Ahad, Julai 24, 2011

CORNFLAKES COKLAT DENGAN BADAM RANGUP

salam kawan2 yg disayangi, bersempena dgn Ramadhan yang dah x sampai 10 hari pun lagi nak datang ni, mesti ada yg dah tercongak2 terteleng2 nak cari idea buat biskut raya kan...
jadi, disini ita nak share resepi mudah sangat buat CORNFLAKES COKLAT ni... x payah nak keluar mixer, x payah nak keluar oven... kacau2, sudukan, dah keras simpan dlm botol... siap!!!

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

BAHAN-BAHAN
200g  cornflakes (ita beli kat kedai baking je 250g RM4)
50g almond strip (nak letak banyak pun boleh_lagi sedap)
*oh ya... almond ni panggang @ sangai dulu sampai rangup
400g coklat masak
sedikit coklat putih (untuk hiasan)

CARA-CARA
cairkan coklat masak dengan kaedah double boiler
(klu boleh guna mangkuk steel @ kaca yg besar agak2 muat untuk sebatikan semua bahan2)
bila coklat dah cair & tidak berketul, masukkan cornflakes & badam tadi
gaul sampai semua bersalut & rata
sudukan atas papercup dengan segera
letak bawah kipas @ biar sehingga coklat keras baru hias dgn coklat putih
biar seketika sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

dah siap.... mudahkan?

*TIPS: kalau takut coklat keras sebelum siap sudukan dalam paper cup, boleh letak mangkuk steel atas rice cooker yg ada air menggelegak & "on" kan suisnya...

Ini Anwar Hadi godol 3 trofi pada kemuncak DIGI wwwow awards

salam semua, N3 ringkas ni hanya untuk mengucapkan tahniah & mengaprisiasikan rasa bangga terhadap anak melayu yg bernama ANWAR HADI atas kejayaan beliau meraih 3 trofi dalam anugerah digi wwwow yg berlangsung di KLPAC baru2 ini... (maaf klu terlambat update... at least, rasa puas dapat ucap tahniah)

beliau telah memenangi 3 trofi untuk kategori:
                                                                   1-Must Follow Personality
                                                                   2-Video of the Year dan...
                                                                   3-Blogger of the Year

untuk info dan gambar2 sepanjang majlis yg lebih jelas boleh tengok kat sini ok... enjoyce!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...