Sabtu, Ogos 20, 2011

KESALAHAN BERHARI RAYA

1- Bermegah megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu & sebagainya... semua mendorong kepada pembaziran

2- Tabarruj(melampau dalam berhias) bagi wanita seperti bermekap & memakai perhiasan emas melampau... semua mendorong kepada kerosakan, dianiaya penjenayah atau berkemungkinan diragut... eeee, tak takut ke?

3- Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara mara, rakan taulan, tetapi sibuk menonton TV dirumah terutamanya bagi orang muda... sesungguhnya berziarah itu adalah lebih dituntut

4- Beria-ia solat sunat Hari Raya tetapi tidak solat subuh

5- Minta maaf bermusim iaitu hanya pada hari raya sedangkan kita digalakkan supaya sering meminta maaf sesama manusia, mana tahu ajal menjemput... tak sempat, alangkah ruginya

6- Bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi contohnya adik ipar bersalaman dengan abang ipar (cukup sekadar meminta maaf & bermuhibah melalui percakapan sahaja)
*RAMAI YANG TERKHILAF DALAM HAL INI

7- Makan berlebihan, mendorong kepada penyakit & malas

8- Seronok beraya sehingga sebulan sampai terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan syawal, besar ganjaran bagi yang berpuasa pada hari tersebut...

*SEMOGA KITA SAMA2 DAPAT BERMUHASABAH, DALAM KITA BERSERONOK BERAYA ADA PANDUAN YANG TELAH DIGARISKAN DALAM ISLAM YANG PERLU DIPATUHI UNTUK KESEJAHTERAAN KITA SEMUA... WALLAHUA'LAM
(betulkan saya andai saya tersilap)

~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432h ikhlas dari BLOG IBUGEBU81080~

KREDIT: solusi

6 ulasan:

hazirah kasimon berkata...

1.betol2 ..ade org tuka perabot baru semue baru lh~

2)
ermm..skarang ni da pesyen batu2 kt bju..sarat lak tu.. yepp ade yg emas lau bleh pasang cm mami jarumm..adoii

3)haha..ni rmai rasenye

4)sebab dorg rase xpayah bgn awal nak sahur..alahai~~

5)btoi3

6)xde batas dah la ni

7)yepp...mesti org2 kite overdose air gas, kueh manes n rendang2 bagai

Sunah Sakura berkata...

bermaafan sesama ajnabi tu yang susah tu...

IBU GEBU berkata...

hazirah: amboi pengalaman sendiri ke dik? hahahaha... xdelah, gurau je

sunah: kan... sebelum ni mmg kakak x tahu pun pasal ni, terus terang cakaplah... lepas kawin hubby tegur barulah kakak sedar...

Gen2Merah berkata...

waaahhhh.. saya suka dengan pendapat ini.. sokong 101%.. sangat2 setuju.. banyak lagi sebenarnya perkara2 yang kita lakukan sehingga melupakan niat kita di Ramadan dan syawal kelak..

berkunjung dari blog cik Lulu Caldina..
followed u 163.. salam ukhuwah

Ikhlas
~GenMerah~

Pn. Sheila berkata...

em... btl tu ibu... thanx bg peringat kt kita semua.... mmg kdg kala sifat itu tanpa sedar ada dlm diri kita y khilaf ni....

salam kenal ibu.... salam aidilfitri....

aizamia3 berkata...

betul tu.. kenapa nak tunggu raya baru nak minta maaf.. ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...