Ahad, September 11, 2011

FENOMENA SUGAR GLIDER


mungkin ramai yg belum tahu apa itu sugar glider(SG), haiwan kecil persis tupai yg menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini

nama saintifik sugar glider adalah Petaurus Breviceps haiwan marsupial kecil yang boleh ditemui di Australia, Tasmania, Indonesia dan Papua New Guinea.



bersesuaian dangan namanya, SG begitu menggemari makanan manis namun mempunyai diet khas untuk kekal sihat iaitu  mengambil kira protein (30-50 peratus), buah-buahan (20-30 peratus), sayur-sayuran (40 peratus) dan karbohidrat (15 peratus), disamping suplement HPW

*makanan yg tidak boleh diberi adalah coklat kerana boleh menjadi toksin dlm badan SG

bagi yg berminat untuk menjadikan SG sebagai haiwan peliharaan perlulah mempunyai maklumat & pengetahuan yg mencukupi sebelum memeliharanya

ini kerana haiwan ini memerlukan komitmen yg tinggi dari pemiliknya bagi memastikan haiwan ini kekal sihat & tidak menanggung kerugian berikutan harganya yang mahal

bagi jenis yang biasa dimiliki adalah dari jenis Classic Grey, boleh dibeli dgn harga RM250- RM 350 seekor

jenis2 lain ialah White Faced (RM2,500), White Faced Blonde (RM3,000), Ring Tail (RM7,500), Mosaic (RM7,500), White Mosaic (RM10,000), Creameino (RM15,000), Albino (RM15,000) dan Leucistic (RM15,000).

baru2 ni berkesempatan berkunjung kerumah kazen ada dia pelihara haiwan ni, tapi saya tak berani nak pegang sebab tengok kuku dia mcm panjang.... ahahahaha

tapi bila surf internet tgk gambar2 SG yg comel2 rasa rugi pulak tak cuba pegang kan? tengoklah berkunjung lagi sekali nak cuba memberanikan diri sebab haiwan ni sebenarnya manja kalau kena pada cara peliharaan tuannya, sebab tu lah SG jadi kegilaan sekarang..




*NOTA: bagi yg baru2 nak berjinak dgn SG sekarang mcm2 medium perantara yg ada janji kena rajin search kat pakcik google,
ini yang saya ada jumpa kat FB

NAMA SAYA AMMAR ZAFRI

comelnya anak sedara saya yang sorang ni, badan dia mantop! sedap nak pegang n dukung...

kesempatan berkumpul satu family pada raya lepas memang tak saya lepaskan peluang nak "bergomol" dengan sikecik ni...

actually, ni anak saudara terbaru saya (anak kakak), time ni umur dia baru 6 bulan (DOB 11/3/2011) tapi mcm dah mcm budak 9-10 bulan sebab badan dia "kus semangat"

disebabkan jarak memisahkan kami (saya di trganu, kakak di JB) ini 1st time saya dapat jumpa baby ni sejak dilahirkan... jumpa2 dah pun 6 bulan, jumpa lagi sekali dah sekolah, lagi sekali dah bertunang... erk

yelah, klu xde urusan betul2 penting @ cuti betul2 panjang mmg susah kami nak balik JB, almaklum kos n jarak yg jauh...

tapi, hubungan kami sekeluarga mmg erat sejak dulu lagi, kami adik beradik wlpun berjauhan masih "follow" n "update" perkembangan terbaru masing2... mediumnya, SMS, CALL atau FB, kan mcm2 kemudahan ada sekarang, so bukan halangan ok...

video ni adalah koleksi peribadi yg akan saya tengok berulang kali tiap kali saya on9, dapatlah lepaskan rindu kat budak "HEMEM!!!!" ni...




*NOTA: SEBUAH KELUARGA YANG TERJALIN DALAM KEIMANAN & KEBAHAGIAAN AKAN BERKUMPUL KEMBALI DISYURGA BAWAH NAUNGAN ALLAH s.w.t MESKIPUN AMALAN MEREKA BERBEZA BEZA wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...