Sabtu, Oktober 01, 2011

SINGGANG IKAN AYA TERENGGANU STYLE



salam dari dapur kawan2... ini menu tengahari tadi sebenarnya...

hari ni masak singgang ikan tongkol atau ikan aya (panggilan org negeri terengganu)

jom kita tengok resepi & bolehlah cuba nanti ya... SO SIMPLE!

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

1 ekor ikan tongkol / aya (saiz sedang)
(potong kecil & basuh bersih)
*2 in kunyit hidup
*2 in lengkuas
*2 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
*3 biji cili padi merah
2 keping asam gelugor
air secukupnya

garam
gula
serbuk perisa



hiris nipis bahan bertanda *
masukkan semua bahan dalam kuali @ periuk bersama ikan & air
rebus sehingga ikan masak
bolehlah ditambah perisa, garam & gula ikut citarasa masing2

siap untuk dihidang panas, mudah & cepat kan?
(sedap dihidang bersama sambal tempoyak & ulam ulaman)




SELAMAT MENCUBA!

PERSPEKTIF BETUL & SALAH MENGENAI JODOH

YANG SALAH

1-Jodoh tidak perlu dicari
2-Perempuan hanya perlu menunggu
3-Perempuan tidak banyak pilihan, sebaliknya lelaki yang banyak pilihan
4-Alang alang terlanjur, diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi untuk menemukan lelaki/perempuan yang baik
5-Pasangan yang banyak perbezaan, tidak kekal dalam perhubungan
6-Perlu bercinta sebelum kahwin
7-Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber SMS dan berjumpa
8-Janji manis pasangan harus dipercayai. Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya "I tidak ada harta, tetapi I ada cinta"
9-Contoh yang lain: "I tidak akan sentuh U sebelum kita nikah"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

YANG BETUL

1-Allah menyuruh manusia berusaha
2-Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah s.a.w
3-Perempuan berhak memilih
4-Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-Nya
5-Perbezaaan boleh menjadikan pasangan saling lengkap melengkapi
6-Ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal. Islam menganjurkan cinta selepas kahwin
7-Selagi belum berkahwin, syariat membataskan hubungan antara pasangan. Mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau ber SMS keterlaluan hingga melalaikan
8-Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya. Hidup berumahtangga memerlukan banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanja
9-Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikut pasangannya kemana sahaja yang dibawa. Oleh itu, tidak hairanlah apabila realiti menunjukkan ramai pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah penzinaan

KREDIT: solusi isu31


P/S: betulkan semula persepsi anda berkenaan jodoh kerana ramai antara kita terlalu mudah "ikut orang" tanpa ilmu, bila kurangnya ilmu apa yang salah akan mudah di tafsirkan betul & terus ikut ikutan tanpa sedar keburukan menanti...

*INGAT! ILMU BUKAN SAHAJA DAPAT DI SEKOLAH, TAPI JUGA MELALUI PEMBACAAN JUGA RAJIN BERTANYA PADA ORANG YANG LEBIH ARIF


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...