Ahad, Mac 20, 2011

APA YANG TINGGAL SEKIRANYA DICERAIKAN SUAMI?

baru2 ini berkunjung ke rumah salah seorang ibu saudara sempena cuti sekolah, bawak anak2 kenal dgn saudara mereka tak kisahlah saudara jauh atau dekat... asalkan mereka kenal...

dalam sibuk2 berbual, terkeluar cerita dari ibu saudara ku kisah saudara kami juga yang baru diceraikan suami tak sampai seminggu lagi, terkejut jugak aku kerana pasangan ini sudahpun separuh abad usianya, yang lelaki 70 tahun ++ si bekas isteri 60tahun++...


risik2 jugak apa punca perceraian, tak dapat pulak nak dipastikan, nak kata orang ketiga, mcm x logik... nak kata ada yang tak kena pada pasangan, takkan baru sekarang nampak yang buruk setelah berpuluh2 tahun hidup bersama? entahlah, hanya mereka sahaja yang punya jawapan...

yang menyedihkan aku adalah cerita disebalik perceraian itu, bekas isteri sudahnya menumpang duduk dirumah saudara membawa bersama cucu dan anak menantu yang selama ini duduk dengannya...

kisahnya, cucu tak nak berpisah dgn nenek mereka kerana selama ini nenek yang mengasuh... rumah yang ditumpangi juga agak sempit, bayangkan betapa tidak selesanya keadaan itu...
menjadi tajuk cerita disini adalah, rumah dan segala harta yang ada semasa mereka masih suami isteri adalah hak milik si suami, dan bekas isteri langsung tidak memiliki sebarang harta atau sekalipun simpanan untuk dirinya, segala2nya selama ini ditanggung oleh bekas suami...

apalah harga yang tinggal pada diri ini andainya aku yang mengalami nasib seperti itu, minta dijauhkan...

kasih sayang yang disulam sekian lama ibarat tak pernah  mampu menebus sengsara yang ditanggung kini... ditinggalkan suami disaat hidup ini hanya tinggal sisa...

mungkin dia juga tak menyangka perkara ini berlaku kepadanya setelah sekian lama baginya itulah kasih sayang yang akan dibawa sampai mata tertutup, suami itulah yang akan menguruskan sakit pening ku disaat aku tidak berdaya lagi diusia tua, tempat aku mengadu... akhirnya ini yang terjadi...


ya Allah Kau lindungi dan kasihilah ikatan perkahwinan kami agar kami dapat bersama sehingga nafasku terhenti... amin yarabbal alamin...
mungkin soalan ini relevan dgn isu yg saya bawakan ini....,
apa yang tinggal pada diriku sekiranya diceraikan suami?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...