Rabu, Oktober 26, 2011

RESEPI APAM POLKADOT


 resepi apam polkadot pernah saya kongsikan sebelum ini DI SINI

tapi saya kongsikan sekali lagi dengan gaya penyampaian yg lebih ringkas & mudah difahami

buat SURIATI juga adik2 saya yg baru nak belajar buat & request resepi ni, boleh lah refer kat sini & cuba buat ya...
mungkin sekali buat ada salah silap mana2 janganlah cepat putus asa... boleh cuba lagi sampai berjaya!


B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U
 
resepi dari kak Yuslindhia Zamani

 3biji telur gred A (dari peti ais) *saya guna telur dalam suhu bilik biasa
*280g (2cwn) tepung gandum
*2sdt baking powder
*diayak bersama
220g (1 1/2 cwn) gula halus (kalau letak filling guna 200g sahaja)
250ml (1cwn) susu segar/susu cair/santan/susu UHT *saya guna susu cair jenama marigold tin warna pink
1sd kecil ovalette
1sdt esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
filling (ikut citarasa sendiri spt chocolate, strawberry, kelapa, kaya, peanut butter) masuk dlm piping bag
pewarna (ikut citarasa masing2)

pukul telur + gula + ovalette sampai kembang dengan kelajuan maksimum, adunan ni akan jadi pekat, putih & berkrim bila dah betul2 kembang *biasa 1 adunan ni saya pukul 5 - 6 minit
kemudian slowkan speed baru masukkan tepung + baking powder + bahan cecair secara berselang seli
*masa keseluruhan mengadun dalam 10 - 12 minit
(sementara itu, didihkan air kukusan yang diletak daun pandan untuk apam lebih wangi)
bahagi adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna
masukkan setiap bahagian dalam piping bag
(untuk buat dot, asingkan sedikit adunan dalam piping bag khas untuk buat dot sahaja)
susun acuan lompang dalam pengukus & masukkan paper cup dalam acuan lompang
picit adunan dlm paper cup 1/2 cup
picit filling ikut citarasa
picit adunan sama @ lain warna sehingga penuh
kemudian dot2 kan dengan warna pilihan 
bila air kukusan dah mendidih, sederhanakan api & kukus selama 15 minit





kredit gambar dari fb page saya, jangan lupa LIKE! :)

~SELAMAT MENCUBA~

*JIKA ADA  SEBARANG KEMUSYKILAN LAGI, BOLEHLAH AJUKAN SOALAN, INSYAALLAH AKAN SAYA JAWAB SEMAMPU YANG BOLEH...

90 ulasan:

Zulfikar Hazri berkata...

mcm cendawan Mario brothers game.. hehehe

comel..

mesti sedap...

gebu je.. mcm ibugebu... ehhh betul ke gebu? ke main hentam je ni?

IBU GEBU berkata...

pika... betul lah, baru perasan kuih ni mcm cendawan!

ahahaha... ibu gebu tu anak2 i yang bagi gelaran tau! ngko ada? hehe

fRaMe+LenSeS berkata...

T,T nampak sgt sedap kak.. huwaaaa~~~

Eyda Syahida berkata...

biase wat apam dye cam merekah kat tengah tu.. asal yg ni comel je eh? huhuh

Sunah Sakura berkata...

comelnyaaaaaaaaaaaaa...balik sarawak nanti insya'Allah nak try buat!!

qasehraihan berkata...

kalau nak order mcm mana?boleh ke?

IBU GEBU berkata...

nadh... baru nampak tu belum rasa lagi...

IBU GEBU berkata...

sunah, betul nak cuba ni? waaahhh, go go sunah! kakak yakin awak boleh buat...

IBU GEBU berkata...

eiyda... api semasa mengukus hendaklah sederhana, klu terlalu kuat apam memang akan pecah & merekah

IBU GEBU berkata...

qasehraihan, awak area mana ya? kakak ambil tempahan untuk area jerteh sahaja, boleh call 019-9818861

Tanpa Nama berkata...

ibu gebu..kenapa ye bile sy buat apam ni dot nyer tak cntik dan tak sama size..dn kenapa jugak apam sy tk nmpk gebu dn mengecut lepas kuarkan dr kukusan

IBU GEBU berkata...

kakak rasa adunana telur+gula+ovallet tu tak cukup kembang...

adik kena pukul dgn high speed sampai adunan bertukar warna menjadi putih berkerim... baru masukkan susu & tapung

Tanpa Nama berkata...

Ibu Gebu- knapa design atau dot2 saya kdg2 tak mjadi.. Warna bcampur baur...

aDisH.sHidA berkata...

sedang memahami teknik dan petua nyer

Tanpa Nama berkata...

Ibu...sy selalu gak buat..tp masalah nyer bila kukus apam buat kali yg ketiga apam dh mula buat hal..apam pecah diatasnyer..dh mcm apam mekar...api xler kuat masa mengukus tu...boleh tolong Ibu..

IBU GEBU berkata...

shida, cuba jangan tak cuba... dah jadi nanti tag tau!

IBU GEBU berkata...

apam polkadot ni nampak je kecik, tapi agak complicated bagi yang tak biasa buat...

apam pecah ada banyak faktor, kadang2 tlebih baking powder pun jadi sebab jugak...

cara yg biasa kakak praktikkan, masa keseluruhan mengukus adalah 15 minit... tapi selepas 10 minit, kakak akan buka tutup kukusan just untuk keluarkan wap dan tutup semula sampai cukup 15 minit baru angkat...

dengan cara ini, wap dalam tu tak terlalu panas yg menyebabkan apam pecah... klu kukus 10 minit sahaja pun tak boleh, takut apam tak masak...

caranya still kukus 15 minit, tapi minit ke 10 buka sebentar tudung kukus kemudian tutup samula... adik faham tak?

Tanpa Nama berkata...

assalam ibu gebu... mf, mengganggu blog ni tp nk tnye, kalu terlebih bsking powder, apam kurg lambut ke?

IBU GEBU berkata...

yang melembutkan apam tu adalah telur & ovalette...

fungsi baking powder utk menaikkan adunan

ila berkata...

Askm....mcm mana caranya nak buat dot-dot tu bagi nampak cantik.Kenapa bila saya buat ia jadi tak sama besar....

Tanpa Nama berkata...

cmane nk buat dot2 bg nmpk cntik? gna apa?sy buat xcntik la...sy gna lidi untuk dot2 kn apam tu...

IBU GEBU berkata...

ila: maaf lambat reply, adunan untuk buat dot2 boleh dimasukkan dalam botol sos yang ada muncung untuk dapatkan dot yang sama besar...

IBU GEBU berkata...

Tanpa nama: sama seperti jawapan untuk ila...

Sue berkata...

wah,,sedap nye tgk apam ni..t sy nk try buat la..hehe :)

sue berkata...

ibu gebu.maaf la nk tnye ag,sy ni kurang tau sgt bwu nk blja,nk tnye skit , filling tu yg mna 1 ek??
filling tu inti yg boh dlm apam tu ka???
hehe

Nurul berkata...

pukul telur + gula + ovalette sampai kembang
kemudian baru masukkan tepung + baking powder + bahan cecair secara berselang seli
*pukul dgn kelajuan maksimum selama 6-8 minit

ibu.ini sy kurang faham. mcm mana nak wat bahan cecair selang seli? dan apa bahan cecair itu?

ct n honey berkata...

mengebu2 apamnya,nak cubalah nanti

IBU GEBU berkata...

sue,

filling tu = inti

boleh beli di kedai jual barang kek, contoh filling blueberry, strawberry, klu filling coklat, guna coklat bar mcm coklat cadburry tu pun boleh, nanti awak potong kecik2

IBU GEBU berkata...

nurul,

bahan cecair adalah susu cair tu

lepas awak dah mix telur + gula + ovalette sampai kembang, baru masukkan tepung + susu cair secara berselang seli utk dapatkan adunan yang sekata... get it?

IBU GEBU berkata...

ct n honey

thanks 4 da compliment

cuba jangan tak cuba okey, usaha tangga kejayaan

Hong berkata...

IBU GEBU, masa kukus tuh kn tutup dgn kain x? ke kukus dgn cara biasa?

Hong berkata...

IBU GEBU, masa kukus tuh kn tutup dgn kain x? ke kukus dgn cara biasa?

IBU GEBU berkata...

Hong

WAJIB! masa kukus memang kena balut "tutup kukusan" dengan kain tuala untuk elakkan wap dari jatuh keatas apam

NORHAYATI berkata...

Ibu gebu, sy cuba buat apam mcm ni, tp x jadi.
Die leper slm kukus. Mgkin sbb sy x pakai acuan apam tu ke?
Satu lg, mcmane nk buat dot, pakai bancuhan yg samer ke?
Sbb sy buat dot pakai lidi, celup kat pewrna, pastu dot kecik atas apam. Bile masak, dot tu x kembang pun? Die still jd dot kecik. Huhu. Sedih, tp makan juga,.

NORHAYATI berkata...

Ibu gebu, sy cuba buat apam mcm ni, tp x jadi.
Die leper slm kukus. Mgkin sbb sy x pakai acuan apam tu ke?
Satu lg, mcmane nk buat dot, pakai bancuhan yg samer ke?
Sbb sy buat dot pakai lidi, celup kat pewrna, pastu dot kecik atas apam. Bile masak, dot tu x kembang pun? Die still jd dot kecik. Huhu. Sedih, tp makan juga,.

fyona berkata...

kalau oveltte terlebih ape akan terjadi pada apam tuuuuu???

Tanpa Nama berkata...

salam ibu gebu,sy nk tanya..sy da 2 3 kali try wat apam ni..apam polkadot sy naik molek..tp masalahnya kenapa byk sgt bintik2 pada permukaan apam sy..huhu.utk makluman ibu gebu,sy dah tutup tudung kukusan dengan towel.tp kenapa apam sy still blubang2 eh?sy jgk da kaco adunan dgn rata sblm msukkan dlm piping bag.da 2 3 kali sy buat,sy tetap xjumpa jln nk selesaikan mslh ni.apam polkadot ibu gebu semua cantik2.permukaan die licinnn je.tlglah bantu mslh sy ni ibu gebu...:)

Tiity berkata...

Salam sis. Boleh tanya? Boleh menggunakan tepung hong kong tak?

Tanpa Nama berkata...

sis do reply asap nak buat untuk ptg nanti lh.bot susu segar isit 250ml o 150ml?

IBU GEBU berkata...

maaf banyak2, saya dilanda kesibukan duniawi sejak 2 menjak ni

Norhayati: apam memang kena kukus didalam acuan, kalau tak memang akan jadi leper sebab ia mengembang
Untuk buat dot, gunakan adunan yang dah siap tu... asingkan sikit & tambah pewarna ikut suka

IBU GEBU berkata...

maaf banyak2, saya dilanda kesibukan duniawi sejak 2 menjak ni

fyona: fungsi ovalette untuk menstabilkan adunan, kalau terlebih tak effect apa2 rasanya cuma mungkin akan menjejaskan rasa

IBU GEBU berkata...

maaf banyak2, saya dilanda kesibukan duniawi sejak 2 menjak ni

Tanpa Nama: cuba guna cara ni, lepas masukkan adunan dlm paper cup tu rehatkan dalam 15 minit sebelum kukus, jadi udara yg terperangkap dlm adunan tu akan keluar & awak cuma cucuk udara yg timbul dipermukaan gunakan lidi cungkil gigi yg bersih, kemudian baru kukus

IBU GEBU berkata...

maaf banyak2, saya dilanda kesibukan duniawi sejak 2 menjak ni

Tiity: cuba awak google "perbezaan tpg hong kong & tpg gndum" kalau fungsinya tak ada beza... bolehlah digunakan

IBU GEBU berkata...

maaf banyak2, saya dilanda kesibukan duniawi sejak 2 menjak ni

Tanpa Nama: resepi diatas akak guna 250ml

Tanpa Nama berkata...

ibu gebu,apam polkadot ni boleh simpan lama ke?
inti jem tu boleh guna jem roti biasa tak/ada jem khas untuk apam

Sunah Sakura berkata...

rajinnya kakak menjawab soklan~ uhuhu...

akak, kalo kita takmo inti jatuh, kita kukus brp minit dulu kan, lepas tu baru buh inti then penuhkan cup...betul tak?

Tanpa Nama berkata...

ibu...ovelette tu cmne rupe dia eik?tq

IBU GEBU berkata...

maaf lagi sebab dah lama tak bersiaran :(

tanpa nama: apam ni normally tahan 3-4 hari sahaja dalam suhu bilik (dalam keadaan kering)
kalau luar2 apam ni masih basah disebabkan wap2 yg tertinggal semasa mengukus, apam akan lagi cepat berkulat

jika disimpan dalam peti ais atau chiller ada yg kata tahan seminggu, sebab saya tak pernah cuba lagi

untuk freezer pulak akan tahan lebih lama, bila nak makan kena kukus semula apam tu

inti jem kalau boleh jgn guna jem yg sapu kat roti tu sebab dia lebih cair dan bayak kandungan air dalam tu, sebaik2nya gunakan jem yang dibeli dibakery

cakap dgn owner kedai tu, nak beli blueberry filling, atau strawberry filling, atau coklat filling... mcm2 ada

*harap jawapan ni dapat membantu

IBU GEBU berkata...

sunah: kakak awak ni memang rajin... hihi ;)

kalau tak nak inti jatuh, boleh je nak kukus dulu lapisan bawah tu, tapi agak memakan masa bagi peniaga mcm kita2 ni sebab dah termasuk dlm kos (klu makan sendiri tak apa)

dulu akak mmg buat cara tu, tapi sejak 2 menjak terlebih vitamin "M" akak dah tak buat... terus pipe lapisan bawah, pipe inti then pipe lapisan atas lagi pastu kukus

setakat ni mmg jarang sgt inti jatuh, syaratnya adunan kena ikut betul2 sukatan dan step yg diberi... lagipun inti jatuh ni bagi akak bukan masalah besar bagi customer, lagi satu filling beli dekat bakery tau bukan jem roti tu

*harap kakak telah menjawab soalan adik kecik kakak ni :)

sha berkata...

a.slm kak.. kalau adunan ni boleh hasilkan brapa biji apam yer kak?

THARA SITE berkata...

ibu...nape saya buat apam pas tue jd keras..dh xlembut...diaorg kata apam kalu sejuk mmg keras.....tp mula2 saya buat mmg lembut..lps tue bila selalu buat mesti keras....plsssssss...

IBU GEBU berkata...

sha: maaf ya, awak yg ada sms akak tu ya? biasanya 1 adunan ni akan menghasilkan antara 75-80 biji apam

IBU GEBU berkata...

TS: sepatutnya, bila selalu buat akan jadi lebih mahir... apam pun akan naik cantik & lembut

mungkin ada silap kat mana2, pastikan awak ikut betul2 masa mengadun seperti yg ibu tulis diatas ya, utk pastikan adunan betul2 kembang

ibu doakan awak berjaya

Sunah Sakura berkata...

hahaha..thanks kakak gebuuu...saya buat malam tadi terlebih ovallete tauuu...saya buat 1 sudu makan...ade ke patut...lepas tu apam jadi tergebu sangat, bila da kuar dari kukus, dia gebu membukit, lama2 bila sejuk dia jatuh kecut sikit...tapi siyes gebu giler...kelakar lak sebab sebelum ni punya ok je...ahahaha...banyak belajar, n banyak macam lak apam dot dot saya...esok nak bawak gi umah mat gebu gak bagi kengkawan...hehehe...thanks kakak gebuuu~~~ mmuahhhhhh~~~

IBU GEBU berkata...

waah, dah hampir mencapai piawaian persatuan apam polkadot dah tu... hehe

banyak tu ovalette 1 sudu makan, boleh buat utk 2 kali adunan... mujur tak jejaskan rasa dia kan

tak apa, boleh cuba lagi lain kali :)

Tanpa Nama berkata...

Salam...sy cube buat tp apam sy berlubang2..sy dh ikut semua sukatan..tp xgebu n xnaik
berapa cantik apam sy..sy nk tnye baking powder tu 2sd bsr ke??..n kene isi penuh2 ke acuan tu dlm cup..
sy nya apam keras skit..adakah dsbbkn kurang ovellete..??..

Tanpa Nama berkata...

salam...boleh tanya tak adunan telur+ovallete+susu cair+tepung+tpg penaik yg dah siap mesti pekat ke?sebab sy buat bila kukus tak kembang2...then adunan tu melimpah keluar dari lompang..

IBU GEBU berkata...

berkenaan apam berlubang ni rasanya dah pernah jawab soalan ni, tapi tak apa... saya jawab lagi

biasa saya buat, adunan tu memang kena isi penuh dalam paper cup

bila dah siap isi semua adunan, barulah panaskan air dlm kukusan, sementara air mendidih... bolehlah cucuk2 permukaan adunan tadi dgn lidi pencungkil gigi yg bersih sekiranya ada timbul gelembung udara diatasnya, kemudian baru buat dot & kukus

harap dapat membantu :)

IBU GEBU berkata...

baking powder 2 sudu teh ya... harap baca betul2

adunan yg dah siap tak pekat sangat, tak cair sangat... sedang2 je

adunan melimpah tu terlebih baking powder agaknya, cuba guna sudu & cawan sukat yg betul (boleh beli di kedai menjual alatan membuat kek)

nadiwarna berkata...

Kagum ngan akk...semagat sy nk mencube..sbb ank sy sngt lah sukenye mkn apam nih..huhu...thnks kak sbb kongsi ilmu..

nadiwarna berkata...

Kagum ngan akk...semagat sy nk mencube..sbb ank sy sngt lah sukenye mkn apam nih..huhu...thnks kak sbb kongsi ilmu..

nadiwarna berkata...

Kagum ngan akk...semagat sy nk mencube..sbb ank sy sngt lah sukenye mkn apam nih..huhu...thnks kak sbb kongsi ilmu..

ayong berkata...

ibu gebu kalo nk wat jualan menggunakan pos bole k???
tahan lame k???cth pos kt jhr,kl k...bole k???takot xle mkn kalo da smpai..

yanie berkata...

salam......ibu..,sy dh buat apam ni tp sy pukul semua bahan sekali terus dlm 5-6 minit..jd elok licin x merekah naik elok tp yg xbestnye dia x gebu la...pleaseee..sy nk try buat bisnes...

IBU GEBU berkata...

nadiwarna,

kalau anak2 suka, lagi kita sebagai ibu ni rajin buat kan... betul tak?

tengok anak2 makan hasil air tangan kita sangatlah membahagiakan :)

cik abang tak ada komen apa2 ke?

IBU GEBU berkata...

ayong,

maaf ya akak lambat balas... kalau ikut pengalaman akak yg duduk di trganu ni, akak memang tak sediakan pos sebab dah 2 kes jadi ambik masa 4 hari baru sampai & apam dah naik kulat, kalau customer nak suruh pos sangat, akak akan cakap risiko selepas pos akan ditanggung oleh pembeli, biasa lepas dengar mcm tu terus mereka tak jadi tempah

yelah, kalau kita nak kejar sgt untung, memang boleh... pos dan terus tak tau apa jadi pada apam tu, tapi akak x nak buat mcm tu... kesian kat customer yg dah bayar mahal2, bila barang sampai dah tak boleh makan... kita kena explain betul2 tentang perkara ni, kadang2 customer tak tau

tapi kalau jb akak rasa kurier tak ada masalah mcm kat sini, akak ada kenalan yg buat apam di jb... dia selalu jugak pos apam ni, tapi akak tak pasti prosedur dia mcm mana

kalau nak pasti cuba add FB dia, nama YUSLINDHIA ZAMANI, nanti awak boleh cuba tanya dia :)

IBU GEBU berkata...

waalaikumussalam yanie,

ibu nasihatkan satu je, cuba buat lagi sekali ikut betul2 step yg ibu tuliskan dekat resepi diatas then awak feed back kat ibu semula ya

gud luck :)

Tanpa Nama berkata...

askum..sye pnh wt apam ni..tp xnaik..sye ikt rsipi yg gne myk..sbb myk ke yg apam sye wt ni xnaik..law tg0k resepi ibu gebu ni xd gne myak p0wn..tq.

Tanpa Nama berkata...

Hi, kenapa apam saya Ada bintik-bintik coklat setelah dikukus? Kenapa bila saya Cuba draw sprial atau strawberry shape, ianya Tak menjadi. Selepas kukus, shape tadi terus Jadi out of shape.

Tanpa Nama berkata...

Salam... lepas dok gugel2. Resepi puan sangat ikhlas. Insyallah saya akan cuba buat. Tq ye....

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...ibu gebu.saya ada kemusykilan sikit.mengapa bila saya buat apam ni warnanya bercampur?saya buat bahagian atas dan bawah berbeza warna tp bila dah masak dia jd satu warna.mengapa?

Tanpa Nama berkata...

kalau tak letak filling pon bole kan?

Izwani berkata...

assalamualaikum,ngape second round adunan(yg sma) nak letak di cup....adunannya ada lubang2...first time tak de

Roze Basri berkata...

Salam sis.i nak tanya,sejauh ni i buat satu adunan je.Tapi klu i nak buat 1000pcs,mcmna dgn adunannya?Boleh tolong saya selesaikan masalah ni?

Rindu Bebel berkata...

saya nk tnya...sya buat apam polkadot... selalu pecah.... kdg 50bji bt semua pecah, nk kta api besar x jgk.. ada kaa ovelet? sya boh 1 susu besar...apam jd lembutt sgt n sedap... tapi pecah....
adakah sya kena kurang baking powder? sbb ovelet dah lbeh? or mcm mn???

Tanpa Nama berkata...

Sy da cuba try resepi ni tp adunannya cair sikit menyukarkn proses melakar coz dia asyik meleleh or menitik je..sy nk tnya sket..
1-cmne nk pekatkn adunan
2-cmne akak masukkn adunan dlm piping bag..cedok ke tuang
3-cmne nk hilangkn buih halus dlm adunan yg buatkn apam berlobang pas kukus
4-pas masak apamnya agk 'berat'..mcm bantat xkembang sgt..nape padahal sy guna double action baking powder

Asni wangsa maju berkata...

Nak cuba resepi ni pulak....dah try resepi lain tapi agak liat, tq

Tanpa Nama berkata...

Bole tak sy tutup pengukus tu dgn aluminium foil

Tanpa Nama berkata...

hey ibugebu81080.blogspot.com blogger discovered your blog via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your site http://mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my website. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic at this website http://mass-backlinks.com

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana sudi syer resepi apam pokadot....saya dah cuba memang jadidan sedap....

Tanpa Nama berkata...

Salam. Nak tanya kalau kukus x pakai acuan boleh ka?

mamaacha berkata...

As salam

Kak nak Tanya...saya dah ikut adunan akak...pastu pakai double action baking powder...tapi
a) kan kenapa apamnye tak gebu pastu cam bantat jer.....
b) kenapa lepas buka tusung kukus tu apam terus tenggelam.....

tolong lah kak

rozie berkata...

assalam.... terima kasih sudi syer resepi apam pokadot. first time memang menjadi. seadp dan lembut bila sejuk. sekrang dh mula ambil tempahan.. terima kasih ibu gebu..

Tanpa Nama berkata...

salam macm mane nak oder apam ni...n ade aper perisa yer...blh msj sy tak 0123950824

Tanpa Nama berkata...

Salam..kak nk tnye if xnk gne tpung gandum n sy tkr pd tpg superfine yg dlm kotak kne buh lg ke baking powder..sbb dlm tpung2 da siap ltk baking powder..tme ksh

Pg berkata...

Salam kak... tq atas ilmu ikhlas akk... saya dah cuba satu resepi yg mengunakan DA baking powder..memang lembut tapi permukaan jadi berlobang lobang... tak cantik..

IBU GEBU berkata...

salam readers

banyak betul soalan tak berjawab disini
saya minta maaf dari hujung kaki ke hujung rambut

saya nak pelawa anda semua yg ada kemusykilan untuk ke fb page "TEMPAHAN KUIH MUIH JERTIH" dan PM kan soalan anda disana ya, insyaAllah saya akan cuba balas sebaiknya, terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Kak, saya nak tumpang tanya, kenapa apam yg saya buat berkulat ngak sehari je?
Cam ne kalau saya nak apam tu tahan 3-4 hari?
Terima kasih.

maniza berkata...

kak...nape sya wat apam nie...gebu cntik..tp x naik bulat n permukaan ade bintik2 kuning nape yea....plzzzz help me

Tanpa Nama berkata...

Akak ibu gwbu..kalo filling tu kita letak inti pau ...kacang hitam ble tak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...