Khamis, Oktober 06, 2011

WARDINA TEGUR ARTIS ISU HUDUD


What a nice shot! sukanya dia....

Terbaca entry dari blog Ady Budika tentang teguran Wardina buat artis2 yg mengeluarkan pendapat tentang perlaksanaan hukum hudud di malaysia

(sumber tersebut tertulis...
"nak minta para rakan artis untuk tidak komen perkara yang kita TIADA ilmu seperti Hukum Hudud. Para wartawan juga tidak seharusnya menyoal...")   boleh rujuk SINI

sebelum tu memang ada terbaca dari news feed di FB berkenaan komen2 artis yang dikongsi gambarnya:
KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

MORAL OF THE STORY adalah
JANGAN KOMEN KALAU TIADA ILMU!

(saya juga sependapat dgn Wardina juga Ady dalam hal ini)

Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Sebenarnya ilmu juga melibatkan fakta & kita semua sedia maklum bahawa hukum hudud telah termaktub dalam kitab sudi Al-Quran... jadi mengeluarkan fakta salah & memberi pendapat berlandaskan logik akal amat tidak berilmu...

sekiranya diajukan sesuatu perkara atau isu yang kita tidak tahu atau tidak pasti, kita ada hak untuk tidak menjawab bagi mengelakkan perkara2 seperti ini terjadi kerana golongan artis adalah golongan berpengaruh yang mampu mempengaruhi minda & fikiran pengikut mereka....

Wallahua'lam...

14 ulasan:

iemah berkata...

assalamualaikum

setuju dgn pendapat wardina tu...

IBU GEBU berkata...

@iemah: kakak juga setuju dik...

Tentang Kita berkata...

x boleh salahkan artis. para wartawan yg patut dipersalahkan krn menenyakan soalan kpd bereka yg x sewajarnya memberi pendapat @ ulasan. wartawan perlu lebih peka dgn isu ini...klu artis x jwb soalan tu nnt dikatakan jahil n buta agama plak...

tnZackJ berkata...

setuju dengn wardina...

tentang kita: sorry ek..
"klu artis x jwb soalan tu nnt dikatakan jahil n buta agama plak..."...jika artis tu jawab merepek meraban, lagilah menunjukn kejahilanya...

mas saari berkata...

saya pun setuju dengan wardina!

buat apa nak jawab kalau kita tak tahu apa2 kan...nanti salah bagi fakta pulak kang!

~AmyLiana86~ berkata...

amy ada baca gak paper smalam..mmg xpatut pun artis tu pandai2 je komen ikut suka...sokong wardina..

berrycute Lolly berkata...

kali ni setuju dgn wardina.

IBU GEBU berkata...

@tentang kita: wartawan bertanya tidak kena pada orangnya kerana ini soal hukum agama bukan hiburan...

IBU GEBU berkata...

@tnZack: wardina adalah ikon wanita muslimah yg amat saya segani

IBU GEBU berkata...

@mas: berhujah mengenai agama tak boleh sebarangan & hanya mengikut logik akal... boleh jadi berdosa, minta dijauhkan ya...

IBU GEBU berkata...

@amy: bukan nak kata semua artis itu jahil agama... tapi disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga kan...

IBU GEBU berkata...

@berrycuta: sokong! kakak juga setuju...

Tanpa Nama berkata...

watpe nk malu klu diri dh xtau n jahil agama,pegila blajar.. Imam Malik, pegasas mazhab maliki pernah ditanya berkenaan agama,dan beliau tidak tahu jawapannya,lalu beliau jawab: AKU TAK TAHU..inilah jawapan paling tepat klu memg kita tak tahu. klu dh bodoh jgn nk tunjuk pndai,last2 nmpk lbh bodoh.

IBU GEBU berkata...

@tanpa nama; saya juga sependapat dengan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...