatnya (arwah pak ngah berusia 70 tahun jika tak silap saya)

hanya saya yang berada di terengganu ini mendapat perkhabaran dari jauh, menurut cerita angah... arwah menutup mata dengan setitis linangan air mata... ya... air matanya yang terakhir

semoga rohmu di cucuri rahmat pak ngah, doa kami mengiringi perjalanan terakhirmu di dunia ini...amin

al-fatihah

*Allah yang maha pemurah menjanjikan diringankan siksa kubur buat jenazah yang meninggal pada hari jumaat... wallahua'lam

Rabu, Februari 22, 2012

Wordless Wednesday: SENYUM ITU SUNAH


Say yes to your smile that sends a message of warmth and friendliness to others. Smile is one of the easiest sunnah. Smile is one of da'wah.

Selasa, Februari 21, 2012

NEVER JUDGE PEOPLE


 
SITUASI DI HALAMAN RUMAH MIAH GOSSIP (sambil pegang penyapu lidi)

MIAH: eh... odah, kau perasan tak budak yang baru pindah tu (sambil mulut muncung penguin kearah Nor yang sedang melintas jalan menuju kedai runcit)

ODAH: kenapa dengan budak tu?

MIAH: aku tengok budak tu x bercampur dgn orang lah... macam kera sumbang! aku rasa dia tak kerja, tapi duduk rumah je terperap... cubalah beramah mesra dgn jiran2 mcm kita ni ha...

ODAH: ye ke Miah? aku tak tau pulak... memang jarang tengok dia tu keluar rumah, pintu pun asyik tutup je... ada bela jin kot... heheheheh(ketawa tak hengat)

MIAH: betul lah Odah, dah lah duduk rumah goyang kaki... agaknya menghabiskan duit laki dia aje kan? tengok mcm kita ni x kerja pun ada jugak ambik upah mengasuh anak orang... x delah makan duit laki je

ODAH: kan Miah... aku rasa laki dia pun naik muak tengok dia kat rumah... makan tido makan tido... laki dia ada pasang betina lain kat luar pun dia tak tau...

MIAH: hehehehehe.... tau2 dah beranak tiri.... ahahahaha... kuikuikuikuikui.... bhabhabha... kekekekeke... uhuk...uhuk...uhuk (padan muka ketawakan orang sampai terbatuk batuk, nasib baik tak tercekik terus...meninggal tak pasal2 dapat dosa kering x sempat mintak maaf & bertaubat)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
perkara sebenarnya tak pernah sama seperti yang diumpatkan ODAH & MIAH,

Nor sebenarnya  isteri kepada Hakim, ibu beranak 2 yang baru berpindah kekampung & sanggup berhenti kerja di bandaraya Johor kerana ingin menjaga ibu mertuanya yang menghidap penyakit nyanyuk atas permintaan suami & kerelaan Nor sendiri

Ibu mertuanya tidak boleh dibiarkan lepas kerana suka merayau tak tentu arah & kerana itu juga pintu & tingkap rumahnya jarang dibuka (rumah kampung x sama seperti rumah dibandar boleh pasang grill)

Rasionalnya... ODAH & MIAH langsung tak pernah bertanya hal ini sendiri kepada Nor, lebih teruk lagi terus menghakimi Nor sebagai seorang kera sumbang, bela jin dan sebagainya... sedih kan ada manusia mcm ni, orang yang diumpat hari2 tambah pahala... awak hari2 tambah dosa hanya kerana terlalu mudah menghakimi!


*pernah mengalami situasi sama... dah tak pelik kerana mereka hanyalah manusia biasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...