Khamis, November 17, 2011

CIUM TANGAN SERAH BARANG KEMAS

BAGAN AJAM - Taktik licik seorang ejen gores dan menang yang sanggup memujuk dua warga emas selama dua jam berbaloi apabila berjaya memperdaya mereka menyerahkan barangan kemas bernilai RM20,500 sebelum melarikannya.


Kejadian yang berlaku pada jam 2 hingga 4 petang semalam hanya disedari Che Siti Mahamud, 75, dan adik iparnya, Halimah Abdullah, 66, selepas ejen berkenaan keluar dari rumah mereka di Jalan Gangsa disini semalam.
 
Che Siti berkata, ketika kejadian dia bersama adik iparnya berbual kosong dalam rumah sebelum disapa oleh lelaki tidak dikenali sambil memaklumkan ingin membeli surat khabar lama dan botol kaca.

“Sebaik pintu dibuka, lelaki berkenaan meluru masuk dan duduk di meja makan bersama kami.
“Lelaki yang dipercayai berasal dari Sabah turut memaklumkan bahawa dia dan beberapa rakannya sedang mengesan seorang pemenang peraduan gores dan menang di kawasan ini untuk diserahkan sebuah peti sejuk yang dimenangi,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu kemudiannya bertanyakan nama penuh sambil mengeluarkan satu dokumen sebelum dilihat saya merupakan pemenang yang dicari itu.

“Saya dan adik ipar hairan kerana selama ini tidak pernah menyertai sebarang pertandingan, tetapi lelaki berkenaan tetap meyakinkan bahawa sayalah pemenang yang bertuah itu. Malah dia turut bersalam dan mencium tangan saya sambil mengucapkan tahniah.

“Dia kemudian menyuruh saya mengenakan baju baru untuk diambil gambar sebagai bukti yang hendak ditunjukkan kepada majikannya. Dalam masa sama mengarahkan saya menanggalkan dua gelang tangan yang dipakai dengan alasan ia boleh membias cahaya ketika gambar saya dirakam,” katanya.
Menurutnya, sepanjang bersama lelaki itu dia tidak langsung berpeluang bertanya soalan sebaliknya mengikut semua yang disuruh termasuk memberi gelang.

“Keadaan sama turut dialami oleh Halimah yang menanggalkan cincin emasnya selepas lelaki berkenaan bersalam dengannya dan kami hanya tersedar selepas dia keluar sebelum cuba mengejarnya, namun kelibatnya gagal dikesan,” katanya. SINAR HARIAN

*LEPAS NI KENA HATI2 DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI LEBIH2 LAGI BAGI GOLONGAN WARGA EMAS YANG TINGGAL BERSENDIRIAN ATAU SESAMA PEREMPUAN SAHAJA...

JANGAN TERLALU MUDAH NAK BUKA PINTU KERANA BILA PENJENAYAH DAH BERJAYA MASUK, AMAT SUKAR NAK SURUH MEREKA KELUAR SELAGI NIAT BURUK MEREKA BELUM TERCAPAI...

BIASANYA PENJENAYAH AKAN MEMERHATI & MENILAI PELUANG2 YANG BOLEH DIGUNAKAN SEBELUM MEMPERDAYAKAN MANGSA... JADI SENTIASA BERHATI2

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...