Sabtu, Oktober 29, 2011

SUSAH KITA, ADA ORANG LAIN LEBIH SUSAH



ini kisah seorang pemuda di China yang ditahan pihak berkuasa & tidak dibenarkan lagi membawa motorsikal...

Walaupun tidak memiliki tangan, seorang pemuda dari Shandong, China mempu mengemudikan motor. Namun keriangan pemuda yang bernama Piu itu untuk terus bermotor tiba2 terhenti.
Ceritanya, seorang polis di Jimo Shandong menghentikan kenderaan Piu (27) kerana kelebihan jumlah penumpang. Namun polis itu sangat terkejut setelah mengetahui Piu itu sebenarnya tidak mempunyai lengan. Ia dibantu oleh pegangan besi yang diikatkan pada pangkal lengannya.

Seperti yang dilaporkan Qilu Evening Post, Liu kehilangan kedua tangannya sejak berusia tujuh tahun kerana terkena aliran elektrik bervoltan tinggi. Semasa remaja, Piu mulai belajar naik motor dengan bantuan tongkat besi.

"Saya melihat dari jauh sebuah motor melintasi jalan raya. Mulanya nampak tidak ada yang aneh dengan motor tersebut kecuali penumpangnya ada 3 orang dewasa. Saya dan rakan kerja saya begitu terkejut ketika melihat dari dekat si penunggang motor, ternyata pengemudinya tidak memiliki tangan,"papar XHang Jie, polis yang menahan Piu.

Kerana kesalahannya tersebut, Piu mendapat hukuman tidak boleh membawa motor lagi sampai bila pun.
*KESIAN, WALAUPUN MEMANG LELAKI INI MELAKUKAN KESALAHAN, TAPI SEMANGAT JUANGNYA UNTUK TERUS HIDUP DENGAN KEKURANGAN YANG DIALAMI AMAT DIKAGUMI... TIDAK HANYA DUDUK BERPELUK TUBUH MENUNGGU BANTUAN DARI ORANG LAIN... kita yang sempurna ni, adakalanya asyik mengeluh & meminta minta...

4 ulasan:

Ismiey Iz berkata...

betoi2 ..kena sentiasa bersyukur dan x mdh pts asa. =)

Ujie berkata...

kuatnya semangat dia!!!

IBU GEBU berkata...

@ismiey: kakak sokong...

IBU GEBU berkata...

@ujie: semoga menjadi motivasi pada kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...