Ahad, Januari 30, 2011

APAM POLKADOT

...bismillahirrahmanirrahim, selamat hujung minggu sahabatku...
pagi ini duduk merehatkan diri, memikirkan nak buat apa hari ni?
..dan inilah hasilnya... 
saja2 nak buang2 masa drpd xde nak buat apa, lagipun esok opis hubby ada order karipap sardin sebab ada buat jamuan, so.. bolehlah bawak sikit polkadot ni tayang kat opis, buat cuci2 mata...

...kali ni buat versi warna warni, semua warna ada yang memang ada stok dekat rumah...
sambil2 tu bolehlah R&D sekali combination warna apa yang paling cun, senang bila dapat order nanti...  
    ....polkadot warna warni with chocolate filling, masyuuuuk!!!
thanks pada empunya resepi yuslindhia zamani dgn resepi yg superb..

...polkadot in small packaging 10pc, bolehlah order... 


B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

APAM POLKADOT by yuslindhia zamani
 3biji telur gred A (dari peti ais)
*280g (2cwn) tepung gandum
*2sdt baking powder (ita guna jenama NUR)
*diayak bersama
220g (1 1/2 cwn) gula halus (kalau letak filling guna 200g sahaja)
250ml (1cwn) susu segar/susu cair/santan/susu UHT
1sd kecil ovalette (ita guna jenama NUR)
1sdt esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
filling (ikut citarasa sendiri spt chocolate, strawberry, kelapa, kaya, peanut butter) masuk dlm piping bag
pewarna (ikut citarasa masing2)

pukul telur + gula + ovalette sampai kembang
kemudian baru masukkan tepung + baking powder + bahan cecair secara berselang seli
*pukul dgn kelajuan maksimum selama 6-8 minit
(sementara itu, didihkan air kukusan)
bahagi adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna
masukkan setiap bahagian dalam piping bag
susun acuan lompang dalam pengukus & masukkan paper cup dalam acuan lompang
picit adunan dlm paper cup 1/2 cup
picit filling ikut citarasa
picit adunan sama @ lain warna sehingga 3/4 penuh
kemudian dot2 kan dengan warna pilihan 
bila air kukusan dah mendidih, sederhanakan api & kukus selama 15 minit

TIPS
*untuk buat dot2, masuk adunan dlm piping bag buat lubang kecik sahaja (saiz diameter lidi), ini memang guna untuk buat dot2 sahaja
*guna paper cup paling kecil (paper cup almond london)
*satu adunan dapat dalam 75-85 biji, depends pada qty adunan kita pipe dlm paper cup
*untuk resepi & gambar step by step yg lebih jelas bolehlah link pada tuan punya resepi disini







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...