Khamis, Oktober 06, 2011

WARDINA TEGUR ARTIS ISU HUDUD


What a nice shot! sukanya dia....

Terbaca entry dari blog Ady Budika tentang teguran Wardina buat artis2 yg mengeluarkan pendapat tentang perlaksanaan hukum hudud di malaysia

(sumber tersebut tertulis...
"nak minta para rakan artis untuk tidak komen perkara yang kita TIADA ilmu seperti Hukum Hudud. Para wartawan juga tidak seharusnya menyoal...")   boleh rujuk SINI

sebelum tu memang ada terbaca dari news feed di FB berkenaan komen2 artis yang dikongsi gambarnya:
KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

MORAL OF THE STORY adalah
JANGAN KOMEN KALAU TIADA ILMU!

(saya juga sependapat dgn Wardina juga Ady dalam hal ini)

Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Sebenarnya ilmu juga melibatkan fakta & kita semua sedia maklum bahawa hukum hudud telah termaktub dalam kitab sudi Al-Quran... jadi mengeluarkan fakta salah & memberi pendapat berlandaskan logik akal amat tidak berilmu...

sekiranya diajukan sesuatu perkara atau isu yang kita tidak tahu atau tidak pasti, kita ada hak untuk tidak menjawab bagi mengelakkan perkara2 seperti ini terjadi kerana golongan artis adalah golongan berpengaruh yang mampu mempengaruhi minda & fikiran pengikut mereka....

Wallahua'lam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...