Jumaat, September 30, 2011

BANTU DAMIA FARZMIL DAN IBUNYA FIJA


salam blogger, pagi jumaat yang hening ni saya terbaca entry dari CHE MAT tentang penderitaan rakan KAK JEE yang turut dikongsi dalam blog masing2...

berat mata saya memandang, biarpun hanya melalui gambar, tentu berat lagi bebanan kakak dalam gambar ini yg menderita barah payudara peringkat 4...

lebih menyedihkan, anak kakak ni juga sakit dan telah dibedah... hebatnya ujian yang Tuhan berikan buat mereka...

sebagai manusia & saudara sesama islam, sudi2 kanlah sahabat sekalian untuk menderma bagi meringankan beban mangsa... mudah2an sumbangan kecil anda dibalas ganjaran hebat dari Allah...insyaAllah

SUMBANGAN BOLEH DI SALURKAN TERUS KE NO AKAUN TERTERA DIBAWAH:

NAMA : NOR FARIZAH BT MD NOR
CIMB : 0122 0015 7455 24

* "BUTA HATI ADALAH BUTA YANG PALING KEJI DI DALAM PERJALANAN MENUJU IMAN. PUNCA BUTA HATI ITU KERANA SIFAT BAKHIL, DENGKI, BERDENDAM & KHIANAT SESAMA MANUSIA"

JOM CUBA PERMAINAN BLIND SPOT!

ARAHAN PERMAINAN:

(KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)

1-ANDA PERLU FOKUS PADA TITIK MERAH DITENGAH BULATAN BIRU

2-DENGAN TIDAK MENGALIHKAN FOKUS ITU, PERLAHAN2 BULATAN BIRU AKAN MULA HILANG ATAU KABUR

3-SEKIRANYA HILANG FOKUS, BULATAN BIRU AKAN MUNCUL SEMULA

4-INI ADALAH TINDAKBALAS OTAK KERANA MATA & OTAK SALING BERKAIT RAPAT

5-KONGSIKAN JIKA ANDA SERONOK DENGAN PERMAINAN INI...


KREDIT: FAN PAGE IPHONE

Khamis, September 29, 2011

UNTUKMU WANITA...

GAMBAR DARI GOOGLE
Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.

Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan.

Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian....

*Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan wanita yang akan menjadi bidadari penyeri syurga Mu Ya Allah... amin

Rabu, September 28, 2011

Wordless Wednesday::MASJID KRISTAL::


Jom tambah follower





JOM JOIN SEGMEN LULU! TARIKH TUTUP SAMPAI JUMAAT NI PUKUL 3 PETANG! NAK TAMBAH FOLLOWER TAK?!!!!

*KLIK GAMBAR UNTUK SERTAI

Selasa, September 27, 2011

POLIS LEBIH STRESS BERBANDING GURU!





kesian anggota2 polis kita ni ya, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan dalam menjalankan tugas...

sudahlah kerja tak tentu masa, berdepan pulak dengan ancaman bahaya bukan sahaja diri sendiri, malah juga anggota keluarga turut diancam bahaya terutama bagi anggota yang mengendalikan kes2 berat seperti kes bunuh atau kes orang berpengaruh...

aduh.... stressnya...

hasil kajian yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Masyarakat (PPUKM) mendapati polis berada dikedudukan teratas(53.7%) mengatasi 6 organisasi lain iaitu bomba(47.3%), guru(45.8%), jururawat(42.3%), serta doktor(40.7%)
tapi bagi mereka ini semua bukan halangan, mungkin kerana semangat mempertahankan negara juga minat untuk menyertai PDRM!

lagi berita penuh DI SINI

Ahad, September 25, 2011

PURPLE SAKURA BUAT SI DIA...

assalamualaikum blogger...
malam ini aku mencari & terus mencari, kugerakkan mousse kekiri kekanan, ku scroll keatas dan kebawah... tak kenal putus asa..


jemariku yang gebu ku tarikan diatas keyboard untuk menaip setiap keyword!

adakalanya... ada desiran angin ditepi telinga ku membisikkan... mesti ada, jangan putus asa...

tiap kali ku rebah, aku akan teringat janjiku pada si dia... tak sanggup rasanya untuk kumungkiri

dan deminya... aku titipkan hadiah buatmu, adik kecilku yang jauh dimata...

...wahai sunah sakura







ambiklah mana yang awak admired, kakak tak pasti antaranya dah ada atau belum dalam koleksi awak & yang ini paling kakak suka..

~seolah melambangkan kekuatan dirinya yang megah & teguh disebalik kecantikannya yang menjadi inspirasi sang pencinta!~

KREATIFNYA MEREKA CIPTA BERAS PALSU!

tak selera nak hadap beras palsu ni yang dipercayai dibuat menggunakan campuran keledek dengan plastik... PLASTIK? ...hadoi... agak2 la wei kot ya pun nak bunuh diri, jangan nak bunuh orang lain jugak...

sebab beras palsu ni dijual disalah satu bandar terbesar di cina... nampak tu? dah lah palsu, jual macam tak hengat kat bandar pulak tu... mestilah ramai yang beli kan?

haih... harap2 tak ada lagi yang "terlepas" ke pasaran malaysia ya... eeeuuuuwwwww!!!!


SUMBER: ohtidak  
p/s*LEPAS NI AGAKNYA ADA PULAK JUAL DURIAN PALSU, AIR PALSU, ROTI PALSU... tak sanggup mak noq... lama2 mak pun lesu... ahahaha

SUJUD MEMUDAHKAN BERSALIN!


INI ADALAH ENTRY COPY PASTE TANPA MENGUBAH SATU HURUF PUN DI DALAMNYASEBAGAI BAHAN BACAAN SENDIRI & BERKONGSI DENGAN PEMBACA LAIN...
SEMOGA SAMA2 BEROLEH MANFAAT...



Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.

KREDIT: harian metro online

ENTRI PERTAMA AMNA NAFEESA (blog anak wardina)



AMNA NAFEESA...indah nama tu yang bermaksud
KETENANGAN YANG BERHARGA


semoga nama yang indah juga dihiasi peribadi yang indah seperti umi amna... WARDINA SAFIYYAH

pagi ini saya on9 ada terbaca  update terbaru wardina melalui fan page FB beliau tentang penulisan pertama anak sulungnya dalam blog sendiri!

"Salaam Amna baru belajar menulis blog :) dapat inspirai dari kawan dan jiran saya Shikin apabila dua orang princess nya juga menulis blog....Selamat membaca entry Amna, sudi tinggalkan komen..bagila semangat sikit pada dia..."
waaah!!! anak sekecil ini (8 tahun) sudah ada blog dan mampu menulis dengan baik, saya rasa turut berbangga... insyaAllah, satu hari nanti amna juga bakal menulis sepeti wardina yg banyak berkongsi tips2 & panduan serta pengalaman beliau sebagai ibu juga sebagai muslimah sejati...

JOM KITA SUPPORT BLOG ADIK KECIL KITA NI
|
|
|
V
Perfect Amna N


Sabtu, September 24, 2011

WANITA & BEKAS KACA



"JADILAH WANITA DI DALAM BEKAS KACA, CANTIK TETAPI AMAT SUKAR UNTUK DISENTUH, HANYA LELAKI YANG BENAR BENAR LAYAK DAPAT MENYENTUH DAN MEMILIKINYA".......

...adakah dirimu wanita di dalam bekas kaca ini adik adikku...?








"SESUNGGUHNYA, AKU TIDAK PERNAH MENCARI CINTA... BIARLAH IA HADIR SENDIRI DALAM HIDUPKU...

TETAPI AKU MENCARI REDHA-MU YA ALLAH....."

Khamis, September 22, 2011

PERLU KE ANAK RAMAI?

seseorang pernah berkata pada saya...

"RUGI ENGKAU TAK BERANAK RAMAI2... DAH TUA ESOK SENANG, ANAK SULUNG ENGINEER BAGI KAU TIAP2 BULAN 2-3 RIBU... ANAK NO 2 DOKTOR, NO 3 PENSYARAH...  MASUK KUBUR DAH GUARANTY ANAK 2 KITA TU BOLEH SEDEKAHKAN DOA
& AL-FATIHAH,  CUBA KAU FIKIR TAK BERUNTUNG KE?"

itu persoalan yang pernah diajukan, dan saya masih berfikir hingga kehari ini, betul ke anak ramai itu menyenangkan atau sebaliknya?

HARI INI SAYA DAPAT JAWAPAN, WALAUPUN BUKAN JAWAPAN TEPAT UNTUK SEMUA ORANG TAPI SEKURANG2NYA UNTUK DIRI SAYA SENDIRI... INI JAWAPANNYA (baca dulu lepas tu datang balik)

kenapa saya suruh datang balik? sebab saya ada rumusan...

*ANAK RAMAI BELUM TENTU MEMBAHAGIAKAN BILA KITA DAH TUA, MUNGKIN KITA TAK HARAP MEREKA BAGI DUIT TIAP BULAN, TAPI KURANG2 MEREKA BOLEH MENDOAKAN KITA BILA KITA SUDAH TIADA...

TAPI ITU BUKAN SATU JAMINAN KERANA BELUM TENTU DIDIKAN AGAMA YANG KITA BERI MAMPU MENDIDIK MEREKA KEARAH ITU, ADA MANUSIA TINGGI AGAMA TAPI MASIH MELAKUKAN MAKSIAT, MUNGKIN JUGA ANAK RAMAI SEMAKIN MENYUSAHKAN KITA !

JADI WALAUPUN ANAK SEORANG, 2 ORANG ATAU RAMAI... TAK PERLU KITA PERSOALKAN JIKA KITA SENDIRI TAK CUKUP YAKIN ANAK2 KITA ITU BAKAL MENYENANGKAN KITA SATU HARI NANTI,

TAK MUSTAHIL ANAK KITA SENDIRI AKAN TOPUPKAN DOSA UNTUK KITA DENGAN PERILAKUNYA YANG JELEK, WAIMA KITA DAH MASUK DALAM LIANG LAHAD TAPI DIA MASIH MENYAKITI KITA DENGAN DOSA2NYA... MASYALLAH...

PERSOLAN INI SUBJEKTIF, YANG PENTINGNYA BUKAN BERAPA RAMAINYA ANAK TAPI BERAPA SEMPURNAKAH DIDIKAN & ASUHAN YANG KITA BEKALKAN UNTUK MEREKA SELAMA KITA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB KEATAS MEREKA KERANA ANAK AMANAH DARI ALLAH,

GAGAL MELAKSANAKAN AMANAH MAKA AZAB YANG BERAT MENANTI DIAKHIRAT, NAUZUBILLAHMINZALIQ...
RENUNG RENUNGKAN SAUDARAKU

Rabu, September 21, 2011

TIPS ULANGKAJI DISAAT AKHIR

dah dahlah, tak payah nak tenung lama2 muka ija yg memang comel tu, sebenarnya ija ni nak kongsi tips dengan kita terutama adik2 yg bakal menduduki peperiksaan SPM tak lama lagi...

saya pun pernah tergolong dalam golongan suka buat revision last minute masa zaman sekolah dulu... bayangkan, masa ujian bulanan tak pernah lulus subjek perdagangan... entah mcmana saya boleh study sampai lewat pagi subjek tu (esok ada paper ni)

sekali keluar result boleh dapat kredit subjek tu... ada hasil jugak sebenarnya, kalaulah saya study awal2 kompom boleh score... itu cerita 14 tahun lepas

bukanlah nak galakkan adik2 buat persediaan saat2 akhir, tapi kita ni merancang... manalah tau tak sangka2 ada hal lain & x sempat study, bolehlah ikut tips dari kak HELIZA HELMI kita ni ya...

http://www.facebook.com/video/video.php?v=2459459131200    PART 1

http://www.facebook.com/photo.php?v=2459479931720  
PART 2(mungkin ada sambungan lagi)

*INI ADALAH SEKADAR PANDUAN, BUKANNYA WAJIB UNTUK DIIKUTI... TERIMA KASIH IJA & SELAMAT MENGULANGKAJI UNTUK ADIK2 HARAPAN BANGSA KITA

SITI NORDIANA BERTUDUNG... kan manis tu

GAMBAR NI DARI PAKCIK GOOGLE

ini penampilan terbaru siti nordiana , penyanyi yang pernah kontroversi dengan isu imej seksi satu masa dulu...

sejuk mata memandang, harap2 biarlah berhijab itu bukan semata kerana fesyen ya nana,
niatnya untuk menutup aurat kerana ia dituntut dalam agama...

seperti biasa perubahan pasti akan ada mulut2 yg mengata "entah2 sekejap aje tu..."
ada macam2 lagi mulut2 "kurang asam" yang sibuk nak mengata... tapi macam nilah, orang tu dah buat perubahan positif, apa kata kita bagi sokongan kat dia...

soal siapa dia yang dulu tak perlulah di perkatakan lagi, bak kata seorang sahabat saya dulu... dosa ni kalau sekali buat akan keluar bau busuk ya amat sampai tak sanggup nak cium, nescaya kita tak berani buat dosa.. tapi Allah maha mengetahui kerana kita perlu percaya perkara yg tidak kita nampak... WALLAHUA'LAM


kredit: abushahid

CANTIK KAD RESEPSI NABIL & ZIRA!


CANTIK KAN?

tertarik tengok design kad kawin nabil ni, bertemakan kisah dongeng!
harap2 perkahwinan mereka ni in reality lah bukan kisah dongeng jugak...

majlis ini dijangka berlangsung pada 2 oktober nanti, akhirnya terbuka hati nabil untuk mendirikan masjid setelah beberapa kontroversi tentang kisah cinta beliau... kita doakan yg terbaik untuk mereka

*BULAN NOV NI ADIK SAYA PUN AKAN MELANGSUNGKAN HARI PENTINGNYA, SEMOGA SELAMAT & LANCAR SEMUANYA...

GAMBAR & CERITA PENUH DISINI

Rabu, September 14, 2011

COMELNYA! KALAU BETUL BAKAL TUNANG ALLY


COMEL  N  SWEET JE TENGOK MEREKA BERDUA NI...

harap2 bukan sekadar gossip setelah ally putus tunang, mungkin jodoh beliau dengan gadis ini yg bernama Farah Lee yg baru berusia 22 tahun & masih menuntut di IPT  luar negara...

sama2 kita doakan... amin

kredit & cerita lanjut cthoney

Selasa, September 13, 2011

SELAMAT BERJAYA CALON UPSR!




ESOK,(13 sept 2011)  UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) AKAN BERMULA!

TENTU DEBARAN BUKAN SAHAJA PADA MURID MALAHAN IBU BAPA TURUT BERDEBAR

BAGI ADIK2 YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN ESOK,
SELAMAT BERJAYA, TELITI SOALAN BETUL2 SEBELUM MENJAWAB, SEMAK KERTAS JAWAPAN SEBELUM WAKTU TAMAT & TENANG SEMASA MENJAWAB


 
INGAT! HARAPAN & AMANAH DARI IBU BAPA PERLU KITA LAKSANAKAN SEHABIS BAIK

SELEBIHNYA, TAWAKAL & JANGAN LUPA BERDOA... INSYALLAH, KEJAYAAN BAKAL MENGIRINGI... AMIN

Isnin, September 12, 2011

FAKTA MENGUAP

saja2 nak sambung cerita BEN pasal menguap kat sini





memang buruk rupa orang yg menguap tak tutup mulut ni kan? aduih... silap2 tak jadi buat menantu ni

etika menguap ditempat awam pula baiklah diminimumkan sehabis baik keluasan mulut yg terbuka tu, lebih elok coverlah dengan tapak tangan tu...




secara saintifiknya pula menguap adalah kerana tubuh kekurangan oksigen, oleh itu mulut kita secara automatiknya membuka ruang seluas2 luasnya untuk mendapatkan oksigen

kalau tak percaya, cuba korang yg dah rasa nak mula menguap tu bangun sekejap, rehatkan diri...
lebih elok cari kawasan yg agak luas, tarik nafas panjang2
(melalui hidung ya)


bagi yg memakai tali pinggang atau kolar baju, bolehlah longgarkan sikit agak2 selesa kita bernafas, insyaAllah dengan cara ini pernafasan kita akan kembali lancar kerana tubuh mendapat bekalan oksigen tambahan
sekaligus dapat mencegah kita dari menguap







*NOTA KAKI: kalau dah tak dapat elak juga nak menguap, cuba lah sedaya upaya untuk mengurangkan effect menguap tu dari pandangan orang ya.... haaaa, kan manis tu

Ahad, September 11, 2011

FENOMENA SUGAR GLIDER


mungkin ramai yg belum tahu apa itu sugar glider(SG), haiwan kecil persis tupai yg menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini

nama saintifik sugar glider adalah Petaurus Breviceps haiwan marsupial kecil yang boleh ditemui di Australia, Tasmania, Indonesia dan Papua New Guinea.



bersesuaian dangan namanya, SG begitu menggemari makanan manis namun mempunyai diet khas untuk kekal sihat iaitu  mengambil kira protein (30-50 peratus), buah-buahan (20-30 peratus), sayur-sayuran (40 peratus) dan karbohidrat (15 peratus), disamping suplement HPW

*makanan yg tidak boleh diberi adalah coklat kerana boleh menjadi toksin dlm badan SG

bagi yg berminat untuk menjadikan SG sebagai haiwan peliharaan perlulah mempunyai maklumat & pengetahuan yg mencukupi sebelum memeliharanya

ini kerana haiwan ini memerlukan komitmen yg tinggi dari pemiliknya bagi memastikan haiwan ini kekal sihat & tidak menanggung kerugian berikutan harganya yang mahal

bagi jenis yang biasa dimiliki adalah dari jenis Classic Grey, boleh dibeli dgn harga RM250- RM 350 seekor

jenis2 lain ialah White Faced (RM2,500), White Faced Blonde (RM3,000), Ring Tail (RM7,500), Mosaic (RM7,500), White Mosaic (RM10,000), Creameino (RM15,000), Albino (RM15,000) dan Leucistic (RM15,000).

baru2 ni berkesempatan berkunjung kerumah kazen ada dia pelihara haiwan ni, tapi saya tak berani nak pegang sebab tengok kuku dia mcm panjang.... ahahahaha

tapi bila surf internet tgk gambar2 SG yg comel2 rasa rugi pulak tak cuba pegang kan? tengoklah berkunjung lagi sekali nak cuba memberanikan diri sebab haiwan ni sebenarnya manja kalau kena pada cara peliharaan tuannya, sebab tu lah SG jadi kegilaan sekarang..




*NOTA: bagi yg baru2 nak berjinak dgn SG sekarang mcm2 medium perantara yg ada janji kena rajin search kat pakcik google,
ini yang saya ada jumpa kat FB

NAMA SAYA AMMAR ZAFRI

comelnya anak sedara saya yang sorang ni, badan dia mantop! sedap nak pegang n dukung...

kesempatan berkumpul satu family pada raya lepas memang tak saya lepaskan peluang nak "bergomol" dengan sikecik ni...

actually, ni anak saudara terbaru saya (anak kakak), time ni umur dia baru 6 bulan (DOB 11/3/2011) tapi mcm dah mcm budak 9-10 bulan sebab badan dia "kus semangat"

disebabkan jarak memisahkan kami (saya di trganu, kakak di JB) ini 1st time saya dapat jumpa baby ni sejak dilahirkan... jumpa2 dah pun 6 bulan, jumpa lagi sekali dah sekolah, lagi sekali dah bertunang... erk

yelah, klu xde urusan betul2 penting @ cuti betul2 panjang mmg susah kami nak balik JB, almaklum kos n jarak yg jauh...

tapi, hubungan kami sekeluarga mmg erat sejak dulu lagi, kami adik beradik wlpun berjauhan masih "follow" n "update" perkembangan terbaru masing2... mediumnya, SMS, CALL atau FB, kan mcm2 kemudahan ada sekarang, so bukan halangan ok...

video ni adalah koleksi peribadi yg akan saya tengok berulang kali tiap kali saya on9, dapatlah lepaskan rindu kat budak "HEMEM!!!!" ni...




*NOTA: SEBUAH KELUARGA YANG TERJALIN DALAM KEIMANAN & KEBAHAGIAAN AKAN BERKUMPUL KEMBALI DISYURGA BAWAH NAUNGAN ALLAH s.w.t MESKIPUN AMALAN MEREKA BERBEZA BEZA wallahua'lam

Jumaat, September 09, 2011

FAIZAL TAHIR HILANG PEMINAT?

abang ROCKENSTEINERS kita ni bakal releasekan album baru tak lama lagi n konsepnya sangat fresh & tidak ada langsung meniru mana2 konsep yg pernah dihasilkan di mana2 muka bumi sekalipun!!! waaaaaaahhhh.... tak sabar nak dengar ni!

demi kelainan itu juga, FT sanggup berdepan risiko bakal kehilangan followers muzik beliau sebelum ini... tengok tu, demi revolusi muzik yg beliau perjuangkan... sanggup kehilangan peminat! tak ramai malah mungkin tak ada pemuzik sekarang ni yg sanggup buat macam tu ya... SALUTE!

proses rakaman belum pun bermula, setakat ni masih dalam proses pengumpulan material... so korang yg tak sabar nak tunggu buah tangan terbaru dari FT kenalah tunggu..

*TERBARU: Faizal bakal membuat persembahan dalam konsert Suara Kami di Stadium Merdeka pada 17 Spetember ini dengan sebuah lagu sahaja. Selain Faizal Tahir, artis lain yang turut terlibat adalah Yuna, Pop Shuvit, Lan Typewriter, Psycho Unit serta beberapa artis antarabangsa iaitu kumpulan K Pop, Rania, Naresh Iyer (penyanyi India) dan Chinmayi ( penyanyi Hong Kong)

KREDIT: murai.com



Selasa, September 06, 2011

MANUSIA TERPENDEK DARI TERENGGANU

Namanya juga unik Kama Mirezzanial Kama Rezmee, namun mesra disapa dengan nama Zainal sahaja, mungkin dia memiliki keunikan tersendiri yang lain walaupun fizikalnya kurang dari segi ketinggian.

Usianya 7 tahun namun memiliki ketinggian hanya 56 sentimeter, mengatasi rekod dipegang Junrey Balawing, 18, dari Filipina dan Khagendra Thapa Magar, 19, dari Nepal yang masing-masing setinggi 60 dan 67 sentimeter.

Memiliki berat hanya 4.8kg, amat jelas Zainal lebih rendah dari adiknya Kamarya Myzara, 4 tahun (gambar)

Doktor mengatakan tumbesar Zanial terbantut kerana menghidap ‘Sindrom Sackle’ dan mereka mengalami gejala itu mempunyai wajah hampir serupa.

artikel penuh di SINI

*NOTA KAKI: kekurangan bukanlah untuk dijadikan bahan ejekan, tetapi menjadikan kita lebih mensyukuri diri kerana serba sempurna berbanding mereka yang digelar "insan istimewa" ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...