Selasa, September 06, 2011

MANUSIA TERPENDEK DARI TERENGGANU

Namanya juga unik Kama Mirezzanial Kama Rezmee, namun mesra disapa dengan nama Zainal sahaja, mungkin dia memiliki keunikan tersendiri yang lain walaupun fizikalnya kurang dari segi ketinggian.

Usianya 7 tahun namun memiliki ketinggian hanya 56 sentimeter, mengatasi rekod dipegang Junrey Balawing, 18, dari Filipina dan Khagendra Thapa Magar, 19, dari Nepal yang masing-masing setinggi 60 dan 67 sentimeter.

Memiliki berat hanya 4.8kg, amat jelas Zainal lebih rendah dari adiknya Kamarya Myzara, 4 tahun (gambar)

Doktor mengatakan tumbesar Zanial terbantut kerana menghidap ‘Sindrom Sackle’ dan mereka mengalami gejala itu mempunyai wajah hampir serupa.

artikel penuh di SINI

*NOTA KAKI: kekurangan bukanlah untuk dijadikan bahan ejekan, tetapi menjadikan kita lebih mensyukuri diri kerana serba sempurna berbanding mereka yang digelar "insan istimewa" ini...

2 ulasan:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA berkata...

Saya juga pernah punyai adik istimewa begini namun telah kembali kerahmatullah pada 1996 ketika usia allahyarhamah 16 tahun.. semoga tiada dikriminasi kepada insan2 istimewa seperti mereka..

IBU GEBU berkata...

@mak dara: moga arwah dicucuri rahmat, segalanya ketentuan Allah dan siapalah kita untuk membeza2kan insan istimewa hanya kerana kekurangan fizikal mereka sedangkan manusia sempurna fizikal juga tidak sempurna dari melakukan kesilapan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...