Isnin, Oktober 24, 2011

TAHNIAH YAYASAN ISLAM TERENGGANU, MAJLIS KHATAM BERAMAI RAMAI, TAHNIAH JUGA BUAT ANAK IBU!



sabtu lalu telah berlangsungnya majlis khatam al-Quran kanak2 tadika peringkat negeri terengganu bagi tahun 2011...

sesak betul dengan kehadiran kanak2 seluruh negeri terengganu bersama ibu bapa, cikgu dan juga sanak saudara mereka... majlis ni berlangsung di stadium tertutup gong badak...

teruja bila dapat menghadiri majlis ilmu seperti ini dengan dapat menghayati bacaan al-quran dari qari2 jemputan

pada majlis ni hampir 8000 orang kanak2 menyertai, bayangkan begitu punya ramai... 2 tahun lepas saya hadir juga untuk event yg sama, hanya lebih kurang 4000 lebih sahaja kanak2 yg khatam..

ini bermakna jumlah telah meningkat 2 kali ganda! syabas kepada PROGRAM PINTAR AL-QURAN yang hanya dilaksanakan di negeri terengganu ini! (tahun depan kena cari vanue yg lebih besar nampaknya)

JOM LAYAN GAMBAR GAMBAR YANG SEMPAT TERAKAM...


WAKTU NI BARU PUKUL 12 LEBIH TENGAHARI, KAMI PUN BARU SAMPAI...
STADIUM PUN BELUM PENUH... EXCITED DATANG AWAL!


TIME NI CIKGU CIKGI DAH BAWA MASUK PELAJAR UNTUK AMBIL TEMPAT, YANG DALAM BULATAN MERAH TU LAH ANAK SAYA YG KHATAM, NUR AIN NAJWA...
TIME NI DAH DALAM PUKUL 2 PETANG, NAIK SEMBAHYANG ZOHOR, MASUK SEMULA DALAM STADIUM TENGOK MAK AIHHHH!!! DAH FULL... SIAP BERDIRI LAGI...

TEMPAT DUDUK MEMANG PACK, NASIB BAIK KAMI DATANG AWAL...

PUNYALAH RAMAI MANUSIA KAN? YANG SAYA MARK ARROW TU TEMPAT DUDUK VIP, KAT SITU MENTERI BESAR TERENGGANU DUDUK...  THANKS YB SUDI DATANG MERASMIKAN MAJLIS...

*SEKALUNG TAHNIAH BUAT ANAK IBU, NUR AIN NAJWA YANG TELAH SELAMAT MENERIMA SIJIL KHATAM AL-QURAN PADA USIA 6 TAHUN, SEMOGA IANYA MENJADI PERMULAAN YANG BAIK UNTUK SELURUH PERJALANAN HIDUPMU NANTI...AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...