Jumaat, Februari 11, 2011

NASI GORENG KAMPUNG ala ibu gebu...

simple je, orang baru nak belajar masak pun mesti pandai buat nasi goreng ni, saja nak tambah koleksi resepi dalam blog ni, besok2 dah tua boleh tengok balik... oh... macam ni entry aku masa muda2 dulu... heheheheee....



 B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

nasi (sepinggan)
bawang merah 2 ulas
cili api 3 biji ( kalau nak pedas boleh tambah lagi)
bawang putih 1 ulas
sedikit belacan
kacang panjang (dalam 2 batang) dihiris nipis
telur sebiji
fish cake, fish ball, daging dihiris nipis, isi ayam (ikut citarasa sendiri nak tambah rencah apa lagi)
minyak untuk menggoreng
ikan bilis(digoreng)

blendkan cili, bawang merah, bawang putih dan belacan (kalau rajin boleh tumbuk)
tumiskan dalam minyak yang telah dipanaskan
tambahkan garam dan serbuk perasa
pecahkan telur dan gaul rata
masukkan bahan2 rencah yang telah dihiris nipis tadi
bila dah garing masukkan nasi
last sekali masukkan kacang panjang
hidang dalam pinggan dan taburkan dengan ikan bilis yang telah digoreng



...mudahkan? inilah resepi mak2 kita dulu guna bahan2 kampung aje... so, trylah...











DOSA!!!sanggupkah anda TAMBAH lagi? part 3

kadang2 ada orang cakap video2 berbentuk ghaib atau ganjil tak boleh dipercayai kemungkinan camera trick atau sebagainya, biarlah kalau ada orang nak menipu itu dosa antara dia dengan Tuhan, tapi ita lebih percayakan kepada instinct, kejadian2 yang dipaparkan akan terkesan dihati, justeru menimbulkan keinsafan kepada siapa yang melihatnya, tak salah rasanya berkongsi apa yang ita rasa dgn orang lain yang mungkin ingin merasai perasaan itu, mudah2an dia juga akan menginsafi diri sendiri yang begitu kerdil dibumi Allah ini... wallahua'lam...






DOSA!!!sanggupkah anda TAMBAH lagi? part 2

"DIA membiarkan dua lautan mengalir yang kemudiannya kedua-duanya bertemu. Antara kedu-duanya ada batas/sempadan yang tidak dilampaui antara satu sama lain" -surah Al-Rahman ayat 19-20

 

sedangkan air yang tidak bernyawa patuh kepada Tuhan penciptanya dengan tidak melepasi sempadan yang telah dijadikan untuknya, inikan kita manusia yang diciptakan sempurna segala-galanya...

DOSA!!! sanggupkah anda TAMBAH lagi? part 1

video2 ini saya upload buat tatapan dan peringatan diri sendiri dan dikongsi bersama rakan2 saudara seislam saya yang lain, masih sempatkah kita untuk bertaubat?.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...