Ahad, Oktober 09, 2011

SIAPA KATA JADI PEREMPUAN TU SENANG?!




siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
perempuan, stokin pun kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
confirm tak  tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool je...
tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada sakit perempuan
nak pergi kelas @ kerja pun susah
kalau boleh, macam tak nak  jalan je time sakit & tak selesa
cuba tengok budak lelaki , selamba je...
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn sakit perempuan tiap2 bulan, survive jugak
tengah2 sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yg dia sakit & tak selesa
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan begitu lembut
cepat sangat sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru

cuba kalau time tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak  hati perempuan?
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah tak adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
mereka kata jadi perempuan tu sangatlah susah
sehingga ada ungkapan berbunyi, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg hilang malu...
mereka pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'
mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
mereka sanggup gadaikan diri  sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

kesian kan kat mereka?
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, mereka sanggup merosakkan diri
mereka kata mereka buat macam tu sebab Allah tak adil

persoalannya sekarang
betul ke Allah tak adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah telapak kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah telapak kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah telapak kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 10 orang anak lelaki
bermakna ada 10 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan mereka hebat!!!


cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
contohnya macam lagu SUMAIYYAH, NURUL IMAN
jarang atau tak pernah kita dengar lagu pasal lelaki
sayangnya Allah pada perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita tak pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya' kan?
hebat tak Allah jadikan perempuan tu?

masih tak adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah sebenarnya terlalu adil pada perempuan
sampaikan disebabkan mereka kata susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
cuba baca hadis ni...

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

tak adil lagikah Allah pada perempuan?

oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah pada kamu
betapa cintanya Allah pada kamu
tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri  kerana fikiran2 negatif yg tak berasas kepada penciptamu...?

Allah jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia
bayangkan... dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita dijadikan hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?


 
malulah kita kerana menolak untuk menjadi insan paling istimewa ciptaan-NYA... wallahua'lam 

 MUIZ...

*DISAAT INI HATI WANITAKU SEDANG BERBUNGA BUNGA...

NAMA SAYA ENGKU ALEESYA




COMEL TAK? COMEL KAN?

*sungguh comel & jelita anak saya ni... eh, perasan pulak... ni anak erra fazira. Saya suka tengok muka & gayanya yang cute sangat ni... sebab tu saya himpunkan di dalam blog saya supaya saya boleh tengok selalu... (ada lagi yg terbaru nanti saya tambah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...