Selasa, Januari 25, 2011

ROTI JALA

bismillahirrahmanirrahim, semalam dapat order dari opis hubby roti jala 100pc, makcik dah lama tak menebar sebenarnya...
roti jala kuah kari ayam terengganu stail, ha... ada beza sikit kuah kari terengganu dgn kari biasa, tapi makcik lupa nak snap gambar kuah so, layan je lah roti jala ni...



B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U
Roti Jala
1kg tepung gandum
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
air
secawan minyak masak

bancuh semua bahan menggunakan blender
caranya mudah, masukkan telur, warna kuning, garam kedalam blender,
masukkan air dalam blender dan sedikit tepung
blend dahulu campuran tadi dan bolehlah masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam blender
selang seli dengan air untuk menghasilkan adunan yg seimbang
(rahsianya adunan yg seimbang air+tepung akan menghasilkan pusaran sebesar jari didalam blender)
ulangi langkah yang sama sehingga tepung habis
kemudian tambahkan minyak masak kedalam adunan, kacau sebati
bolehlah di tebar diatas kuali leper
selamat menjala!

MY VERY FIRST ENTRY



...assalamualaikum rakan2 blogger samada yang otai atau baru berjinak2 dalam bidang ini, blog ku ini dihasilkan dengan iringan kasih sayang buat sahabat yang mengenali ku dialam nyata atau sekadar mengenaliku dialam maya sahaja...


sebenarnya tak tahu nak catat apa dalam keluaran sulungku ini, tapi aku kembali kepada nawaitu asalku untuk memberi inspirasi kepada orang lain, insyaAllah semoga ada yg mendapat manfaat daripadanya...

...LAPIS CENDOL adalah nostalgia kepadaku kerana bermula dengan ialah minat ku dalam bidang ini mula bercambah, resepi kuambil dari MyResepi tapi tak igt siapa org budiman yg berkongsi resepi itu....

ku memberanikan diri untuk cuba buat seloyang dan cuba tumpang letak di bazaar ramadhan milik seorang kenalan di jertih, terengganu.... alhamdulillah, hari pertama habis jualan lapis sulungku ini, daripada tak yakin aku menjadi semakin berani lagi untuk explore resepi2 lapis yang lain, maka bermulalah kisah hidupku yang baru dengan minat yang baru.... SUBHANALLAH.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...