Selasa, Oktober 25, 2011

MEE HOON GORENG MUDAH


adik2 nak makan mee hoon? tak pandai buat? ala ciannya... setakat nak buat mee hoon "pekak" mcm ni very the simple sayang... tak payah modal banyak2, step pun senang...

kiranya adik2 yang first time nak merasa masakan sendiri... bolehlah cuba, kakak bagi resepi ya... cuba buat tau...

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

1 paket mee hoon direndam 30 minit  (cap serama paling best)
*5 tangkai cili kering (rebus dahulu)
*4 biji bawang merah
*3 biji bawang putih
*sedikit belacan (optional)
1/2 ekor ayam (basuh & potong kecil2)
2 biji tomato (potong 6)
fish ball @ fish cake (tak letak pun tak apa)
sos cili LIFE (optional)
minyak untuk menumis secukupnya

UNTUK HIASAN
timun batang
daun bawang + daun sup (cincang halus)
bawang goreng

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

toskan mee hoon masuk dalam tapis
blender semua bahan bertanda *
panaskan minyak dalam kuali
tumis bahan blender tadi hingga garing
masukkan ayam yg dah potong kecil
masak hingga ayam empuk, tambahkan sedikit air jika perlu

masukkan fish ball & fish cake
bolehlah tambah serbuk perasa & garam
masukkan mee hoon yang dah ditos
kacau2 rata hingga mee menjadi lembut, jika masih keras boleh tambah kan air sedikit sedikit
akhir sekali masukkan tomato dan kacau lagi hingga mee betul2 lembut

masuk mee hoon goreng dalam pinggan & hiaskan, SILAKAN MENJAMU SELERA!

mudah kan? lepas ni bolehlah cuba masak sendiri...



*KALAU KAT JOHOR, BUAT MEE HOON MESTI LETAK UDANG KERING, TAPI KAT TRGANU NI UDANG KERING SUSAH DAPAT, KLU ADA PUN UDANG KERING MASIH ADA KULIT, TAK SEDAP NAK WAT RENCAH... hurm, nasib
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...