Jumaat, November 30, 2012

CARA MUDAH ASINGKAN KUNING TELUR


salam readers,

pagi tadi saya jalan2 kat blog kawan2, terjumpa video youtube tentang cara mengasingkan kuning telur dgn putihnya dengan cara mudah iaitu menggunakan botol air mineral

saya tak pasti uploader ni dari mana, mungkin cina... tapi perkongsian ini bermanfaat & saya pun akan cuba nanti
 



Rabu, Oktober 10, 2012

PULUT KUNING DI HARI LAHIRMU 9102012



salam buat yg membaca entry ini

malam tadi (9hb okt 2012) adalah tarikh hari lahir suami kepada sahabat saya (tini) yang juga schoolmate saya dulu masa kat jb, suami dia ni pulak classmate saya (shah), kira pasangan ni memang kawan saya ketika dibangku sekolah dulu

terpisah beberapa tahun, tak sangka jumpa semula di daerah besut, terengganu ni
wifey sekarang kerja kat AADK cawangan kg raja, hubbynya pulak kerja di TUDM gong kedak, saya je yg xde pendidikan tinggi ni jadi suri rumah je...hehe

mlm tadi, dirumah mereka diadakan sikit acara kecil kecilan memotong pulut kuning (saya buat) yang ditempah oleh tini, surprise je ni sebenarnya... suami dia langsung tak tau

dengan beberapa lagi jenis hidangan & beberapa orang kenalan lagi, majlis pun diadakan dgn meriahnya sebab semua yg hadir tu sporting2 belaka

selain tu, saya juga hadiahkan tini &shah dgn kek coklat moist ni... buat tambah2 orang kata (menu utama laksa johor yg saya dah lama sangat tak makan sejak2 merantau)



yang menariknya... saya langsung tak wish apa2 pun kat birthday boy... ahaha sedap sangat melantak, terus hilang ingatan (cheese cake yg dihidangkan sangat sedap)

cuma time nak balik je cakap terima kasih kat mereka berdua (ucap dengan muka tak bersalah sebab tak wish happy birthday... heheh)

so dikesempatan ini, saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR KE 32 buat shah (MOHAMAD SHAH BIN HASSAN), semoga panjang umur murah rezeki, sentiasa sihat & bahagia bersama keluarga tersayang, diberkati & romantik selalu... suka tgk korang berdua dgn zahin yg comel tu, zahin dah nak dapat adik nanti tau... so jgn nakal2)

*kedua2 makanan diatas boleh ditempah untuk area jertih KLIK SINI

p/s: dalam kita menyambut hari kelahiran orang tersayang atau kenalan, ada juga insan yg sedang bersedih kerana kehilangan orang yang sangat rapat iaitu kak adza irdawati atau lebih dikenali dgn MAK DARA yg telah kehilangan ayahnya yg tersayang pada 8 oktober lepas, salam takziah dari blog IG buat seluruh ahli keluarga mak, moga tabah menghadapi & arwah akan ditempatkan dikalang insan yg beriman... al-fatihah



Isnin, Oktober 08, 2012

IT'S MY BIRTHDAY 81080

assalamualaikum,

hari ni kita seronok, dari pagi sampai malam kita asyik senyum je... anak2 pun tak buat hal sangat, mungkin mereka faham hari ni hari special ibu mereka sebab tadi balik sekolah ayah dah suruh salam ibu sambil ucapkan selamat hari lahir & doakan ibu panjang umur...
 sayang anak2 ibu!

encik suami pun pagi2 sebelum gi kerja dah wish sampai saya menitiskan air mata,
 ...thanks sayang

lepas suami dgn anak2 gi kerja & sekolah, saya pun bukak fb sebelum memulakan tugas sebagai surirumahtangga & nak baking sebiji kek chocolate moist utk tempahan hari ini

bertambah2 terharu bila berderet2 dapat ucapan selamat hari lahir dari rakan maya samada yg kenal atau tidak secara langsung dgn saya, memanglah birthday friend fb kita akan naik dekat news feed atau apa kejadah yg sebelah kanan tu saya pun tak pasti lah, tapi kalau kita tak nak wish pun kita boleh buat tak nampak je benda tu

tapi bagi yg berminat, mereka akan bersusah payah klik dekat nama kita untuk wish birthday dekat timeline saya, terima kasih banyak2 saya ucapkan

petang tadi dalam kelebatan hujan dekat bandar jerteh ni, kami berempat dengan gigihnya menghadirkan diri ke pizza hut yg baru buka bulan puasa lepas kat sini

plan mula2 nak makan ikan bakar dekat tok bali, dah aim satu tempat ni yg mcm ramai org tapi tak pernah masuk lagi, oleh kerana hujan yg agak lebat, kami tukar plan pergi yg dekat2 je

ini lah antara menu yg dioder



 
 air asam boi tu serius sedap (akan oder air ni setiap kali)



 
island supreme (mmg my fav) dgn apa ntah satu lagi, tak berapa sedap :(


*tiba2 ada KFC plak kat pizza hut kan, si bujang aiman nak sgt makan... tapaw kan dia je 6 ketui



memang tak tinggal oder lasagna setiap kali, tapi yg ni rasa tak berapa nak masyuukla... mcm tepung dia tebal sangat ke apa, tak macam yg biasa saya makan...
emmm, nasib baik orang belanja



*untuk hari lahir saya pada tahun ni, saya berazam untuk terus memperbaiki diri, membahagiakan keluarga kecil saya tu (membesarkan mungkin lain tahun) nak didik anak2 dgn penuh hikmah, tak nak marah2 sgt sebab anak pun dah makin membesar, nak tambah koleksi kek atau apa2 menu lagi  untuk perniagaan kecil2an saya lagi, semoga Allah memudahkan segala urusan saya & memanjangkan umur serta mengurniakan nikmat iman & kesihatan yg berkekalan buat saya... aamiin...aamiin...aamiin ya rabbal alamin


 
ini lah kek yg saya buat tadi, oder dari wani... kebetulan birthday anak dia sama dgn saya

HAPPY BIRTHDAY TO YOU ZARA!!! (nak oder area jertih klik SINI)



Khamis, September 27, 2012

MENU IKAN DARAT @ IKAN SUNGAI



ahad lepas my hubby ada pergi mancing kat sungai, dah itu minat dia kan... relakan ajelah

nak dijadikan citer saya ni sebenarnya tak makan ikan darat, tapi tadi dia suruh saya gorengkan buat makan tengahari disamping lauk2 yg lain, so saya dgn penuh solehahnya menggoreng

tiba2 time makan tu, "termakan" pulak seekor... e'eh...sedap pulak lah

dalam hati berbisik, sedap rupanya ikan darat ni... tak cakaplah dekat my hubby sebab dulu geli konon nak makan, hanyirlah apa lah... sekali dah rasa amek kau!

tak cukup seekor, 3 hekor dengan2 kepala saya balun.... hehehe

*moral of the story, rugi tak makan ikan darat tau, kalau tak pernah makan... jgn sceptical, cuba dulu secubit, pasti anda akan menjilat jari selepas itu... percayalah



Ahad, Ogos 19, 2012

SALAM SYAWAL 2012



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ingin IG ucapkan kepada semua followers, readers & pengunjung blog ini

semoga hari raya kali ini disambut dengan penuh riang & meninggalkan kenangan manis walaupun mungkin ada kekurangan, tapi kemeriahan raya sesungguhnya bukan sahaja pada persiapan... tetapi betapa bersih & ikhlasnya kita menyambutnya termasuk juga memberi & menerima kemaaafan

dikesempatan ini juga, blog IG ingin menghulurkan salam kemaafan andai selama berblog ada yg terguris rasa atau tercuit emosi... IG hanya manusia biasa yang banyak khilaf

SALAM SAYANG DARI SINI BUAT KAMU SEMUA :)

 

Selasa, Julai 24, 2012

ITU BUKAN HIJAB

hijab will protect you
(google)



Hijab with 5 layers of makeup,
is NOT hijab.

Hijab with tight clothes on,
is NOT hijab.
...
Hijab with hair on the side,
is NOT hijab.

Hijab with a bad attitude,
is NOT hijab.

For beautiful eyes,
look at fitna-free stuff.

For a beautiful face,
stay natural.

For a beautiful attitude,
stay away from bad deeds.

For a beautiful look,
wear the uniform that Allah gave you.

For beautiful lips,
speak the words of Allah.

by F.S


Khamis, Julai 19, 2012

SALAM RAMADHAN | TIPS




TIPS SAMBUT RAMADHAN:
 
1- Celebrate Ramadhan! Send cards, messages, hampers, buy new telekung, baju, decorate your house!
2- BACA! Tingkatkan ilmu about Ramadhan, puasa dah berpuluh tahun tapi ilmu pasal puasa sama mcm masa darjah 6 dulu. Upgrade2!
3- PLAN your Ramadhan... Set goals, write it down...
4- jom cari dan fahami 'bagaimana Rasulullah saw berpuasa' - How did the Prophet fast?

via twitter wardina safiyyah

*paling suka sekali no 2 tu, mcm terkena batang hidung sendiri pun ada :) insyaAllah akan cuba upgrade
 
 
AKHIR KALAM... SALAM RAMADHAN DARI BLOG IBUGEBU BUAT SEMUA FOLLOWERS & PEMBACA BLOG INI YG BERAGAMA ISLAM, ALHAMDULILLAH BERTEMU LAGI KITA DENGAN RAMADHAN TAHUN INI... JOM KITA JANJI SAMA2 UNTUK CUBA MENAMBAH AMALAN SEBAIK MUNGKIN, KERANA MANUSIA YG PALING RUGI ADALAH MANUSIA YG SEMPAT HIDUP DI BULAN RAMADHAN TETAPI TIDAK TERAMPUN DOSANYA... PERINGATAN JUGA BUAT DIRI SAYA SENDIRI, WASSALAM


Isnin, Julai 09, 2012

9 HADIAH PERCUMA UNTUK DIMENANGI!!!


KLIK SINI UNTUK SOKONGAN YANG MAHA PADU!

TEMPOH SAH SEBELUM 10hb JULAI 2012

SANGAT MUDAH, RUGI KALAU TAK KLIK

Selasa, Julai 03, 2012

DOORGIFT TASBIH



majlisnya dah lama, kalau ikut tarikh pada kertas doorgift ni 11/3/2012 lebih kurang 4 bulan yang lalu, tapi bungkusan tasbih ini saya baru jumpa balik masa kemas2 kotak yg menyimpan kertas2 kerja saya semalam

sebenarnya pengantin ni (farah) adalah customer saya yang tempah pulut kuning + rendang daging masa majlis perkahwinan beliau di Padang Landak, Besut Terengganu... sangat peramah orangnya & antara customer saya yg tidak cerewet langsung, senang bekerjasama dgnnya

nak cerita pasal tasbih ni, kali pertama menatapnya saya sangat suka sebab pertamanya cantik, berkilat2 & bersinar dipandang mata

dan yg utama tentunya manfaat dari doorgift ni, yelah kadang2 kalau kita pergi majlis2 kenduri kahwin macam2 doorgift yang akan kita dapat

dah nama pun doorgift, tujuannya utk kenang kenangan... tapi berapa ramai antara kita yg menyimpan elok doorgift2 tu semua hingga kesaat ini? melainkan pengantin itu betul2 org yang special bagi kita spt best friend, mungkinlah kita akan simpan elok2

selebihnya hanya hilang begitu sahaja atau silap2 hanya dijadikan mainan oleh anak2 kecil yang terjumpanya

berbanding dgn doorgift seperti tasbih ini, confirm2 orang akan simpan rapi sebab tasbih ni ada manfaat, saiznya yang kecil senang dibawa kemana2 & bila2 kita boleh guna untuk berzikir... dalam perjalanan menaiki kereta, sedang tunggu seseorang... kan bagus kita berzikir dari masa terbuang begitu sahaja, pahala pun InsyaAllah dapat

tasbih ni taklah panjang mcm org2 alim ulama selalu guna tu, so kalau kita guna di tempat2 awam pun takdelah segan sangat nak guna kan...

*nota kaki: boleh dijadikan idea ni pada bakal2 pengantin, yelah tak lama lagi musim orang nikah kawin dah nak sampai ;)



Isnin, Mei 21, 2012

JUS CALAMANSI aka UBAT BATUK





JUS CALAMANSI atau nama kampungnya JUS LIMAU KASTURI, sangat sedap diminum sejuk atau bancuh guna air masak biasa sahaja, harga tak mahal 1 liter cuma RM 9

kenapa tajuk ni saya tulis aka UBAT BATUK? sebab kalau time saya rasa tekak saya perit, tanda2 nak kena batuk... saya akan bancuh jus ni dalam 1/2 cawan je dan minum sebelum tidur, insyaAllah dalam 2 hari akan ok semula... tak percaya? cubalah sendiri

mungkin sebab kandungan limau kasturi yg masam tu membantu mencairkan lendir & kahak dalam tekak kita, anak2 saya pun saya amalkan minum jus ni kalau mereka kena batuk... dengan syarat bancuh sedikit sahaja sebab jus ni masam manis, minum banyak2 takut tak lalu

biasa saya letak 2 sudu jus + 1/2 cawan air masak & diminum sekali lalu... sangat berkesan!





terdapat variety perisa untuk jenama NUTRIFRES ini, semua sedap2 belaka... dulu masa saya buka kedai jual ice blend memang saya guna jenama ini, tak nak jenama lain sebab harga murah, jus yang pekat & tentunya rasa yg sedap...



Rabu, Mei 16, 2012

RITA RUDAINI & AIDIL ZAFUAN, ALHAMDULILLAH TAK JADI CERAI



disamping nak kongsi gembira dgn berita ni, saya amat suka dgn tudung AIDIJUMA yang dipakai oleh Rita ni, antara koleksi aidijuma ada juga yang tak ikut spec yg betul dlm tuntutan syarak, pandai2lah memilih ok...



Dalam prosiding ringkas di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam petang ini, Aidil Zafuan membuat tuntutan balas terhadap permohonan tunjuk sebab bercerai daripada Rita Rudaini yang di’failkan minggu lalu. 


Menurut Aidil Zafuan, permohonan sebab dari pihak Rita Rudaini membuktikan yang isteri’nya itu masih mahu bersama beliau dan mahukan perkahwinan ini terus kekal.
Oleh itu, Aidil Zafuan bersetuju untuk membatalkan tuntutan cerai yang beliau failkan sebelum ini & memohon Rita Rudaini juga anak anak untuk berpindah ke rumah beliau di USJ 1.


“Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami,” ujar Aidil Zafuan di luar dewan.


Di’tanya rasional atas tuntutan pindah rumah ini, Aidil Zafuan berkata beliau lebih selesa untuk tinggal di’rumah yang di’berikan majikan beliau kini & sesuai dengan pendapatan beliau sekarang.


kredit gambar & sumber: ROTIKAYA



alhamdulillah, mungkin masing2 masih menyimpan perasaan sayang, mungkin juga demi anak2... menangislah syaitan sebab pasangan adam & hawa ini tak jadi nak runtuhkan masjid & terselamat dari fitnah...




aidil jagalah rumahtangga baik2, tanggungjawab berat diakhirat nanti jika tak dapat jalankan amanah Allah dgn baik sebagai ketua rumahtangga, semoga rumahtangga kalian kembali harmoni... amin

Wordless Wednesday: PEWARNA MAKANAN



Sweet Berry Trading
4662-C, Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bahru, Kelantan. Tel: 09-747 3682


Isnin, Mei 14, 2012

PETUA KALAU LINTAH MASUK DUBUR



KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.
Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.

Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.
“Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira 500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur.
“Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek menyuruh makan belalang.
“Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

sumber: HARIAN METRO ONLINE


*serius tak pernah dengar tentang petua ni, hari khamis ni pergi rumah mak sedara kat Setiu nak tanya dia lah, yelah biasa orang tua2 memang ada petua sendiri maklumlah zaman dulu hospital2 ni tak banyak... kalau ada pun jauh nak pergi, klu memang sahih boleh dikongsi bersama terutama untuk encik suami yg rajin sgt masuk paya cari ikan sungai ni...


BERCERITA MASALAH DIANGGAP KEKURANGAN LELAKI

 
Jangan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh suami seperti mana polis menyiasat pesalah, dan mahukan soalan yang diajukan segera dijawab dalam masa yang cepat.

Seorang lelaki, tidak seperti wanita yang suka bercerita masalah mereka. Bercerita tentang masalah dianggap sebagai kekurangan dalam dunia lelaki.

Cara seorang lelaki 'menyelesaikan' masalah mereka ialah dengan menjauhkan diri untuk melihat masalah sebenar dan berfikir.

Jadi jika mahu membantu suami, tunggulah sehingga dia bersuara dan menyatakan masalah mereka. Jangan banyak memberikan cadangan, tetapi berikan sokongan emosi..

Di kala itu, seorang suami yang menghadapi masalah mahu dilayan sebagai seorang kanak-kanak lelaki yang mahu mendapat manjaan dari seorang ibu.
sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
 
*perkongsian info ini sangat bertepatan & benar dari pandangan saya juga, sebab itu saya kongsikan di sini buat panduan & peringatan isteri2 diluar sana untuk mengenali & mempelajari sedikit sebanyak fitrah serta sifat semulajadi suamimu  
*info ini juga boleh dimanfaatkan untuk adik2 saya yang bakal bergelar isteri suatu hari nanti
 

Khamis, Mei 10, 2012

KUAH ROJAK BUAH



malam tadi kan MAMAT ni ada post kat blog dia pasal resepi berasaskan jambu batu, resepi yang sangat2 mahal sampaikan saya komen kat blog dia kata chef2 hotel 5 bintang pun gerenti menangis baca resepi tu... x taulah dia baca ke tidak komen tu...
*tapi kuah rojak MAK BEE tu mmg famos kat kedah (jiran saya org kedah)

lepas baca entry tu tiba2 mengidam jambu batu pulak kan, hari tu mengidam
 KEK INDULGENCE... so hubby balik rehat tengahari tadi pesan kat dia suh belikan seedless guava, dengan semangat sayangkan isteri encik hubby pun beli lah 1kg jambu

 saya pulak dgn gigihnya menyiapkan kuah rojak ni ambik dari FP kak Hanieliza, dulu dah pernah buat sekali tapi tak masuk blog, cuma buat kali ni saya tambah 1st tepung jagung nak bagi kuah tu likat sikit, saya share kat sini pulak resepinya bagi sesiapa yg nak mencuba... minta izin ya kak Liza
  
KUAH ROJAK

Bahan A
15 biji cili api tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang
1 cawan kicap lemak biasa
3 s/b gula

1 s/b bijan goreng tanpa minyak
1/2 cawan kacang tanah, digoreng dan dtumbuk kasar  

Cara:
1. Mesinkan semua bahan A dalam blender..
2. Masakkan dalam kuali sehingga pekat 
    *saya tambah 1st tepung jagung untuk likatkan kuah
3. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan. 
    *saya tak letak kacang tanah sebab tak ada stok kat rumah




 
kacang tanah tumbuk ganti dengan cornflakes yg diramas, sedap jugak... rangup & kena dengan kuah rojak tu... cubalah!



Rabu, Mei 09, 2012

SEBELUM LIKE, SHARE, REBLOG ATAU TWEET


perkongsian dari FB page Ustazah Pilihan Firuz Akhtar yang lebih menyeluruh merangkumi LIKE & SHARE gambar, berita, hiburan dsbnya...


perkongsian dari UAI pula mengkhusus kepada LIKE gambar wanita yg tak menutup aurat


sebelum ni saya memang selalu LIKE & SHARE gambar artis yang saya suka, ada juga dari gambar rakan2 FB dan sahabat2 saya sendiri, tapi selepas saya tahu bahawa perbuatan itu seolah2 menyokong saudara islam saya sendiri melakukan dosa, saya berfikir, bermuhasabah dan ternyata ada kebenarannya... dalam hati saya mendoakan mereka sedar & berubah kearah islam secara keseluruhannya bukan separuh2


perbuatan LIKE gambar2 yang tidak menutup aurat terutamanya gambar wanita ini bagi saya ibarat encik A yg membuat simpanan wang dalam bank untuk pergi bercuti ke Singapura, setiap bulan dia akan masukkan RM300 dalam akaunnya, sampai masa bercuti dia nak keluarkan duit tu tapi pihak bank kata setiap hari ada transaksi RM10 dikeluarkan dari akaunnya (tanpa pengetahuan encik A) melalui mesin ATM dan wang dalam akaunnya telahpun habis dikeluarkan kesemuanya, tiada apa yang tinggal!!!

samalah seperti kita rasa kita dah sembahyang hari2, puasa semua cukup tak pernah tinggal, rajin sedekah, sampai masa kita dihisab dipadang masyhar, malaikat keluarkan buku akaun kita tak ada atau amat sedikit pahala yang dicatatkan, ini berpunca dari perbuatan kita yg suka LIKE2, SHARE2 benda2 mcm ni yang sedikit demi sedikit menarik pahala dari buku akaun kita bertukar kepada dosa dan akhirnya kita mengadap Allah dihari pembalasan kelak dalam keadaan MUFLIS!!!.... wallahua'lam


*LIKE & SHARE gambar orang lain dah muflis, apatah lagi SHARE gambar sendiri yang tak menutup aurat secara sempurna dan menjadi tontonan umum... fikir fikirkan lah

*NASIHAT & PERINGATAN BUAT DIRI SAYA SENDIRI JUGA YANG BANYAK BERDOSA INI



Isnin, Mei 07, 2012

Goodie Bag | KIST Travel & Tours

macam tau2 je makcik minat warna pink
petang semalam, adalah 2 orang mamat ensem naik kereta wira merah parking depan rumah saya, nak kata rombongan merisik, anak dara saya kecik lagi... takkan merisik makcik kot... makcik bukannya hot mcm nora danish tu... hihihi

dengan muka sucinya, my hubby pun keluar... rupanya budak 2 orang tu nak bagi goodie bag, mereka adalah student ke staff ke tak pastilah pulak, dari KIST (Kolej Islam Sains & Teknologi) berpangkalan di Bachok, Kelantan yang juga merupakan kampus utama KIST, untuk rekod KIST ju mempunyai cawangan di seluruh Malaysia seperti Terengganu(KISTCT), Institut Teknologi Sarawell(Sarawak), Stategi Kolej(Sabah), Kolej Iptura(Kedah), Melaka & Johor

goodie bag ini adalah salah satu rangka promosi mereka untuk mempromosikan KIST Travel & Tours, dalam bag tu adalah risalah2 pelancongan dengan harga pakej yang murah serta cenderahati seperti pen & keychain

antara lokasi2 pelancongan yang dipromosikan adalah Langkawi, Cameron Highlands, Melaka, Tasik Kenyir, Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan terbaru Kuching, Sarawak dengan harga pakej yang sangat murah...

Contoh Pakej:

LANGKAWI
Pakej Budget 3 hari 2 malam
(RM195 / seorang) Minimum 2 orang

-penginapan di Motel Warisan Tok Wan
-Kereta sewa pandu sendiri (Viva / Wira)
-Island hopping
-Lawatan 3 Pulau (Pulau Dayang Bunting, Singa Besar & Beras Basah)

sangat berpatutan ok, terdapat juga harga pakej untuk rombongan pelajar, serta pakej keluarga...

untuk maklumat lanjut boleh menghubungi;
KIST Travel & Tours
Lot 3, Ri-Yaz Heritage Marina Resort  & Spa
Pulau Duyong 21300 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

Hotline: 019-9850423 (Pn Rahimah) atau 019-9556723 (Pn Alia)
e-mail: kistravel.tour@kist.edu.my

atau klik sahaja DISINI dan klik pada pautan KIST Travel & Tours


sangat suka dgn pen tu... comey


*KIST adalah Kolej Sains Kesihatan yang terbesar di pantai timur milik BUMIPUTRA, jom sama2 kita menyokong usaha mereka!



Ahad, Mei 06, 2012

CHOCOLATE INDULGENCE | MENGIDAM


assalamualaikum sayang2 semua, SELAMAT HARI WESAK bagi yang meraikannya, disebabkan hari ni cuti.. maka housewife2 yang kurang kasih sayang (hari lain hubby sibuk) macam saya ni akan "mengada ngada"kan diri... aaauuuwww!

kebetulan pagi2 morning tadi encik laki cakap mlm tadi saya ngigau cakap "indulgence...indulgence..." mcm tak caya je, sebab saya tidur biasanya tak pernah ngigau (mana ada org ngigau nak ngaku ngigau kan)

 ceritanya mcm ni, awal bulan lalu ada attend birthday anak kawan, dia hidangkan indulgence ni sebagai kek birthday boy... tapi sayang, saya tak berpeluang nak menjamah sebab konon konon malu nak ambik awal2... so plan nak ambik lepas makan juadah lain, sudahnya kek pun dah habis sebab laku sangat... adehhh, nasib baik tak ngandung... so lepas balik riadah ngan anak2 main basikal pagi tadi, menyinggahlah sekejap kat PASARAYA PANTAI TIMOR kat jerteh ni beli yg slice... nyummy!

entah bila berkesempatan nak buat sendiri kan kek ni, tiap2 hari pun boleh makan... klu ada antara anda2 yang nak cuba buat, bolehlah skodeng2 resepi kat dapur kakak saya ni ya,
 klik sini! (resepi yang telah diolah oleh KAK ZU)

PASARAYA PANTAI TIMOR JERTEH (betul ke ejaan timor mcm tu? errrmmm....)

Khamis, Mei 03, 2012

Save The Date | Ustazah Pilihan Firuz Akhtar & Shahril Sulaiman



Style Weddings dan Ustazah Firuz telah berkolaborasi bersama untuk menghasilkan Save The Date Ustazah Firuz yang mengetengahkan mesej mengenai Tuhan, Cinta dan Jodoh.

Video yang berdurasi selama 4 minit ini menggabungkan 2 bahasa iaitu Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris kerana niat mereka adalah untuk menyampaikan mesej dakwah secara santai, kreatif, dan global, tidak terhad di Malaysia saja malah seluruh dunia.





Ustazah Firuz ketika dinobatkan sebagai Juara Ustazah Pilihan


*sangat manis bila cinta yang ditemukan dalam keredhaan Allah, tanpa perlu bersungguh2 mendapatkannya hingga ada yang merosakkan diri & maruah demi mencari cinta, percayalah bahawa Allah akan membuka pintu & mempermudahkan segalanya bagi insan2 yang dikehendaki... sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka janganlah kita mencari kemuliaan dengan selainnya... wallahua'lam



Rabu, Mei 02, 2012

Wordless Wednesday: TEDDY BEAR TAK ADA MATA




*beli yg baru lagi shomel lagi mantop lagi gebu dari ni pun tak nak main, bear yang dah takde mata ni jugak dia minat... anak...anak...


Selasa, Mei 01, 2012

ASAL USUL DONAT




Tahukah anda, Donut ini telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi. Sehinggakan ahli arkeologi pernah menemukan fosil yang menyerupai kelihatan seperti donut di kawasan penempatan prasejarah Amerika asli.

Donut atau dalam nama Belanda “olykoeks” - "kek berminyak." dipercayai telah dibawa oleh pendatang Belanda ke Manhatten (yang dikenali sebagai New Amsterdam).

Sekitar tahun 1847, Elizibeth Gregory, ibu kapten kapal kargo rempah New England, membuat doh yang mendalam goreng yang menggunakan buah pala, kulit kayu manis dan kulit lemon.

Dia membuat kek digoreng untuk anak kapal Hansen dan krew supaya mereka boleh menyimpan pastri yang lama bahkan ia baik untuk menahan daripada terkena selsema semasa dalam pelayaran. Puan Gregory meletakkan kacang hazel atau walnut di pusat, di mana doh dan memanggilnya donut.



sumber: FB Kedai Kek Ziq



*minat makan donut, lagi2 Big Apple... tapi mahal sikitlah, buat sendiri lagi puas makan kot kalau tak malas la....




Isnin, April 30, 2012

PETUA HILANGKAN STRETCH MARK @ REKAHAN KULIT

google



1 sudu teh kapur sirih (kapur makan)

1 sudu teh air limau nipis

20 titik minyak kayu putih


Campurkan ketiga-tiga bahan & sapukan ditempat yang berkenaan, amalkan selalu sehingga dapat hasil yang dikehendaki.


*stretch mark biasanya berlaku kepada ibu2 bersalin, ahli bina badan atau mereka yang mudah mengalami pertambahan berat badan, apa yg penting sekali jangan garu kawasan yang ada stretch mark kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan... SELAMAT MENCUBA!



Ahad, April 15, 2012

MAKLUMAT HUBUNGAN | HOW TO CONTACT

 


 BERIKUT ADALAH MAKLUMAT TERBARU UNTUK SESIAPA YANG INGIN MENGHUBUNGI SAYA BAGI URUSAN TEMPAHAN KUIH MUIH, KEK, BISKUT RAYA, PERTANYAAN HARGA ATAU SEBAGAINYA:

E-MAIL: maaynany_2101@yahoo.com.my

TELEFON: 019-9984231 atau 013-9876941

ALAMAT RUMAH: nombor 19, rumah murah seberang jerteh, 22000 jerteh TERENGGANU

*maklumat akan dikemaskini dari semasa kesemasa sekiranya berlaku perubahan, 
HARAP MAKLUM





Selasa, April 10, 2012

The Reason Is You



 
I'm not a perfect person
There's many things i wish i didn't do
But i continue learning
I never meant to do those things to you

And so, i have to say before i go
That i just want you to know
I've found a reason for me
To change who i used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I'm sorry that i hurt you
It's something i must live with everyday
And all the pain i put you through
I wish that i could take it all away
And be the one who catches all yours tears

That's why i need you to hear
I've found a reason for me
To change who i used to be
A reason to start over new
And the reason is you... and the reason is you
And the reason is you... and the reason is you

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so, i have to say before i go
That i just want you to know
I've found a reason for me
To change who i used to be
A reson to start over new
And the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that i do
And the reason is YOU...



saya tidak sempurna, tapi saya akan terus belajar... maafkan saya jika menyakiti, saya tak suka awak sedih... saya cuma nak awak tau, saya ada sebab saya sendiri... sisi lain dalam hidup ini yang tidak awak ketahui... saya ingin pergi & ubah segalanya hanya kerana awak dan tentunya kerana Allah... wallahua'lam









Khamis, April 05, 2012

EQBALZACK Fan Page Celebration Giveaway!



 penyertaan abang EQ untuk DIGI WWWOW AWARDS kategori Blogger Of The Year kat SINI , jom support dia... (tak pasti dah boleh vote ke belum)


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 Assalamualaikum,
sempena pembukaan FACEBOOK FAN PAGE, eqbal zack dah buat satu giveaway utk siapa yg berminat & saya adalah salah seorang yg berminat nak join,
 ...last join GA dari blog Ady Budika dulu... lama jugak tu

antara hadiah yg ditawarkan adalah... (agak hensem & jelita jugak hadiahnya)

 





DKNY Be Delicious (7ml) x 5
DKNY Golden Delicious (7ml) x 1
CK One (15 ml) x 1
MONT BLANC Legend (4.5ml) x 1
CHROME AZZARO (7ml) x 1
BVLGARI Aqua (7ml) x 2 


menarik kan? kalau nak join masih sempat lagi ni... tarikh tutup GA adalah pada  
7 April 2012 & pemenang akan ditentukan melalui random.org yang akan diumumkan pada
9 April 2012


caranya senang je, just LIKE fb fanpage EQBALZACK pastu buat satu entry blog mengenai 
Fan Page Celebration Giveaway... pastu tinggalkan link entry tu dekat rungan komen, semudah ABC kan...

jadi, apa tunggu lagi? mana tau ada rezeki kan... JOM JOIN!










Selasa, April 03, 2012

ANAK BEN ASHAARI (dah boleh google dah...)

gambar dari FB ben

 kalau sebelum ni orang asyik google "siapa BEN ASHAARI" atau "isteri ben ashaari"... lepas ni bolehlah google plak "anak ben ashaari" 
... dah ada dah jangan risau
 (erk... sblm dapat baby dulu pun dah ada orang google sebenarnya... betul tak ben?)

biasalah blogger fofuler... apa pun tahniahlah buat Ben dgn Zila sebab dikurniakan baby boy yang sangat comey dan chubby... nak tau berat dia? 4.02kg okeyyyy.... banyak makan bayam ni agaknya, heheh... takpun ben kata banyak main besi (angkat berat mcm ayah dialah minat pergi gym) masa dalam perut, ada2 je kan...

...so lepas ni dah diberi tanggungjawab tu laksanakanlah sebaiknya, almaklum... anak milenium tu, cabaran menjadi parents dgn menjadi anak sama hebatnya...

...bersedialah utk berjaga malam utk jaga wife dlm pantang, tukar pampers... klu breast feed selamat sikit, tak yah bancuh susu... jangan sekali mengeluh ok, semua tu ada ganjaran pahala

yelah, zuriat ni adalah zuriat yang ditunggu sekian lama... hadirnya memberikan senyuman juga tangisan, dia tak tau apa2 selagi belum berakal... jadi sepenuhnya adalah tugas ibu bapa melaksanakan amanah...lagi sekali jangan mengeluh atau berkira...

tahniah sekali lagi dari BLOG IBUGEBU... wassalam




Rabu, Mac 28, 2012

ABBY ABADI BERTUDUNG sweet sangat



 Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang muslimah.

"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti.

"Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja. Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya," kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah.


 sejuk mata memandang perubahan Abby sekarang... gambar ni diambil dari FB page Abby, mungkin ada yang sceptical dgn penghijrahan Abby... bertudung sebab dah tak laku lah... sebab putus cinta lah... sebab dah tua lah... biasalah manusia, selagi tak nampak neraka Allah memang tak akan berhenti berkata buruk tentang orang... baik salah, jahat lagi salah...

yang penting hanya Abby yang tahu tentang kehidupannya... dalam banyak2 gambar, saya suka gambar diatas sebab utamanya saya suka warna pink, inner pink yang Abby pakai tu menyerlahkan wajah dia yang putih...

semoga kehidupan Abby lebih tenang setelah mendekatkan diri dgn Maha Pencipta, bumi Allah luas... yakinlah bahawa janji Allah pasti bagi mereka yg bersabar

*lepas ni bolehlah Abby delete mana2 gambar yg free hair tu kan...






Wordless Wednesday: TALAM ABOK ABOK






talam abok2 tempahan dari cikgu Tg Jailani sempena majlis doa selamat beliau nak ke Mekah
*boleh clik menu bar untuk katalog tempahan


Ahad, Mac 25, 2012

TAHNIAH IRMA HASMIE:GAMBAR TUNANG





“Semuanya bermula dengan pertemuan secara tidak disengajakan ketika menunaikan umrah di Makkah sebelum kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan,” kata pengacara dan pelakon, Irma Hasmie Ibrahim yang bertunang dengan ahli perniagaan, Rezza Shah Azmeer Radzuan di sini, semalam.(SABTU, 24 March 2012)

Irma, 30, berkata, ketika menunaikan umrah pada 14 Februari lalu, dia bertemu keluarga Rezza, 31, yang turut sama menunaikan ibadat tu.

berita penuh: myMetro




drapping dress aquamarine by HATTA DOLMAT












REZZA 31, ahli perniagan
                                     2 gambar diatas exclusive dari blog HATTA DOLMAT


*TAHNIAH irma & tunang, semoga ikatan kekal hingga saat disatukan nanti & terus kekal selamanya  diberkati dalam perjalanan menuju keberkatan-Nya... amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...