Rabu, Februari 09, 2011

VALENTINES DAY HARAM DISAMBUT!!!

...dulu masa kita kecik2 atau zaman2 sekolah, mak bapak kita atau cikgu2 kita selalu cakap kalau time kita kena marah "TAKKAN ORANG MAKAN TAIK AWAK PUN NAK MAKAN TAIK?"

cukup sinonim dgn budaya kita zaman sekarang terutama adik2 muda belia yg baru nak kenal hidup, tengok orang sambut valentine kita pun nak sambut, tengok orang belikan awek's bunga kita pun nak beli..

sampai satu tahap sanggup serahkan body nak buktikan cinta di hari valentine.. amat jijik kalau anda tahu sejarah disebalik hari yang anda sambut dan agung2kan itu malah ada pasangan yg memilih tarikh pernikahan sempena sambutan valentine.. hari kasih sayang kononnya... belajar... belajarlah balik jangan jadi orang tapi tak berilmu... Allah akan susahkan hidup kita nanti.. MasyaAllah...

DENGAN HANYA MELUANGKAN SEDIKIT MASA ANDA INSYAALLAH ANDA AKAN TAHU KENAPA VALENTINE'S DAY TU HARAM UNTUK KITA MENYAMBUTNYA...

kalau masih ada yang menolak hukum Allah yang telah jelas ini dgn mengatakan "alah... peduli apa aku, itu tak boleh, ini tak boleh..." takutlah anda kerana sesungguhnya hati anda telah hitam dan tertutup dari mendapat hidayah ALLAH, wallahua'lam...

CARA MELAJUKAN BROADBAND

kalau anda guna broadband dia akan ada limit berapa gb kita boleh guna dalam sebulan...
biasanya kalau dah hujung2 bulan atau kita download dah mencapai tahap limit, dia akan kurangkan kelajuan broadband kita untuk mengelakkan pengguna lain mengalami gangguan line..
untuk mengatasi masalah ni, ita ada satu cara nak kongsi, walaupun ada beberapa versi nak lajukan broadband, tapi cara yang ni memang ita dah cuba dan memang BOLEH PAKAI lah... step dia pun simple n mudah nak ikut, so cubalah...
kalau dah cuba tu, tinggalkan komen anda dekat column dibawah k...
yelah, takkan terima kasih pun takde...

1- klik START
2- klik RUN
3- di ruangan open tu taipkan cmd
4- tekan ENTER (akan keluar command promt C:\Documents and Settings\...>)
5- taipkan ipconfig/all then akan keluar segala detail connection ip, subnet, gateway, dns, dan lain2
6- perhatikan keterangan connection
7- pastikan anda perhatikan broadband punya, jangan silap tengok IP address tu
8- taipkan ping 10.176.44.70-t (no IP ni contoh sahaja, anda kena taip ikut no IP yang terpapar pada skrin anda...)
9- tekan ENTER
10- pastikan ada balasan selepas anda tekan ENTER
11- peringatan: JANGAN CLOSE BOX TU!
biarkan ia "ping" tanpa henti & selama mana anda online
proses ini akan membuatkan anda sentiasa ada connection dan tak akan DC dgn server dan akan mempercepatkan proses penghantaran peket dan penerimaan peket
jadi ia akan mempercepatkan proses membuka web page
~SELAMAT menjamu selera eh! salah pulak, SELAMAT MENCUBA~



LAMAN SOSIAL MEDIUM TAMBAH DOSA!!!


...bismillahirrahmanirrahim, bukan tujuan nak menimbulkan provokasi, ita memuatkan entri ini untuk berkongsi apa yang selama ini tidak ita sedari, dan juga sahabat2, saudara2 seislam ita yang lain...
...memang dah lama ita pehatikan perkara ini tapi bak kata org muda sekarang malas nak ambik port, tapi hari ini, pagi ini terbuka hati untuk menggerakkan jemari diatas screen dengan tujuan hanya satu, berkongsi ilmu agar kita tidak terus menjadi umat yang hidup dalam kejahilan tanpa kita sedari...
sekarang macam2 laman sosial ada, tapi biasanya kita banyak upload n share gambar dalam facebook dan blog... dalam keseronokan kita upload gambar2 segala macam aktiviti kita, kita lupa satu perkara, apa tujuan aku upload n share gambar2 tu?

ada rakan2 memuatkan gambar ketika mereka bercuti, berkelah, makan, mandi pun ada... dengan tujuan nak share dgn kawan2 betapa gembiranya hidup aku, betapa bahagianya family aku, betapa ramainya kawan aku... itu tak jadi masalah asalkan kita tak lupa batasan agama..
kalau ditanya batasan aurat seorang wanita kepada bukan muhrim, mungkin budak tadika pun pandai jawab sebab masing2 dah belajar agama, maknanya semua orang tahu, tapi yang kita tak sedar, kita pergi kerja mungkin kita pakai tudung tutup aurat dah lepas dosa aku bisik sipolan dalam hati, tapi gambar dekat FB dah check belum? tutup aurat tak?

bukankah anda sedar FB ni rangkaian WORLDWIDE, maknanya satu dunia boleh jadi senarai rakan kita jika kita setuju & approve..., senang2 mereka yg bukan muhrim dapat tgk aksi2 kita, dalam masa sama mereka bagi share dekat kita saham neraka!!!

dah2lah kita tak tutup aurat tu satu dosa, kita bagi pulak senang2 org bukan muhrim menatap segala aksi kita dan tambah lagi satu dosa, bagaimana pulak klu org yg tengok tu meniru apa yg kita buat, misalannya..."wah, cantiknya sipolan tu pegi majlis pakai skirt pendek, esok aku ada jamuan nak pakai mcm tu jugalah... " orang itu melakukan dosa kerana melihat dan mencontohi perbuatan kita, dapat lagi saham neraka... !!!

anda kiralah sendiri... tak payah satu hari, dalam satu jam orang yang menyumbang saham dekat anda berapa ramai? kalau satu hari didarab dgn berapa ramai orang tengok tu? itu kalau sehari dia tengok sekali, kalu dia tak puas tengok sekali? dia akan tengok berkali-kali.?

sebulan pulak? setahun? anda bayangkan nak sampai habis nyawa anda berapa banyak dosa terkumpul anda hanya dengan anda mencipta akaun FB yang penuh gambar2 syubahat tersebut?...

astaghfirullahalazim, dahlah beramal pun tidak, kalau beramal pun, sempurna ke tidak? memang gerenti dapat pahala ke?

kita sendiri masih was2 inikan pula dosa yang ditopup setiap detik, setiap saat, dan setiap jam.... betapa hebatnya laman sosial ni, kita tengah mandi, tengah tengok tv malah tengah tidur pun saham neraka masyuuuukkk....

tiba saat menghadap Allah esok, total dosa engkau sebanyak sekian...sekian...sekian... baru nak tanya, eh! bila masa aku buat dosa banyak ni?????

...banyak lagi sumber yang memberi anda saham neraka dan dosa kering ini, bukan sahaja dari permasaalahan aurat tapi juga cara berpakaian, apa yang kita kongsi bersama rakan2 kita, komen2 berbentuk negatif atau fitnah,

adakalanya kita terlalu expose sangat dengan aktiviti kita segala benda kita buat kita nak kongsi dengan kawan2 kita, tapi, itu juga boleh juga mendatangkan iri hati kepada orang lain, mula nak melaga2kan kawan, cakap perkara yang menyakitkan hati kawan, itu semua bunga2 kepada kehancuran yang dicipta oleh pengasas FB yang juga bukan seorang islam...
tak salah nak bersosial, ada bagusnya juga FB ni bukan semuanya tak bagus, bagi org2 meniaga boleh bantu mempromosikan produk mereka, menyebarkan maklumat2 semasa...

tapi yang ita huraikan diatas tadi silalah ambil iktibar, masih belum terlewat lagi, maafkan ita kiranya ada yang tersinggung dengan entri ini, kita semua manusia biasa tidak sempurna, yang lebih sama2 dikongsi dengan yang kurang untuk mencipta kesempurnaan itu, betapa cantiknya islam...

jangan pula cakap "oh... aku tak tau pulak berdosa," amat jahil dan memalukan alasan itu, padamlah segala gambar2 yang boleh menyumbang saham2 neraka itu dari akaun laman sosial anda...

kerana tanpa kita sedari ini adalah permainan orang2 kafir untuk menyesatkan dan menghancurkan umat islam dalam bentuk keseronokan yang tidak kita sedari...


jika anda renungi kembali, kenapa hidup aku sentiasa susah, duit sentiasa tak cukup, doa aku Allah tak makbulkan, keluarga aku berpecah belah, hati aku sentiasa tak senang, inilah racunnya yang telah meracuni seluruh hidup anda kerana anda berterusan melakukan dosa hanya dengan sekecil2 akaun laman sosial anda yang sebenarnya kalau tak ada pun anda boleh hidup, tapi bila dah ada anda gunakan pula untuk topup dosa anda... wallahua'lam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...