Ahad, September 25, 2011

PURPLE SAKURA BUAT SI DIA...

assalamualaikum blogger...
malam ini aku mencari & terus mencari, kugerakkan mousse kekiri kekanan, ku scroll keatas dan kebawah... tak kenal putus asa..


jemariku yang gebu ku tarikan diatas keyboard untuk menaip setiap keyword!

adakalanya... ada desiran angin ditepi telinga ku membisikkan... mesti ada, jangan putus asa...

tiap kali ku rebah, aku akan teringat janjiku pada si dia... tak sanggup rasanya untuk kumungkiri

dan deminya... aku titipkan hadiah buatmu, adik kecilku yang jauh dimata...

...wahai sunah sakura







ambiklah mana yang awak admired, kakak tak pasti antaranya dah ada atau belum dalam koleksi awak & yang ini paling kakak suka..

~seolah melambangkan kekuatan dirinya yang megah & teguh disebalik kecantikannya yang menjadi inspirasi sang pencinta!~

KREATIFNYA MEREKA CIPTA BERAS PALSU!

tak selera nak hadap beras palsu ni yang dipercayai dibuat menggunakan campuran keledek dengan plastik... PLASTIK? ...hadoi... agak2 la wei kot ya pun nak bunuh diri, jangan nak bunuh orang lain jugak...

sebab beras palsu ni dijual disalah satu bandar terbesar di cina... nampak tu? dah lah palsu, jual macam tak hengat kat bandar pulak tu... mestilah ramai yang beli kan?

haih... harap2 tak ada lagi yang "terlepas" ke pasaran malaysia ya... eeeuuuuwwwww!!!!


SUMBER: ohtidak  
p/s*LEPAS NI AGAKNYA ADA PULAK JUAL DURIAN PALSU, AIR PALSU, ROTI PALSU... tak sanggup mak noq... lama2 mak pun lesu... ahahaha

SUJUD MEMUDAHKAN BERSALIN!


INI ADALAH ENTRY COPY PASTE TANPA MENGUBAH SATU HURUF PUN DI DALAMNYASEBAGAI BAHAN BACAAN SENDIRI & BERKONGSI DENGAN PEMBACA LAIN...
SEMOGA SAMA2 BEROLEH MANFAAT...



Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.

KREDIT: harian metro online

ENTRI PERTAMA AMNA NAFEESA (blog anak wardina)



AMNA NAFEESA...indah nama tu yang bermaksud
KETENANGAN YANG BERHARGA


semoga nama yang indah juga dihiasi peribadi yang indah seperti umi amna... WARDINA SAFIYYAH

pagi ini saya on9 ada terbaca  update terbaru wardina melalui fan page FB beliau tentang penulisan pertama anak sulungnya dalam blog sendiri!

"Salaam Amna baru belajar menulis blog :) dapat inspirai dari kawan dan jiran saya Shikin apabila dua orang princess nya juga menulis blog....Selamat membaca entry Amna, sudi tinggalkan komen..bagila semangat sikit pada dia..."
waaah!!! anak sekecil ini (8 tahun) sudah ada blog dan mampu menulis dengan baik, saya rasa turut berbangga... insyaAllah, satu hari nanti amna juga bakal menulis sepeti wardina yg banyak berkongsi tips2 & panduan serta pengalaman beliau sebagai ibu juga sebagai muslimah sejati...

JOM KITA SUPPORT BLOG ADIK KECIL KITA NI
|
|
|
V
Perfect Amna N


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...