Khamis, Oktober 27, 2011

Remy Ishak Mengaku Bercinta Dengan Tiz Zaqyah



KUALA LUMPUR: Pelakon drama rantaian popular Nur Kasih, Remy Ishak, 29, mengaku bercinta dengan gandingannya, Tiz Zaqyah, 22.
Remy berkata, dia bukan ingin menyembunyikan hubungan tersebut kepada umum seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebaliknya tidak mahu menggembar-gemburkan kepada umum tentang hubungan yang belum tentu menjadi jodohnya.
"Sekarang, saya sedang berpacaran dengan Tiz. Saya tak mahu kecoh kerana kami masih lagi di tahap berkenalan dengan lebih rapat.
"Lagipun, kami tidak mahu orang luar mengharapkan sesuatu dan di penghujungnya jodoh kami tidak panjang.
"Lainlah kalau dah nak kahwin, semestinya saya akan beritahu kepada semua. Bagaimanapun, bagi yang tahu tentang hubungan kami, tahulah, saya tak kisah," katanya yang ditemui di lokasi penggambaran filem muzikal 29 Februari, di Stadium Merdeka.
Kisah hubungan cinta Remy dan Tiz mula menjadi bualan hangat sejak mereka dilihat berpegangan tangan ketika menyaksikan acara MotoGP di Sepang pada tahun lalu dan sering dilihat bersama.
Terbaru, Tiz berjumpa Remy di sebuah lokasi penggambaran dan mereka saling suap-menyuap ketika makan bersama.

BERITA PENUH: mstar
*KALAU ADA JODOH TAK KEMANA, HARAP2 CEPAT2 LAH NIKAH UNTUK ELAKKAN GOSSIP & FITNAH

9 ulasan:

~AmyLiana86~ berkata...

sesuai sgt la tu..sama padam..hehe

Lelaki Ini berkata...

siyesly???
wah!
grand!

Nour Eyza berkata...

waa... yeke? mantop la! sesuai jugak! =)

mas saari berkata...

dah agak dah!
sebab masa jumpa diaorang kat ABP dulu, mesra semacam je..

IBU GEBU berkata...

amy, padan ke? yelah kot... moga jodoh mereka kuat...

IBU GEBU berkata...

lelaki ini... wah, grand mcm jenama barang je... hehe

IBU GEBU berkata...

lelaki ini... wah, grand mcm jenama barang je... hehe

IBU GEBU berkata...

nour... sesuai ke? harap2lah kan...

IBU GEBU berkata...

mas, wah bestnya dapat jumpa... ambik gambar tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...