Jumaat, Mei 06, 2011

BINGKA UBI KAYU

AS SALAMUALAIKUM, hai kawan2... apa khabar hari ni? hari ni penghulu segala hari iaitu hari JUMAAT... salam jumaat dari IBU GEBU buat pengunjung2 setia blog ini...


pagi ni ita buat bingka ubi kayu sebab teringin sangat nak makan, dah lama tak makan sejak2 bermastautin di terengganu ni susah nak jumpa bingka ubi ni... silap2 mmg xde orang buat, klu lepat ubi tu adalah jugak... kalau kat johor tiap2 minggu beli kat pasar malam Tmn Cempaka dekat mak cik sorang tu mmg mabeles bingka dia...


ubi ni pun ita dapat dari kebun mak sedara suami, dia ada tanam sikit kat belakang rumah, mula2 nak beli cari pusing satu besut x jumpa, selalu klu bab ubi ni kawasan orang jual dekat TEMBILA, tapi masa pergi tu sebatang ubi kayu pun xde, x musim kata mereka... haish, klu kat johor hari2 ada org jual (dlm hati berkata...)


jom kita layan resepi bingka ubi ni, ini versi letak gula merah, ada orang letak gula pasir je... resepi lebih kurang buat lepat, tapi lepat letak kelapa parut, yang ni letak santan...

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

2 kg ubi kayu
3 cawan gula merah
4 1/2 cawan santan pekat
1st garam

ubi disagat halus & ditapis airnya
*air dari ubi jangan buang, masuk dlm magkuk lain dahulu lebih kurang 10 minit
*lepas 10 minit, buang air perahan ubi perlahan2 dan ambil sagu ubi yang mendak di bawah mangkuknya..
kemudian campur semua gula + santan + garam + sagu ubi kayu & gaul sebati

panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius
sediakan loyang 10 inci & lenser dengan minyak masak

bakar selama 1 1/2 jam guna api atas bawah
sejukkan baru dipotong

mudah kan? macam buat jemput2 aje adunan dia...
jadi, apa tunggu lagi? jom buat, boleh buat sarapan atau minum petang...


SALAM MANIS DARI ITA & KITA JUMPA LAGI UNTUK N3 SETERUSNYA...
INGAT, JANGAN CURANG!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...