Selasa, Mac 08, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU




assalamualaikum, N3 kali ini untuk menjayakan segmen khas dari abang ketak kita...
*******************************************************************************
saya ibu kepada 2 org cahaya hidup bukan setakat cahaya mata, sulung darjah 2 MOHAMAD AMIRUL AIMAN, sikecil yang manja NUR AIN NAJWA sedang melanjutkan pelajaran di tadika Yayasan Islam, berumur 6 tahun...
saya menamatkan kerjaya pada tahun 2009 setelah melalui episod sedih dah perit dalam kehidupan, menceburi bidang kerjaya swasta menuntut komitmen 200% yang adakalanya tak terdaya digalas...
setelah kurenung wajah kedua anak ibu yang masih perlukan kasih sayang, dan tak sanggup melihat mereka membesar ditangan org lain, akhirnya ku nekad mengubah haluan hidup ini dgn memilih menjadi suri rumah tangga buat suami dan anak2 yang mana lebih memberi ketenangan jiwa berbanding wang ringgit yang kukejar siang dan malam...
meminati dunia seni, terutamanya seni masakan, seni penulisan mahupun seni hiasan...
minat terbaru tentunya blog sejak2 dah manage time sendiri dirumah selain FB... ternyata aku boleh tambah ilmu, tambah kawan, tambah income... siapa tak suka...
*******************************************************************************
kenangan manis bergelar ibu tentu yang pertama dan utama sekali merasai kesakitan melahirkan anak yang telah dikandungkan selama 9 bulan, hanya tuhan yang tahu perasaan itu... mungkin org tak tahu akan tanya, kenangan manis apa kalau sakit? ha... itulah manis yg tak semua org boleh dapat, dan itu adalah satu anugerah!
********************************************************************************
kenangan pahit rasanya tak sesuai nak kata pahit sebab darah yang mengalir ditubuh saya dan anak walau kesusahan mana tak akan menjadi pahit, tapi itu adalah ujian dari yang di atas...
ketika anak2 ibu sakit atau demam sekalipun, biarlah ibu menggantikan kesakitan itu, saya selalu cakap dgn anak saya bila mereka sakit, "bagi ibulah demam itu @ bagi ibulah sakit itu"...
ujian teramat getir ketika aiman operation buang tonsil pada tahun 2007 di Century Medical Centre johor, puas aku menangis... namun segala ujian itu berjaya ku redah berbekalkan doa dan semangat dari suami dan keluarga...
*********************************************************************************
buat suami yang sudi memuliakan diriku menjadikan aku isterimu dan melayakkan aku melahirkan zuriat kita, tiada apa yang mampu ku ungkapkan... kasih sayangmu, biarlah tidak sesempurna orang lain tapi aku yakin dan percaya Allah telah mencipta 1000 kebaikan dlm dirimu dan bersamamu menjadikan aku sempurna...

**********************************************************************************
nasihat ibu buat anak2 ibu dan anak diluar sana kerana bagi saya anak org juga adalah anak saya bertuahlah jika kamu menyayangi & menghormati kedua ibu bapa mu, tapi jika tidak bersedialah kamu untuk diperlakukan sedemikian rupa oleh anak2 mu sendiri kelak...

"JANGAN DERHAKA KEPADA ANAK JIKA KITA TIDAK MAHU MEREKA MENDERHAKA KEPADA KITA..."

**********************************************************************************
harapan ibu kepada anak2 ibu, tuntutlah ilmu dunia dan akhirat kerana hanya dgn ilmu yg seimbang kamu akan berjaya, ibu sayang anak2 ibu!
**********************************************************************************
buat sigadis yang baru belajar mengenal hidup, petikan dari dr faisal tehrani.."kehidupan dunia bakal disusuli dengan kehidupan di akhirat"...jika kamu mengaku islam dan kamu adalah "manusia" kamu akan berjaya menafsirnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...