Jumaat, Oktober 21, 2011

PUDING KASTAD BERKUAH SUSU & KOKTEL

hamboi, panjang pulak tajuk... kengkonon nak bagi senang faham

maknanya dalam tajuk tu semua dah cukuplah ada
PUDING KASTAD + SUSU + KOKTEL

3 bahan tu bergabung tenaga menghasilkan satu hidangan yang aaaaamaaaaat sedap! biasa saya panggil puding koktel je, sebab klu saya buat time raya atau makan2 saya tak letak puding kastad tu atas faktor penyakit "M"

edisi untuk entry ni saya buat puding kastad sebab ini tempahan dari offis hubby sempena jamuan perpisahan sahabat mereka...


jom kita intai2 resepi puding kali ini... mudah & murah, amat sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut dikala panas, dihidang sejuk mak aiiihhhh!!! nyaman je lalulintas kat tekak tu... ahahahaha

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

RESEPI PUDING KASTAD

saya cilok dari dapur blogger masakan yg peramah KAK UMMI
(kalau komen FB sambil2 beramah mesra, dia akan balas walaupun dia tak kenal kita pun...)

200g tepung kastad
2 liter air *saya buat 1.5 liter sahaja sebab nak keras sikit mudah dipotong
1/4 cawan gula pasir
1/3 cawan susu sejat ideal *saya guna susu cair MARIGOLD

campur semua bahan kecuali susu kedalam periuk
kacau atas api perlahan hingga berkilat
akhir sekali tuang susu sejat
kacau2 sebentar hingga rata (jangan terlalu kental)
bolehlah tuang atas loyang atau bekas kecil2
sejukkan baru keluarkan dari bekas atau dipotong kecil

---------------------------------------------------------------------------------------------------

RESEPI KUAH SUSU BERKOKTEL

untuk kuah saya guna resepi sendiri sebab kak ummi ada guna telur

*klik SINI untuk resepi kuah & hiasan dari KAK UMMI

1 tin buah2an koktel bersirap
2 tin susu cair
air gula secukupnya (ikut citarasa masing2 kalau nak manis atau kurang)
air masak secukupnya

campur semua bahan di dalam bekas @ mangkuk hidangan besar
saya juga masukkan sumi jelly sebagai tambahan
(boleh juga di tambah buah2 potong segar yang lain seperti strawberry)
simpan kuah di dalam peti ais untuk menyejukkannya atau letak air batu ketul
bolehlah dihidang bersama puding kastad tadi


inilah contoh puding kastad yang telah sedia dihidang bersama susu berkoktel, saya ambil gambar ni dari google dimana pemiliknya dari blog dzanariah (terima kasih pemilik gambar) sebab gambar saya yang dah siap memang tak snap sebab INI KAN UNTUK ORDER...

~SELAMAT MENCUBA GENG2 GEBU!!!~

4 ulasan:

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

arhhh sedapnya!!

IBU GEBU berkata...

memang sedap azza!... eh, cantik baju polkadot biru awak tu...

Sue @ Nenie berkata...

Salam..emmm sedapnya makan ni dikala cuaca panas

IBU GEBU berkata...

@sue: kan... lagi2 kalau disejukkan, argh!!! lena sekejap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...