Isnin, Oktober 03, 2011

BAGUSNYA BANGUN PAGI!

SUNRISE by webshot
pernah saya terfikir, saya dah bosan dengan dunia ni yang entah apa2 kes, macam2 jenis manusia, hiruk pikuk sana sini sampai rasa nak hijrah kat planet marikh mcm cerita total recall yg saya tengok zaman2 jahiliah saya dulu...
erk, best ke planet marikh tu? (yg pasti xde jual nasi ayam penyet kat situ...huhu)

apa lagi ngadu kat mak (biasalah anak bungsu)

mak kata kalau serabut, cuba jangan fikirkan dunia & sekeliling, tapi hayati & nikmati hidup seharian kita sendiri... insyaAllah akan bertemu keindahan

kata2 mak saya simpan hingga sekarang, saya menikmati setiap nafas & detik perjalanan hidup saya... betul, rupanya bumi Allah ni begitu luas & cukup indah buat makhluknya

saya berjanji akan mencari setiap manfaat & kebaikan dalam setiap langkah perjalanan jantungku agar saya menghargainya & terasa INDAHNYA KEHIDUPAN !

bermula hari saya dengan pagi yang indah... apa MANFAATNYA PAGI?

saya dapat info tentang kelebihan bangun pagi ni dari blog seorang kenalan yang begitu meyakinkan:
  1. Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik.Jadi keluar ambil udara diluar rumah atau sambil2 berjalan nak ke surau berjemaah subuh amatlah bagus... lagi jauh surau lagi banyak dapat sedut gas ozon & lagi banyak dapat pahala dari setiap langkah
  2. Kandungan ‘al-kartozon’ dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. ‘Al-kartozon’ baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.
  3. Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.
  4. Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.
  5. Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan

    rugi bagi yang suka bangun lewat tau... meh saya tambah lagi kelebihannya dari sudut penilaian saya pulak... (DALAM ENTRY AKAN DATANG YA)

1 ulasan:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA berkata...

mmg bagus bangun pagi2 ni rezeki pun mudah masuk.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...