Selasa, November 15, 2011

MB terengganu difitnah berkhalwat, ANGKARA BLOGGER!


  KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said semalam, membuat laporan polis terhadap blogger berhubung fitnah kononnya beliau di­tangkap khalwat.

Laporan itu dibuat Setiausaha Politiknya, Wan Ahmad Nizam Wan Hakim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 3.35 petang.

Selain laporan, Wan Ahmad Nizam turut menyerahkan bahan bukti berupa salinan laporan blog berkaitan isu tersebut yang dicetak bagi membantu siasatan polis.

Sebelum ini, Ahmad berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau kononnya ditangkap khalwat

Menurutnya, beliau terpaksa bertindak menyaman pemilik blog kerana terlalu sedih dan kecewa dengan fitnah melampau yang ditujukan kepadanya.

SINAR HARIAN

*dah tak ada idea sangat ke nak update blog sampai nak fitnah2 orang? dosa dapat, susah pun dapat... tak pasal2 kena saman & bakal dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa... banyak sangat ke duit hasil blogger sampai berani nak fitnah memfitnah ni? Menteri pulak tu.... hadoi, nak jadi blogger biarlah blogger yg bermanfaat, bukannya cari makan dgn menyiarkan berita yg tak tahu hujung pangkalnya... cuba rasa diri sendiri kena fitnah, MARAH TAK?

2 ulasan:

eqbalzack berkata...

salam,
blogger tu tak baes2 nak kejar trafik kott...
cuba la buat entry yg tak susahkan orang, kan?

IBU GEBU berkata...

betul bro...

saya juga harap tak menjadi blogger yang desperate sampai kena sebarkan berita2 berunsur fitnah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...