Sabtu, Februari 05, 2011

GULAI KAWAH AYAM KAMPUNG

hambek gambar gulai ni dengan2 kuali sekali... ahahaha





...tengok sekali imbas mungkin orang cakap masak kari, boringlah masak kari...
...sesekali tukar selera pulak, hari ini ita masak gulai kawah ayam kampung...
...ayam kampung ni hubby beli kat pasar, tengok kelapa pun ada dekat rumah (biasa memang simpan stok, senang klu emergency nak buat kuih)

...gulai kawah ni lain sikit bahan2 dari kari biasa, biasa kalau ita dapat tempahan roti jala pun ita buat kuah stail macam ni, (selera org terengganu) mesti dapat feedback yg baik dari customer...
...encik hubby pun melambung pujiannya, makan dengan nasi panas.... pergh... tak ingat!!!!


B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

GULAI KAWAH AYAM KAMPUNG

seekor ayam kampung dibersihkan
(BAHAN A)
5 ulas bwang merah
4 ulas bawang putih
1 in lengkuas
1 in kunyit
5 tangkai cili kering
2 sudu besar ketumbar (disangai & tumbuk halus)
2 sudu kerisik
1 sudu budu (optional)
2 sudu besar gula merah

(BAHAN B)
1/2 kg santan kelapa @ 3 kotak kecil santan segera
garam + gula + sedikit air asam jawa

BAHAN A kisar & tumis sampai naik bau
gaul bahan A bersama ayam didalam kuali
masuk 1/3 daripada kesemua santan
masak sampai ayam empuk
(tambah air jika perlu)
*TIPS: jangan masukkan garam selagi ayam belum empuk
apabila ayam empuk, masukkan kerisik, garam, gula merah, baki santan & air asam jawa
masak sampai mendidih, sedia untuk dihidang...
...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

*resepi ini memang sedikit manis sesuai dengan selera orang tempatan
*ayam boleh juga diganti dengan daging
~SELAMAT MEMASAK~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...