Ahad, September 11, 2011

FENOMENA SUGAR GLIDER


mungkin ramai yg belum tahu apa itu sugar glider(SG), haiwan kecil persis tupai yg menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini

nama saintifik sugar glider adalah Petaurus Breviceps haiwan marsupial kecil yang boleh ditemui di Australia, Tasmania, Indonesia dan Papua New Guinea.



bersesuaian dangan namanya, SG begitu menggemari makanan manis namun mempunyai diet khas untuk kekal sihat iaitu  mengambil kira protein (30-50 peratus), buah-buahan (20-30 peratus), sayur-sayuran (40 peratus) dan karbohidrat (15 peratus), disamping suplement HPW

*makanan yg tidak boleh diberi adalah coklat kerana boleh menjadi toksin dlm badan SG

bagi yg berminat untuk menjadikan SG sebagai haiwan peliharaan perlulah mempunyai maklumat & pengetahuan yg mencukupi sebelum memeliharanya

ini kerana haiwan ini memerlukan komitmen yg tinggi dari pemiliknya bagi memastikan haiwan ini kekal sihat & tidak menanggung kerugian berikutan harganya yang mahal

bagi jenis yang biasa dimiliki adalah dari jenis Classic Grey, boleh dibeli dgn harga RM250- RM 350 seekor

jenis2 lain ialah White Faced (RM2,500), White Faced Blonde (RM3,000), Ring Tail (RM7,500), Mosaic (RM7,500), White Mosaic (RM10,000), Creameino (RM15,000), Albino (RM15,000) dan Leucistic (RM15,000).

baru2 ni berkesempatan berkunjung kerumah kazen ada dia pelihara haiwan ni, tapi saya tak berani nak pegang sebab tengok kuku dia mcm panjang.... ahahahaha

tapi bila surf internet tgk gambar2 SG yg comel2 rasa rugi pulak tak cuba pegang kan? tengoklah berkunjung lagi sekali nak cuba memberanikan diri sebab haiwan ni sebenarnya manja kalau kena pada cara peliharaan tuannya, sebab tu lah SG jadi kegilaan sekarang..




*NOTA: bagi yg baru2 nak berjinak dgn SG sekarang mcm2 medium perantara yg ada janji kena rajin search kat pakcik google,
ini yang saya ada jumpa kat FB

1 ulasan:

☀ Izzaty Hedry☀ berkata...

tkot nk bela ... hhuhu.. tgk comel..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...