Isnin, Oktober 31, 2011

CARI DAN JADILAH SAHABAT YANG BAIK


“Perumpamaan bagi seorang sahabat yang baik dan sahabat yang buruk itu umpama bersahabat dengan PENJUAL MINYAK WANGI dan bersahabat dengan SEORANG TUKANG BESI.

Seorang penjual minyak wangi pastinya engkau boleh membeli minyak wangi itu, atau setidaknya mendapatkan aromanya walaupun hanya sedikit...

Sedangkan seorang tukang besi akan membakar badanmu atau pakaianmu atau engkau akan mendapat bau yang tidak sedap darinya...”


... mungkin ada yang kata, tak salah nak kawan dengan penagih dadah asalkan kita tak ikut perangai dia, pendapat itu betul bagi mereka... tetapi berapa ramai yang mampu mengawal nafsu agar tidak terjebak kelembah yang hina jika setiap hari kita melihat perlakuan jijik itu? adakah iman kita cukup kuat jika melihat sahabat kita hidup mewah dengan hasil meragut atau merompak? adakah kita tidak cemburu melihat rakan serumah kita berpakaian cantik & seksi kerana kerjanya seorang pelacur? TEPUK DADA TANYA SELERA...

sedangkan nabi yang dikurniakan Allah dengan sifat ma'sum iaitu sempurna dari melakukan dosa sepanjang hayatnya, juga masih bertaubat & memohon keampunan... inikan kita manusia biasa? betapa egonya kita...

*JIKA BARU TERSEDAR BAHAWA KITA SEDANG BERKAWAN DENGAN GOLONGAN2 INI, MASIH BELUM TERLAMBAT... SETIDAK TIDAKNYA, CUBA JANGAN TERLALU BERSAMA DENGANNYA SETIAP WAKTU... SEBELUM MENJAUHKAN DIRI, TAK SALAH JIKA KITA CUBA UNTUK MENASIHATINYA AGAR KEMBALI KEJALAN YANG BENAR... kerana sahabat yang baik didunia adalah sahabat yang mampu memberi manfaat kepada sahabatnya diakhirat kelak... wallahua'lam

Sabtu, Oktober 29, 2011

SUSAH KITA, ADA ORANG LAIN LEBIH SUSAH



ini kisah seorang pemuda di China yang ditahan pihak berkuasa & tidak dibenarkan lagi membawa motorsikal...

Walaupun tidak memiliki tangan, seorang pemuda dari Shandong, China mempu mengemudikan motor. Namun keriangan pemuda yang bernama Piu itu untuk terus bermotor tiba2 terhenti.
Ceritanya, seorang polis di Jimo Shandong menghentikan kenderaan Piu (27) kerana kelebihan jumlah penumpang. Namun polis itu sangat terkejut setelah mengetahui Piu itu sebenarnya tidak mempunyai lengan. Ia dibantu oleh pegangan besi yang diikatkan pada pangkal lengannya.

Seperti yang dilaporkan Qilu Evening Post, Liu kehilangan kedua tangannya sejak berusia tujuh tahun kerana terkena aliran elektrik bervoltan tinggi. Semasa remaja, Piu mulai belajar naik motor dengan bantuan tongkat besi.

"Saya melihat dari jauh sebuah motor melintasi jalan raya. Mulanya nampak tidak ada yang aneh dengan motor tersebut kecuali penumpangnya ada 3 orang dewasa. Saya dan rakan kerja saya begitu terkejut ketika melihat dari dekat si penunggang motor, ternyata pengemudinya tidak memiliki tangan,"papar XHang Jie, polis yang menahan Piu.

Kerana kesalahannya tersebut, Piu mendapat hukuman tidak boleh membawa motor lagi sampai bila pun.
*KESIAN, WALAUPUN MEMANG LELAKI INI MELAKUKAN KESALAHAN, TAPI SEMANGAT JUANGNYA UNTUK TERUS HIDUP DENGAN KEKURANGAN YANG DIALAMI AMAT DIKAGUMI... TIDAK HANYA DUDUK BERPELUK TUBUH MENUNGGU BANTUAN DARI ORANG LAIN... kita yang sempurna ni, adakalanya asyik mengeluh & meminta minta...

Jumaat, Oktober 28, 2011

JANDA PERLIS FOBIA BERSOLEK!



KANGAR – Sebahagian besar golongan janda di negeri ini yang berjumlah 5,400 orang menghadapi sindrom kemurungan selepas berlaku perceraian sekali gus mengakibatkan mereka langsung tidak berminat untuk bersolek selepas perceraian.
Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, golongan tersebut sama ada dicerai atau ditinggalkan suami mempunyai persepsi negatif bahawa mereka sudah tidak laku lagi untuk dipinang oleh mana-mana lelaki selepas menjadi janda.
Beliau berkata, paling memberi tamparan yang hebat kepada golongan tersebut ialah apabila mendapati suami meninggalkan mereka gara-gara berkahwin dengan wanita dari negara jiran yang dikatakan lebih cantik.
“Justeru tidak hairan tabiat golongan itu yang sebelum ini suka bersolek tiba-tiba berubah sehingga mereka trauma untuk bergincu atau berbedak kerana menganggap diri mereka tidak laku lagi.
“Situasi ini menyebabkan wanita tersebut akan menghadapi masalah kemurungan ekoran malu dan perasaan rendah diri untuk berhadapan dengan masyarakat,”
Muhamad Hazimin berkata, berikutan itu, golongan tersebut lebih suka mengurung diri dalam rumah kerana bimbang pandangan serong masyarakat kononnya mereka sudah tidak cantik lagi.
Katanya, berdasarkan statistik sehingga September lalu, seramai 5,400 ibu tunggal di Perlis berdaftar dengan JPWN.
Ibu tunggal yang paling muda dikesan baru berusia 24 tahun dan menyara seorang anak.
sumber:KOSMO

*KESIAN JUGA MENGENANGKAN NASIB PARA IBU TUNGAL INI... SANGGUP MENGORBANKAN KEPENTINGAN DIRI DEMI ANAK2, NAMUN SEBENARNYA MASIH ADA ORANG YANG MAHU MENGAMBIL MEREKA SEBAGAI ISTERI JIKA LELAKI ITU BERNIAT BAIK & INGIN BERKAHWIN UNTUK MENCARI REDHA ALLAH... wallahua'lam

Khamis, Oktober 27, 2011

Remy Ishak Mengaku Bercinta Dengan Tiz Zaqyah



KUALA LUMPUR: Pelakon drama rantaian popular Nur Kasih, Remy Ishak, 29, mengaku bercinta dengan gandingannya, Tiz Zaqyah, 22.
Remy berkata, dia bukan ingin menyembunyikan hubungan tersebut kepada umum seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebaliknya tidak mahu menggembar-gemburkan kepada umum tentang hubungan yang belum tentu menjadi jodohnya.
"Sekarang, saya sedang berpacaran dengan Tiz. Saya tak mahu kecoh kerana kami masih lagi di tahap berkenalan dengan lebih rapat.
"Lagipun, kami tidak mahu orang luar mengharapkan sesuatu dan di penghujungnya jodoh kami tidak panjang.
"Lainlah kalau dah nak kahwin, semestinya saya akan beritahu kepada semua. Bagaimanapun, bagi yang tahu tentang hubungan kami, tahulah, saya tak kisah," katanya yang ditemui di lokasi penggambaran filem muzikal 29 Februari, di Stadium Merdeka.
Kisah hubungan cinta Remy dan Tiz mula menjadi bualan hangat sejak mereka dilihat berpegangan tangan ketika menyaksikan acara MotoGP di Sepang pada tahun lalu dan sering dilihat bersama.
Terbaru, Tiz berjumpa Remy di sebuah lokasi penggambaran dan mereka saling suap-menyuap ketika makan bersama.

BERITA PENUH: mstar
*KALAU ADA JODOH TAK KEMANA, HARAP2 CEPAT2 LAH NIKAH UNTUK ELAKKAN GOSSIP & FITNAH

BENARKAH GHADAFI DILIWAT SEBELUM DIBUNUH?



Penyiksaan terhadap Ghadafi dirakam dengan video  yang didapatI secara eksklusif oleh GlobalPost, kemudian dianalisis frame per frame, seperti dilaporkan GlobalPost, Selasa (25/10/2011). Video itu sepanjang 3 minit 55 saat.

Adegan yang dirakam itu, sesaat setelah Ghadafi ditangkap dari paip pembuangan, kemudian ada seseorang yang mencuba memasukkan alat ke dubur Ghadafi. Ekspresi muka Ghadafi nampak kesakitan hingga beberapa saat kemudian Ghadafi kelihatan diseret dengan dada yang berlumuran darah, di dada dan kepala.

Analisis frame per frame video itu menangkap dengan jelas, tentera pemberontak mencuba memasukkan benda seperti tongkat atau pisau ke bahagian dubur Ghadafi yang memakai seluar. Alat apa  yang pasti digunakan, masih menjadi pertanyaan besar.

Koresponden GlobalPost Tracey Shelton mengatakan alat itu kemungkinan adalah pisau dari hujung senjata api, yang dikenal orang Libya sebagai Bicketti atau nama dagangnya Becker Knife and Tool yang popular disebut BKT.

Video ini membuat kumpulan HAM dan dunia internasional meminta diadakan penyelidikan formal atas bagaimana mantan pemimpin Libya itu dibunuh. Menurut Konvension Jeneva, kekerasan terhadap tahanan dalam apa keadaan sekalipun  tidak diperbolehkan.

Sebelumnya, Muammar Ghadafi meninggal di tangan tentera revolusioner pada Khamis (20/10), yang lalu di kampung halamannya di Sirte. Ghadafi diyakini maut setelah terjadi tembak menembak antara rombongannya dengan tentera NATO.

Pasukan NTC yang memburunya dapat menangkap Ghadafi. Setelah itu, Ghadafi dieksekusi menggunakan senjata api. Beberapa versi menyatakan Ghadafi sempat meminta ampun agar tidak dibunuh. Namun, akhirnya pemimpin 42 tahun di Libya itu meninggal di tangan penentangnya.

Selama beberapa hari ini, jenazah Ghadafi disimpan di ruang pendingin daging di pasar di Kota Misrata. Warga libya terus datang untuk melihat dan mengambil gambar  jasad lelaki berumur 69 tahun itu. Namun pada Islnin, 24 Oktober , jasad Ghadafi telah ditutup untuk umum disebabkan sudah mula membusuk...

. Menurut pejabat Dewan Transisi Nasional (NTC), bekas pemimpin Libya itu akan dikuburkan di daerah gurun pasir yang dirahsiakan.

sumber : detiknews

*BETUL ATAU TIDAK BERITA INI BELUM DAPAT DIPASTIKAN, JIKA BETUL... ADALAH AMAT KEJAM & SADIS SEKALI KEMATIAN GHADAFI (teringat kisah kematian allahyarham leftenan adnan yang di gantung di atas pokok sebelum dicucuk dengan banet oleh tentera komunis, betapa pihak yang memusuhi tidak akan membiarkan pihak lawannya mati dengan begitu mudah.... wallahua'lam)

Rabu, Oktober 26, 2011

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER


asalnya BLOG IBU GEBU dihasilkan adalah sebagai log harian, tempat untuk saya mencurahkan rasa hati & emosi pada ketika itu...

tapi lama kelamaan saya jatuh hati dengan blog & mula bercerita untuk berkongsi, tak kira samaada tips harian, resepi2 mudah, motivasi atau sebarang info yang saya rasa bermanfaat...

idola saya dalam berblog ada 2-3 nama dalam kepala, tapi yg utama tentunya BEN ASHAARI
( bukan bodek) sebab memang saya menghasilkan blog setelah secara tak sengaja terbaca artikel berkenaan dgn putus cinta ke apa saya tak ingat... (soon saya kongsikan artikel itu)

saya terus tertarik untuk terus membaca, membaca & membaca lagi blog beliau... dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghasilkan blog sendiri

sekarang setelah lebih kurang 11 bulan blog ini dihasilkan, saya tetap menjadikan ben sebagai rujukan, terutama dari segi TREND BERBLOGGING!

*menaip entry ini dalam keadaan tergesa2 kerana dah nak dekat pukul 5! ahahaha...

Wordless Wednesday::KEEP INSPIRING::


RESEPI APAM POLKADOT


 resepi apam polkadot pernah saya kongsikan sebelum ini DI SINI

tapi saya kongsikan sekali lagi dengan gaya penyampaian yg lebih ringkas & mudah difahami

buat SURIATI juga adik2 saya yg baru nak belajar buat & request resepi ni, boleh lah refer kat sini & cuba buat ya...
mungkin sekali buat ada salah silap mana2 janganlah cepat putus asa... boleh cuba lagi sampai berjaya!


B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U
 
resepi dari kak Yuslindhia Zamani

 3biji telur gred A (dari peti ais) *saya guna telur dalam suhu bilik biasa
*280g (2cwn) tepung gandum
*2sdt baking powder
*diayak bersama
220g (1 1/2 cwn) gula halus (kalau letak filling guna 200g sahaja)
250ml (1cwn) susu segar/susu cair/santan/susu UHT *saya guna susu cair jenama marigold tin warna pink
1sd kecil ovalette
1sdt esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
filling (ikut citarasa sendiri spt chocolate, strawberry, kelapa, kaya, peanut butter) masuk dlm piping bag
pewarna (ikut citarasa masing2)

pukul telur + gula + ovalette sampai kembang dengan kelajuan maksimum, adunan ni akan jadi pekat, putih & berkrim bila dah betul2 kembang *biasa 1 adunan ni saya pukul 5 - 6 minit
kemudian slowkan speed baru masukkan tepung + baking powder + bahan cecair secara berselang seli
*masa keseluruhan mengadun dalam 10 - 12 minit
(sementara itu, didihkan air kukusan yang diletak daun pandan untuk apam lebih wangi)
bahagi adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna
masukkan setiap bahagian dalam piping bag
(untuk buat dot, asingkan sedikit adunan dalam piping bag khas untuk buat dot sahaja)
susun acuan lompang dalam pengukus & masukkan paper cup dalam acuan lompang
picit adunan dlm paper cup 1/2 cup
picit filling ikut citarasa
picit adunan sama @ lain warna sehingga penuh
kemudian dot2 kan dengan warna pilihan 
bila air kukusan dah mendidih, sederhanakan api & kukus selama 15 minit





kredit gambar dari fb page saya, jangan lupa LIKE! :)

~SELAMAT MENCUBA~

*JIKA ADA  SEBARANG KEMUSYKILAN LAGI, BOLEHLAH AJUKAN SOALAN, INSYAALLAH AKAN SAYA JAWAB SEMAMPU YANG BOLEH...

WE FOUND LOVE IN A HOPELESS PLACE

by 3ees Photography

apabila sekeping gambar mampu bercerita serta berupaya juga untuk memotivate people!

kali pertama saya melihat gambar ini dan membaca caption "WE FOUND LOVE IN A HOPELESS PLACE"

hati saya tiba2 sebak... saya bersyukur kerana masih disayangi...


*HIDUP BAGI SESETENGAH ORANG MUNGKIN JUGA TEMPAT YANG TIADA PENGHARAPAN DI DALAMNYA, TAPI SEBENARNYA MASIH ADA KASIH SAYANG DARI YANG DI ATAS WALAU KITA TELAH TERPINGGIR OLEH DUNIA

Selasa, Oktober 25, 2011

MEE HOON GORENG MUDAH


adik2 nak makan mee hoon? tak pandai buat? ala ciannya... setakat nak buat mee hoon "pekak" mcm ni very the simple sayang... tak payah modal banyak2, step pun senang...

kiranya adik2 yang first time nak merasa masakan sendiri... bolehlah cuba, kakak bagi resepi ya... cuba buat tau...

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

1 paket mee hoon direndam 30 minit  (cap serama paling best)
*5 tangkai cili kering (rebus dahulu)
*4 biji bawang merah
*3 biji bawang putih
*sedikit belacan (optional)
1/2 ekor ayam (basuh & potong kecil2)
2 biji tomato (potong 6)
fish ball @ fish cake (tak letak pun tak apa)
sos cili LIFE (optional)
minyak untuk menumis secukupnya

UNTUK HIASAN
timun batang
daun bawang + daun sup (cincang halus)
bawang goreng

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

toskan mee hoon masuk dalam tapis
blender semua bahan bertanda *
panaskan minyak dalam kuali
tumis bahan blender tadi hingga garing
masukkan ayam yg dah potong kecil
masak hingga ayam empuk, tambahkan sedikit air jika perlu

masukkan fish ball & fish cake
bolehlah tambah serbuk perasa & garam
masukkan mee hoon yang dah ditos
kacau2 rata hingga mee menjadi lembut, jika masih keras boleh tambah kan air sedikit sedikit
akhir sekali masukkan tomato dan kacau lagi hingga mee betul2 lembut

masuk mee hoon goreng dalam pinggan & hiaskan, SILAKAN MENJAMU SELERA!

mudah kan? lepas ni bolehlah cuba masak sendiri...



*KALAU KAT JOHOR, BUAT MEE HOON MESTI LETAK UDANG KERING, TAPI KAT TRGANU NI UDANG KERING SUSAH DAPAT, KLU ADA PUN UDANG KERING MASIH ADA KULIT, TAK SEDAP NAK WAT RENCAH... hurm, nasib

Isnin, Oktober 24, 2011

TAHNIAH YAYASAN ISLAM TERENGGANU, MAJLIS KHATAM BERAMAI RAMAI, TAHNIAH JUGA BUAT ANAK IBU!



sabtu lalu telah berlangsungnya majlis khatam al-Quran kanak2 tadika peringkat negeri terengganu bagi tahun 2011...

sesak betul dengan kehadiran kanak2 seluruh negeri terengganu bersama ibu bapa, cikgu dan juga sanak saudara mereka... majlis ni berlangsung di stadium tertutup gong badak...

teruja bila dapat menghadiri majlis ilmu seperti ini dengan dapat menghayati bacaan al-quran dari qari2 jemputan

pada majlis ni hampir 8000 orang kanak2 menyertai, bayangkan begitu punya ramai... 2 tahun lepas saya hadir juga untuk event yg sama, hanya lebih kurang 4000 lebih sahaja kanak2 yg khatam..

ini bermakna jumlah telah meningkat 2 kali ganda! syabas kepada PROGRAM PINTAR AL-QURAN yang hanya dilaksanakan di negeri terengganu ini! (tahun depan kena cari vanue yg lebih besar nampaknya)

JOM LAYAN GAMBAR GAMBAR YANG SEMPAT TERAKAM...


WAKTU NI BARU PUKUL 12 LEBIH TENGAHARI, KAMI PUN BARU SAMPAI...
STADIUM PUN BELUM PENUH... EXCITED DATANG AWAL!


TIME NI CIKGU CIKGI DAH BAWA MASUK PELAJAR UNTUK AMBIL TEMPAT, YANG DALAM BULATAN MERAH TU LAH ANAK SAYA YG KHATAM, NUR AIN NAJWA...
TIME NI DAH DALAM PUKUL 2 PETANG, NAIK SEMBAHYANG ZOHOR, MASUK SEMULA DALAM STADIUM TENGOK MAK AIHHHH!!! DAH FULL... SIAP BERDIRI LAGI...

TEMPAT DUDUK MEMANG PACK, NASIB BAIK KAMI DATANG AWAL...

PUNYALAH RAMAI MANUSIA KAN? YANG SAYA MARK ARROW TU TEMPAT DUDUK VIP, KAT SITU MENTERI BESAR TERENGGANU DUDUK...  THANKS YB SUDI DATANG MERASMIKAN MAJLIS...

*SEKALUNG TAHNIAH BUAT ANAK IBU, NUR AIN NAJWA YANG TELAH SELAMAT MENERIMA SIJIL KHATAM AL-QURAN PADA USIA 6 TAHUN, SEMOGA IANYA MENJADI PERMULAAN YANG BAIK UNTUK SELURUH PERJALANAN HIDUPMU NANTI...AMIN

Jumaat, Oktober 21, 2011

TEMPAT TIDUR ANAK, YANG MANA JADI PILIHAN?

ERK! MAMPU KE NAK BELIKAN MAINAN SEGALA BAGAI TU...?

HA... YANG NI JIMAT KOS SIKIT, TAK PAYAH BANTAL TAK PAYAH AIR COND... OPEN AIR!

GILER KEJAM NAK BAGI ANAK TIDUR TEMPAT MCM NI... NYAMUK BANYAK WOOOO!

KOMPOM PENYAMUN MASUK KELUAR BALIK TENGOK KATIL MCM NI... TAKUT KENA AIMBUSH!!!


p/s: SEKADAR HIBURAN DI MALAM HARI, MORAL SENANG JE... BELILAH KEPERLUAN ANAK SEMAMPU & SESEDERHANA MUNGKIN, TAK TERLALU MEWAH & TAK PULA KEDEKUT!

PUDING KASTAD BERKUAH SUSU & KOKTEL

hamboi, panjang pulak tajuk... kengkonon nak bagi senang faham

maknanya dalam tajuk tu semua dah cukuplah ada
PUDING KASTAD + SUSU + KOKTEL

3 bahan tu bergabung tenaga menghasilkan satu hidangan yang aaaaamaaaaat sedap! biasa saya panggil puding koktel je, sebab klu saya buat time raya atau makan2 saya tak letak puding kastad tu atas faktor penyakit "M"

edisi untuk entry ni saya buat puding kastad sebab ini tempahan dari offis hubby sempena jamuan perpisahan sahabat mereka...


jom kita intai2 resepi puding kali ini... mudah & murah, amat sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut dikala panas, dihidang sejuk mak aiiihhhh!!! nyaman je lalulintas kat tekak tu... ahahahaha

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

RESEPI PUDING KASTAD

saya cilok dari dapur blogger masakan yg peramah KAK UMMI
(kalau komen FB sambil2 beramah mesra, dia akan balas walaupun dia tak kenal kita pun...)

200g tepung kastad
2 liter air *saya buat 1.5 liter sahaja sebab nak keras sikit mudah dipotong
1/4 cawan gula pasir
1/3 cawan susu sejat ideal *saya guna susu cair MARIGOLD

campur semua bahan kecuali susu kedalam periuk
kacau atas api perlahan hingga berkilat
akhir sekali tuang susu sejat
kacau2 sebentar hingga rata (jangan terlalu kental)
bolehlah tuang atas loyang atau bekas kecil2
sejukkan baru keluarkan dari bekas atau dipotong kecil

---------------------------------------------------------------------------------------------------

RESEPI KUAH SUSU BERKOKTEL

untuk kuah saya guna resepi sendiri sebab kak ummi ada guna telur

*klik SINI untuk resepi kuah & hiasan dari KAK UMMI

1 tin buah2an koktel bersirap
2 tin susu cair
air gula secukupnya (ikut citarasa masing2 kalau nak manis atau kurang)
air masak secukupnya

campur semua bahan di dalam bekas @ mangkuk hidangan besar
saya juga masukkan sumi jelly sebagai tambahan
(boleh juga di tambah buah2 potong segar yang lain seperti strawberry)
simpan kuah di dalam peti ais untuk menyejukkannya atau letak air batu ketul
bolehlah dihidang bersama puding kastad tadi


inilah contoh puding kastad yang telah sedia dihidang bersama susu berkoktel, saya ambil gambar ni dari google dimana pemiliknya dari blog dzanariah (terima kasih pemilik gambar) sebab gambar saya yang dah siap memang tak snap sebab INI KAN UNTUK ORDER...

~SELAMAT MENCUBA GENG2 GEBU!!!~

Khamis, Oktober 20, 2011

SINGA PUN BACA DOA SEBELUM MAKAN!



seorang pemburu bertembung dengan seekor singa...
kerana terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya...  tiada pilihan, pemburu itu menadah tangan dan berdoa....

ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa ...

PEMBURU: "Ah leganya........singa baik rupanya, selamatlah aku..."
SINGA: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan..."

ahahaha... lawak tak? lawak tak? (terjumpa lawak ni masa BW)

*p/s: SEBELUM MAKAN JANGAN LUPA BACA DOA, SINGA BOLEH TAKKAN KITA TAK BOLEH KAN?

HAPPY BIRTHDAY NIEJA!


selamat hari lahir cik mumun! pada 20 OKTOBER 2011... maka lahirlah budak comel yg tembam namanya Siti Muniza... (tak sangka kita lahir same month... mana tau nanti boleh celeb sama2...  kita ni banyak betul persamaan)

bulan depan dah nak tukar status kan? ok lah tu awak pun bukan muda lagi dah 25! kakak dulu umur 25  dah 2 kali beranak tau! ... hehe

tapi xpe... itu semua kerja Allah... kita hanya merancang

oh ya... lupa plak, kakak doakan awak murah rezeki, panjang usia, diberkati hidup, ceria2 selalu... tak lupa, selamat jadi isteri orang.... n happy forever n ever!


kekalkan sifat merendah diri awak tu untuk hidup yang lebih bahagia & disayangi semua... kakak dah anggap awak mcm adik kakak sendiri, lepas kawin kalau awak jadi pindah syah alam... for sure kakak akan rasa kehilangan...

its ok... as long as awak tak lupakan kakak & setiu... our friendship will never end!!!

KAKAK SAYANG AWAK!

NAH! AMBIK HADIAH NI... GAMBAR JE...

Rabu, Oktober 19, 2011

Wordless Wednesday::ANAK BUKAN BEBANAN::

Jangan melakukan penderaan pada kanak2, mereka hanya perlu dikasihi

Isnin, Oktober 17, 2011

KHUSYUK ROH SETIAP AMALAN



"Orang yang tidak khusyuk itu samalah seperti orang yang mengunci jendela pada setiap malam agar tidak dimasuki pencuri...

...sewaktu tangannya menolak engsel, matanya memastikan ia benar2 berhasil mengunci jendelanya bahkan telinganya sempat pula mendengar bunyi engsel menyelak pintu.

Namun kerana kegagalannya untuk khusyuk, sebaik tiba di atas katil untuk tidur, lantas dia bangun kembali sambil bertanya pada hati sendiri: "Adakah aku telah mengunci jendela?"

Lalu apa gunanya mata yang melihat, tangan yang bergerak, dan telinga yang mendengar sewaktu jendelanya dikunci...?"
Haji Abdul Malik Karim Amrullah

*KHUSYUK ITU ROH DALAM SETIAP AMALAN KITA SEBAGAI HAMBA

KEMATIAN MELENYAPKAN KENIKMATAN

"SESUNGGUHNYA KEMATIAN ITU TELAH MELENYAPKAN KENIKMATAN DUNIA YANG DIRASAKAN MANUSIA...

...MAKA MENGAPA KAMU TIDAK MENCARI KENIKMATAN KENIKMATAN SYURGA YANG DI DALAMNYA TIDAK AKAN ADA KEMATIAN BUAT SELAMA LAMANYA...?"

Ahad, Oktober 16, 2011

BERAKHIR SUDAH TAHAJUD CINTA!


siaran jumaat 14 okt 2011 adalah episod akhir drama bersiri TAHAJUD CINTA...

drama yg mengangkat nilai2 murni, nilai2 perjuangan, nilai2 islam, nilai2 cinta serta kuasa & hukum ciptaan manusia...

bila manusia yg kufur nikmat & taksub kepada sesuatu melebihi Allah s.w.t perkara yg salah menjadi benar, yg sepatutnya indah menjadi neraka...

dalam menghayati maksud & pengajaran yg tersirat di dalamnya, satu isu yg ingin saya kongsikan adalah kehebatan kuasa wanita di dalamnya...

1- KERANA WANITA, kehidupan lelaki boleh menjadi sempurna, melahirkan zuriat buat mereka, mendidik anak2 mereka dengan sepenuh kasih sayang

2- KERANA WANITA, lelaki dapat merasai kemanisan hidup bukan hanya seorang malah 4 wanita yang halal baginya (walaupun sebenarnya lelaki itu itu tidak berupaya berlaku adil)

3-KERANA WANITA, dapat menundukkan iman seorang lelaki walau setinggi mana ilmu agamanya

dan KERANA WANITA jugalah hancurnya seluruh kehidupan seorang lelaki semudah pujukan rayu & liuk lentok tubuhnya yang gemalai!!!

*PESANAN SAYA: JANGAN CAKAP BESAR KONON KITA TAK AKAN TUNDUK & TERMAKAN PUJUK RAYU WANITA, KERANA INI PERSOALAN NAFSU & INI PERSOALAN FITRAH LELAKI YG MENGINGINKAN WANITA... BUKAN MAINAN!



سُوۡرَةُ بنیٓ اسرآئیل / الإسرَاء

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬ (٣٢)
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (32)

Sabtu, Oktober 15, 2011

HATI YANG TERLUKA TETAP TERLUKA

 
"...meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan, tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain, kerana kemaafan itu adakalanya bukanlah pengubat... HATI YANG TERLUKA TETAP TERLUKA..."


...Indah Suriani


...kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti...



Khamis, Oktober 13, 2011

ANDA SEMPURNA SEBAGAI MANUSIA JIKA...

kredit gambar: FAN PAGE WARDINA SAFIYYAH

ada orang nak jadi manusia, tapi "kemanusiaan" dalam diri tak menjadikan mereka manusia sempurna... perlu ke rantai besar... rumah besar... kereta besar untuk jadikan kita manusia sempurna? jawapannya TIDAK... kerana manusia yg sempurna harta benda, sempurna sifatnya... belum tentu sempurna rohaninya...


JUST A SIMPLE STEP UNTUK MENJADI MANUSIA SEMPURNA:

1- TAAT KEPADA KEDUA IBU BAPANYA
2- MENJALINKAN SILATURRAHIM DENGAN KAUM KERABATNYA
3- HORMAT & BAIK BUDI KEPADA KAWAN2, KELUARGA & PEKERJANYA
4- MENJAGA AGAMA SETIAP MASA
5- MEMPERBAIKI HARTA KEKAYAAN ASALKAN TIDAK BERLEBIHAN
6- MENYEDEKAHKAN KELEBIHAN HARTANYA
7- MEMELIHARA LIDAHNYA
8- TETAP TINGGAL DIRUMAHNYA (YAKNI TEKUN DALAM IBADAT KEPADA TUHANNYA)
9- TEKUN DENGAN AMAL PEKERJAANNYA
10- TIDAK BERKUMPUL DENGAN ORANG YANG SUKA MEMBICARAKAN HAL ORANG LAIN

*SESUNGGUHNYA, KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH KESEMENTARAAN

Rabu, Oktober 12, 2011

Wordless Wednesday::KITA SUKA GAMBAR NI::

kenapa kita suka gambar ni?.... HANYA JOHARI YANG MENGENAL MANIAM!!!

Wordless Wednesday::DAH BERAPA KALI ANDA MAKAN HARI INI?::

FEED THE FAMINE

PENAHANAN BOB LOKMAN BERUNSUR POLITIK?



KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar) hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.

Malam tadi, Bob Lokman ditahan oleh Jais kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah, setelah beliau selesai menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

"Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN.

"Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno," katanya. (BERITA PENUH: harakahdaily)

*ANDA BACA & ANDA NILAIKAN...INGAT, JANGAN BERHUJAH TENTANG PERKARA YANG KITA TIADA ILMU!!!... tak tahu, bertanya...

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

pernah tak nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??~~~>
1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~perkonghsian dari rakan FB...semoga bermanfaat untuk kita semua dalam mendekati & menyeru mereka kearah kebaikan... insyaAllah

Ahad, Oktober 09, 2011

SIAPA KATA JADI PEREMPUAN TU SENANG?!




siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
perempuan, stokin pun kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
confirm tak  tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool je...
tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada sakit perempuan
nak pergi kelas @ kerja pun susah
kalau boleh, macam tak nak  jalan je time sakit & tak selesa
cuba tengok budak lelaki , selamba je...
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn sakit perempuan tiap2 bulan, survive jugak
tengah2 sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yg dia sakit & tak selesa
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan begitu lembut
cepat sangat sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru

cuba kalau time tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak  hati perempuan?
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah tak adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
mereka kata jadi perempuan tu sangatlah susah
sehingga ada ungkapan berbunyi, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg hilang malu...
mereka pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'
mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
mereka sanggup gadaikan diri  sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

kesian kan kat mereka?
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, mereka sanggup merosakkan diri
mereka kata mereka buat macam tu sebab Allah tak adil

persoalannya sekarang
betul ke Allah tak adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah telapak kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah telapak kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah telapak kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 10 orang anak lelaki
bermakna ada 10 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan mereka hebat!!!


cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
contohnya macam lagu SUMAIYYAH, NURUL IMAN
jarang atau tak pernah kita dengar lagu pasal lelaki
sayangnya Allah pada perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita tak pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya' kan?
hebat tak Allah jadikan perempuan tu?

masih tak adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah sebenarnya terlalu adil pada perempuan
sampaikan disebabkan mereka kata susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
cuba baca hadis ni...

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

tak adil lagikah Allah pada perempuan?

oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah pada kamu
betapa cintanya Allah pada kamu
tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri  kerana fikiran2 negatif yg tak berasas kepada penciptamu...?

Allah jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia
bayangkan... dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita dijadikan hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?


 
malulah kita kerana menolak untuk menjadi insan paling istimewa ciptaan-NYA... wallahua'lam 

 MUIZ...

*DISAAT INI HATI WANITAKU SEDANG BERBUNGA BUNGA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...