Rabu, Oktober 26, 2011

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER


asalnya BLOG IBU GEBU dihasilkan adalah sebagai log harian, tempat untuk saya mencurahkan rasa hati & emosi pada ketika itu...

tapi lama kelamaan saya jatuh hati dengan blog & mula bercerita untuk berkongsi, tak kira samaada tips harian, resepi2 mudah, motivasi atau sebarang info yang saya rasa bermanfaat...

idola saya dalam berblog ada 2-3 nama dalam kepala, tapi yg utama tentunya BEN ASHAARI
( bukan bodek) sebab memang saya menghasilkan blog setelah secara tak sengaja terbaca artikel berkenaan dgn putus cinta ke apa saya tak ingat... (soon saya kongsikan artikel itu)

saya terus tertarik untuk terus membaca, membaca & membaca lagi blog beliau... dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghasilkan blog sendiri

sekarang setelah lebih kurang 11 bulan blog ini dihasilkan, saya tetap menjadikan ben sebagai rujukan, terutama dari segi TREND BERBLOGGING!

*menaip entry ini dalam keadaan tergesa2 kerana dah nak dekat pukul 5! ahahaha...

Wordless Wednesday::KEEP INSPIRING::


RESEPI APAM POLKADOT


 resepi apam polkadot pernah saya kongsikan sebelum ini DI SINI

tapi saya kongsikan sekali lagi dengan gaya penyampaian yg lebih ringkas & mudah difahami

buat SURIATI juga adik2 saya yg baru nak belajar buat & request resepi ni, boleh lah refer kat sini & cuba buat ya...
mungkin sekali buat ada salah silap mana2 janganlah cepat putus asa... boleh cuba lagi sampai berjaya!


B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U
 
resepi dari kak Yuslindhia Zamani

 3biji telur gred A (dari peti ais) *saya guna telur dalam suhu bilik biasa
*280g (2cwn) tepung gandum
*2sdt baking powder
*diayak bersama
220g (1 1/2 cwn) gula halus (kalau letak filling guna 200g sahaja)
250ml (1cwn) susu segar/susu cair/santan/susu UHT *saya guna susu cair jenama marigold tin warna pink
1sd kecil ovalette
1sdt esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
filling (ikut citarasa sendiri spt chocolate, strawberry, kelapa, kaya, peanut butter) masuk dlm piping bag
pewarna (ikut citarasa masing2)

pukul telur + gula + ovalette sampai kembang dengan kelajuan maksimum, adunan ni akan jadi pekat, putih & berkrim bila dah betul2 kembang *biasa 1 adunan ni saya pukul 5 - 6 minit
kemudian slowkan speed baru masukkan tepung + baking powder + bahan cecair secara berselang seli
*masa keseluruhan mengadun dalam 10 - 12 minit
(sementara itu, didihkan air kukusan yang diletak daun pandan untuk apam lebih wangi)
bahagi adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna
masukkan setiap bahagian dalam piping bag
(untuk buat dot, asingkan sedikit adunan dalam piping bag khas untuk buat dot sahaja)
susun acuan lompang dalam pengukus & masukkan paper cup dalam acuan lompang
picit adunan dlm paper cup 1/2 cup
picit filling ikut citarasa
picit adunan sama @ lain warna sehingga penuh
kemudian dot2 kan dengan warna pilihan 
bila air kukusan dah mendidih, sederhanakan api & kukus selama 15 minit





kredit gambar dari fb page saya, jangan lupa LIKE! :)

~SELAMAT MENCUBA~

*JIKA ADA  SEBARANG KEMUSYKILAN LAGI, BOLEHLAH AJUKAN SOALAN, INSYAALLAH AKAN SAYA JAWAB SEMAMPU YANG BOLEH...

WE FOUND LOVE IN A HOPELESS PLACE

by 3ees Photography

apabila sekeping gambar mampu bercerita serta berupaya juga untuk memotivate people!

kali pertama saya melihat gambar ini dan membaca caption "WE FOUND LOVE IN A HOPELESS PLACE"

hati saya tiba2 sebak... saya bersyukur kerana masih disayangi...


*HIDUP BAGI SESETENGAH ORANG MUNGKIN JUGA TEMPAT YANG TIADA PENGHARAPAN DI DALAMNYA, TAPI SEBENARNYA MASIH ADA KASIH SAYANG DARI YANG DI ATAS WALAU KITA TELAH TERPINGGIR OLEH DUNIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...