Rabu, Oktober 12, 2011

PENAHANAN BOB LOKMAN BERUNSUR POLITIK?



KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar) hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.

Malam tadi, Bob Lokman ditahan oleh Jais kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah, setelah beliau selesai menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

"Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN.

"Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno," katanya. (BERITA PENUH: harakahdaily)

*ANDA BACA & ANDA NILAIKAN...INGAT, JANGAN BERHUJAH TENTANG PERKARA YANG KITA TIADA ILMU!!!... tak tahu, bertanya...

4 ulasan:

asy faro berkata...

salam kenal dari saye, Asy Faro.
nak ajak kamu usha blog saye dan minta kritikan/pendapat kamu dengan penulisan saye.
be my follower is an extra bonus for me (if n only if u find my blog interesting).

=D

[sutera kasih] berkata...

skrg ni x boleh bg kuliah maghrib sembarangan ke? kena ada tauliah ekk? huhu..cian bob lokman..

IBU GEBU berkata...

@asy faro: salam kenal juga dari kakak...

IBU GEBU berkata...

@sutera kasih: tauliah tu penting untuk mengelakkan terjadinya sebaran ajaran sesat mcm yg pernah terjadi sebelum ni di malaysia...

nak dapatkan tauliah tu tak susah, ikut proses yg betul & tiada masalah untuk mengajar agama dimasjid2... malah semakin digalakkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...