Rabu, Ogos 31, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM, KAD HARI RAYA SAYA EHSAN DARI PAK CIK GOOGLE JE...


tak apalah kan, janji IBU GEBU ikhlas nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, buat semua FOLLOWERS, pembaca2 blog ibugebu, rakan2 taulan, dan sesiapa sahaja yg mengenali saya nyata atau maya...

ampun & maaf andai ada salah silap saya selama berblogging, dan terima kasih juga atas sokongan anda2 semua selama ini... semoga Tuhan sahaja dapat membalasnya...

*NOTA KAKI: (cuti updated dalam 1-2 hari kerana kesibukan beraya & dirayakan plus nak melangsaikan beberapa tempahan apam polkadot versi aidilfitri... jumpa lagi sehari dua lagi ya kawan2)

Ahad, Ogos 28, 2011

OPERASI PANGGANG TANGAN last part (akan bersambung tahun depan)

assalamualaikum, hye!!!! hari ni happy sgt... masa taip entri ni kecondongan bibir dah menghampiri cuping telinga sebab tgh senyum..
bukannya apa, sebab kerja mengkukis dah SIAP!!!!!!

ini kira entri kompilasi dari OPERASI PANGGANG TANGAN bermula sampai FINAL... layan




GAMBAR DIATAS MERUJUK ENTRI PART 1


GAMBAR DI ATAS MERUJUK ENTRI PART 2


GAMBAR DI ATAS MERUJUK ENTRI PART 3

dan gambar diatas ini merujuk pada part terakhir sebelum kita semua menyambut raya....

syukur alhamdulillah, kepenatan selama ini nak siapkan tempahan berjaya kuredah, rasa puas dapat serve customer dengan produk2 yg kita hasilkan sendiri, terima kasih buat mereka yg sudi menempah wlpun ini adalah tahun pertama saya mengambil tempahan & sambutan sungguh2 meriah... tahun depan tempahlah lagi ya...

Khamis, Ogos 25, 2011

BUDAK-BUDAK BERAYA: DOODLE FREE

Assalamualaikum, siyes nak dekat2 raya ni macam tak keruan rasa nak buat entri pun mcm teruja... kenapa ek? entahlah... tahun ni saya sekeluarga raya di terengganu je... jelous gila tak waras dengan MAMA PINK ni dapat balik cheras, kita tak dapat balik JB... huuuuuu...huuuuu, mama cepat balik tganu ibu nak g raya rumah mama... mesti banyak kambing... hehehehe

tapi xpe... jangan risau, raya tetap raya... lagi lagilah budak2 lagi seronok, tak kiralah raya kat mana pun kan bukan diorg kesah...

jadi saya pun nak membudakkan diri sekejap merangkap menghappy kan diri dengan meletak doodle yg cute miut kat sidebar kanan mcm yg korang boleh tengok tu... comel kan? tulisan tu cam biasalah amik kat glitter text...

bagi korang yg rasa nak membudakkan diri jugak, apa kata g kat blog budak comel ni... ada banyak lagi doodle boleh ambik, FREE tau! thanks ya ADIK, ada doodle free lagi nanti habaq mai ya...

(nanti nak try buat doodle sendiri lah... susah tak?)

Selasa, Ogos 23, 2011

SEMPAT HIDUP DALAM BULAN RAMADHAN, TETAPI TIDAK TERAMPUN DOSANYA

sesungguhnya hatiku tenang saat mendengar lagu ini biarpun cuma Haddad Alwi serta kanak2 kecil & pintar yang melagukannya..




...dan sesungguhnya hatiku sayu kerana Ramadhan akan berlalu meninggalkan ku, setahun berlalu kembali dan aku pohon dipanjangkan usiaku untuk bertemu mu kembali...


*NOTA RENUNGAN

SANGAT KECEWA & RUGILAH BAGI ORANG YANG:

1-APABILA DISEBUT NAMA NABI MUHAMMAD, TIDAK DIBACA SELAWAT KEATASNYA
2-SEMPAT HIDUP BERSAMA ORANG TUANYA, TETAPI TIDAK DAPAT MASUK SYURGA
3-SEMPAT HIDUP DALAM BULAN RAMADHAN, TETAPI TIDAK TERAMPUN DOSANYA


ADAKAH KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN DIATAS SAUDARAKU?

Ahad, Ogos 21, 2011

CARA MUDAH MENCAIRKAN COKLAT

SALAM BLOGGER!
ENTRI RINGKAS UNTUK ADIK2 SAYA YG BERTANYA TENTANG CARA NAK CAIRKAN COKLAT.
MUNGKIN RAMAI YANG DAH TAU KAEDAH INI, MUNGKIN JUGA ADA YG BELUM TAHU... DAN INI ADALAH UNTUK MEREKA...

*CARA MUDAH STAIL IBUGEBU, HANYA GUNAKAN RICE COOKER...



LETAK AIR DALAM RICE COOKER & ON, BIARKAN AIR DIDALAMNYA  MENDIDIH SEMENTARA COKLAT CAIR


KACAU DENGAN SUDU SAMPAI COKLAT CAIR DGN RATA, MUDAH KAN? HARAP TIPS INI DAPAT MEMBANTU ADIK2 SAYA YANG BARU NAK BELAJAR BUAT BISKUT RAYA SENDIRI, INGAT... NAK PANDAI NI BUKAN SAHAJA KENA TAHU RESEPI  TAPI JUGA KENA RAJIN BERTANYA & TAK CEPAT PUTUS ASA KALAU BUAT TAK JADI... CUBA LAGI DENGAN CERMAT & CARA YG BETUL, INSYALLAH JADI...

*ANTARA BISKUT YG GUNA COKLAT CAIR: ALMOND LONDON, CORNFLAKES COKLAT & ORANGE MOUSSE

http://ibugebu81080.blogspot.com/2011/07/cornflakes-coklat-dengan-badam-rangup.html

Sabtu, Ogos 20, 2011

KESALAHAN BERHARI RAYA

1- Bermegah megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu & sebagainya... semua mendorong kepada pembaziran

2- Tabarruj(melampau dalam berhias) bagi wanita seperti bermekap & memakai perhiasan emas melampau... semua mendorong kepada kerosakan, dianiaya penjenayah atau berkemungkinan diragut... eeee, tak takut ke?

3- Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara mara, rakan taulan, tetapi sibuk menonton TV dirumah terutamanya bagi orang muda... sesungguhnya berziarah itu adalah lebih dituntut

4- Beria-ia solat sunat Hari Raya tetapi tidak solat subuh

5- Minta maaf bermusim iaitu hanya pada hari raya sedangkan kita digalakkan supaya sering meminta maaf sesama manusia, mana tahu ajal menjemput... tak sempat, alangkah ruginya

6- Bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi contohnya adik ipar bersalaman dengan abang ipar (cukup sekadar meminta maaf & bermuhibah melalui percakapan sahaja)
*RAMAI YANG TERKHILAF DALAM HAL INI

7- Makan berlebihan, mendorong kepada penyakit & malas

8- Seronok beraya sehingga sebulan sampai terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan syawal, besar ganjaran bagi yang berpuasa pada hari tersebut...

*SEMOGA KITA SAMA2 DAPAT BERMUHASABAH, DALAM KITA BERSERONOK BERAYA ADA PANDUAN YANG TELAH DIGARISKAN DALAM ISLAM YANG PERLU DIPATUHI UNTUK KESEJAHTERAAN KITA SEMUA... WALLAHUA'LAM
(betulkan saya andai saya tersilap)

~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432h ikhlas dari BLOG IBUGEBU81080~

KREDIT: solusi

Rabu, Ogos 17, 2011

PUASA_DEFINISI:WAJIB:SUNAT:HARAM:MAKRUH

ASSALAMUALAIKUM MUSLIMIN MUSLIMAT, SAYA INGIN KONGSIKAN BERSAMA ANTARA INFO2 BERKENAAN IBADAH PUASA YANG MUNGKIN ADA ANTARA KITA TAK TAHU ATAU KURANG JELAS MENGENAINYA... SAMA2 KITA BERKONGSI ILMU YA...

DEFINISI PUASA:

Bahasa = menahan diri
Syarak = menahan diri daripada makan dan minum untuk suatu jangka masa tertentu

***********************************************************************************

JENIS PUASA:

Puasa Wajib
1-Puasa pada bulan Ramadhan
2-Puasa kafarah
3-Puasa nazar
4-Puasa ganti / qada

Puasa Sunat
1-Puasa enam hari pada bulan syawal
2-Puasa pada hari Arafah pada 9 Zulhijah bagi mereka yang tidak menunaikan haji
3-Puasa pada hari Asyura pada 10 Muharam
4-Puasa pada hari Isnin dan Khamis
5-Puasa pada 13,14,15 hb pada setiap bulan islam Hijrah

Puasa Haram
1-Puasa pada hari Syak pada 30 Syaaban
2-Puasa pada hari raya aidilfitri pada 1 Syawal
3-Puasa pada hari raya Aidiladha pada 10 Zulhijah
4-Puasa pada Hari Tasyrik pada 11,12,13 Zulhijah
5-Puasa perempuan haid & nifas
6-Puasa pada hari Arafah pada 9 Zulhijah
*LARANGAN BERPUASA MENURUT MAZHAB SYIAH, TETAPI BERPUASA PADA HARI TERSEBUT ADALAH SUNAT BAGI MUSLIM YG MENGIKUT MAZHAB AHLI SUNAH wal-JAMAAH, NAMUN MENURUT AHLI SUNAH wal-JAMAAH JUGA, HARAM BERPUASA PADA HARI TERSEBUT BAGI ORANG YANG MENUNAIKAN HAJI DI ARAFAH
7-Puasa sunat seorang perempuan TANPA izin suaminya
8-Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudarat keatas dirinya kerana berpuasa
9-Puasa untuk orang lain dan ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah s.w.t

Puasa Makruh
1-Puasa pada hari jumaat secara berasingan
contoh: tidak didahului oleh puasa hari khamis sebelumnya atau sabtu sesudahnya
2-Puasa 15 sehingga 30 Syaaban bagi bukan qada atau puasa sunat yang tidak pernah dilakukan sebelum 15 syaaban tiba2 sampai 15,16,17 dan seterusnya dia ingin berpuasa sunat
3-Puasa terus menerus sepanjang tahun

"SEMOGA KITA SAMA2 BEROLEH MANFAAT & MENJADI MUSLIM SEJATI"

Selasa, Ogos 16, 2011

WACANA: JIKA AKU DIBERI MASA SEMINIT BERJUMPA RASULULLAH S.A.W...

assalamualaikum, saya join segmen dari blog wacanaku, kan elok bulan2 mulia ni kita lebihkan ilmu agama kita, dan ini salah satu jugak... mudah2an kita akan selalu mengingati nabi junjungan kita... insyaAllah...

hasrat dan impian saya jika diberi masa seminit untuk berjumpa Rasulullah S.A.W...
adalah untuk mengucapkan jutaaan malah lebih dari itu ucapan terima kasih kerana baginda adalah idola bagi seluruh umat islam seluruh dunia, x perlu lagi nak cari artis atau orang2 lain sebagai ikon atau idola...

baginda adalah contoh yang TERBAIK, seorang suami yang baik, seorang ayah yang baik, malah seorang manusia yang begitu terpuji sifatnya...

saya rasa tak cukup seminit rindu saya untuk berjumpa rasullullah S.A.W terubat, saya akan meminta baginda untuk berjanji supaya dapat saya berjumpanya lagi dilain waktu, didalam syurga mungkin...

itulah antara impian & hasrat terpendam saya sebagai umatnya... wallahua'lam

*NOTA: klik header wacanaku untuk join, sampai tengah malam ni je.... jom2!!!

OPERASI PANGGANG TANGAN part 3

salam ramadhan ke 16 buat semua yg tengah baca entry ni, tak kisahlah siapa pun anda...

entry ini adalah sambungan dari cerita sebelumnya disini...

gambar2 ini bercerita tentang progress tempahan untuk hari ke 15 puasa, alhamdulillah... pelan2 kayuh dapat jugak siapkan banyak ni, kerja sorang eh... tiada pembantu, pembantu tengok adalah... hehehe




suka sikit hari ni sebab perjuangan dah nak sampai ke penghujung, setakat entry ni di tulis taip, tinggal conflakes coklat, almond london dgn biskut oat je yg belum buat...
budget2 hari ni, esok lusa settle... sbb nak fokus pulak pada kek dgn apam polkadot yg dah bersusun tempahan dalam jadual tu...

terima kasih juga buat anda yg mendoakan saya diberi kesihatan yg baik utk siapkan semua tempahan ni, hanya tuhan dapat membalasnya ok... ADIOS!!!


*NOTA KAKI: nantikan part seterusnya pula ya...

Ahad, Ogos 14, 2011

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?

KLIK GAMBAR UNTUK JOIN: SAMPAI KUL 6 PETANG NI JE...

Widget Percuma Sempena Merdeka!!! :NEGARAKU

salam bloggers!!! seperti yang kita tahu bulan ini iaitu bulan OGOS 31hb(rabu), negara Malaysia yg kita sayangi ni akan menyambut hari kemerdekaan... yang keberapa ya? tak tau eh... ok saya bagitau, untuk tahun yang ke 54!!! wow!!! lama kan... bersyukur kita dapat duduk di negara Malaysia yang aman damai ni...

so, bagi memeriahkan sambutan itu, tak salah kalau kita nak hias2 sikit blog kita dgn gambar bendera malaysia atau apa2 yg boleh membangkitkan semangat kita sebagai anak Malaysia...

bagi saya pulak... nampak tak widget kat atas entri ni? ok, itu adalah salah satu widget percuma yang saya ambil dari blog BIGHANDESIGN...

ada 3 pilihan yang anda boleh ambil dan tampalkan pada blog anda... klu berminat bolehlah ambil disini dengan x lupa untuk memberikan kredit sebagai ucapan terima kasih ok...


bendera malaysia (JALUR GEMILANG)

NEGARAKU

 
NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP
BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA

RAHMAT BAHGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA

Jumaat, Ogos 12, 2011

UJI KEPANTASAN ANDA MENAIP



salam ramadhan kawan2, masuk puasa ke 12 dah kita kan? pantas betul masa berlalu...

sebut pasal pantas ni, nak tak uji kepantasan anda menaip? yelah, hari2 updated blog... update status FB, bagi komen kat status kawan2, mesti lama2 jadi pandai n laju kan wlpun x belajar kelas menaip dulu...

saya pun terkial2 jugak menaip guna 2 jari je, buat apa nak malu mengaku kan? mmg x belajar bidang tu dulu so skrg baru nak belajar2 sikit2.... tak apa, asalkan x buta IT langsung... dan kita masih ada minat nak mempelajari sesuatu sekurang2nya untuk diri sendiri juga...



ini keputusan yang saya dapat.... mmmm, not bad... seronok jugak layan test ni...

jadi, klu ada yg minat nak cuba test ni bolehlah ke laman web ini ok... SELAMAT MENCUBA!!!

Ben tanya nak trafik free esok tak ?



SILA KLIK DEKAT HIDUNG BEN KLU NAK JOIN, betul2 dekat hidung ok.... dekat lain xde link, hahahaha.... (itupun kalau penyertaan masih dibuka lah...)

Selasa, Ogos 09, 2011

CIK EPAL & CIK PELIK dalam JELITA OGOS

assalamualaikum geng!!! 

actually, dah seminggu lebih beli majalah jelita ni, tapi x habis baca lagi... kengkonon motif utama beli sebab nak tengok resepi tapi tak masak pun... hehehe

saja nak cerciter ngan adik2 sebab kakak minat dgn cik epal dgn cik maria ni... diorang dapat buat photoshoot dgn team jelita utk segmen fesyen... cool kan?

"Edisi Raya kali ini bersama 12 blogger fesyen Malaysia yang terkenal dengan gelaran The Scarflets"    -JELITA


comel cik munirah kita ni dengan blouse pink tu.... (dia punya paut lengan kawan dia mcm feeling tgh paut lengan Remy Ishak.... hehehe. jangan marah cik epal)

yang ni pulak the one and only cik maria elena kita yang always maintain gojes....(kanan)

selain dari cik epal dgn maria ada lagi 10 orang rakan2 mereka yg semuanya adalah bloggers.... so klu nak tau cerita lanjut kenalah beli sendiri majalah jelita ni, ada lagi kot kat kedai buku.... trylah tengok, klu dah habis... pinjamlah siapa2 yg ada tu ok.... harga RM7 senaskah tapi mmg berbaloi2 membelinya sbb banyak info & tips yg anda boleh dapat... (kedai beskal x de jual mende alah ni...)

cik epal pun ada update dalam blog beliau disini & blog maria kat sini .... cekidaut!



GADIS PENGHIAS KULIT: Irma Hasmie yang comel & cantik...(pssssstttt!!!...perasan x apa2 yg lain dengan pic irma kat atas ni? eerrmm.......)

Isnin, Ogos 08, 2011

DOAKAN KESEJAHTERAAN MEREKA

assalamualaikum, di awal pagi ramadhan ke 8 ni... ita nak kongsikan kegembiraan seorang sahabat juga kenalan blogger yang baru menerima berita gembira dibulan penuh berkat ini... iaitu BEN

berita tentang kehamilan isteri kesayangannya setelah penantian sekian lama, alhamdulillah...
impian untuk memiliki keluarga & zuriat sendiri akhirnya dimakbulkan tuhan...

mudah2an dengan berkat ramadhan mulia ini, anak2 syurga yg akan dilahirkan kelak bakal membawa rahmat dalam kehidupan ben sekeluarga.... amin
jaga diri & kesihatan isteri kerana ini kandungan pertama, rajin2 bertanya jika ada kemusykilan... tak ada salahnya... dan yg penting mohon petunjuk dari Allah agar dilindungi & selamat semuanya ok...

sama2 kita mendoakan untuk kesejahteraan mereka terutamanya ibu2 mengandung seluruhnya kerana bakal membawa sebuah nyawa lahir kedunia ini.... SUBHANALLAH...


*PAPA BEN TENGAH GOOGLE BRAND PAMPERS TERKINI KAT SINI

Ahad, Ogos 07, 2011

100 HARI SEBELUM HARI KEMATIANKU


Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :
1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.
4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.
6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Wallahu a’lam…
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.
Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati sebagaimana firman Allah SWT
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, ”
(Al-Imran :185)
Jadi bermula hari ini gunakanlah peluang yang berbaki untuk beramal soleh, berazamlah serta panjatkan doa agar kita mati dalam keadaan Husnul khatimah –
seelok-elok Kesudahan/kematian” dan mohon juga dari Allah dijauhkan kesudahan yang tidak baik.
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 (ziarah Izrail) = 20.571 minit.
Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit, Subhanallah.. Allahu Akbar.
Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan..
Wallahualam

KISAH INI ITA KONGSIKAN UNTUK TAULADAN KITA SEMUA KERANA DISAAT ITA MEMBACANYA, TERASA TUBUH INI MENGGIGIL MENGINGAT SAAT2 KEMATIAN YANG PASTI AKAN TIBA.... AL-FATIHAH BUAT SEMUA SAUDARA2 ISLAM YG TERLEBIH DAHULU MENINGGALKAN KITA...


 KREDIT KEPADA INFORMASI.MY

OPERASI PANGGANG TANGAN part 2


hi kawan2.... hari ini dah masuk hari ke 7 kita puasa, mudah2an selamat kita berpuasa sampai hari ke 30 nanti ya...

entry ini sambungan dari cerita sebelum ini disini


inilah output tempahan cookies untuk hari ke 7, alhamdulillah dalam pada tak berapa sihat 2-3 hari ni dapat juga ita siapkan sikit2... berkat doa dari kalian juga, thanks ya...



 memanglah tart gulung je yang nampak banyak sebab ita siapkan tart gulung dulu...
 kenapa? sebab tart gulung ni lambat sikit nak siapkan nak banding dengan biskut2 lain... so, baik ita siapkan yg susah2 dulu kan...

 lepas ni nak sambung buat lagi, nanti ita update lagi output seterusnya ok... doakan sama2 dipermudahkan segala urusan kita semua... amin

*NOTA KAKI: sambungan cerita OPERASI PANGGANG TANGAN part3 DISINI

BAZAR RAMADHAN KG RAJA, BESUT TERENGGANU



salam gengblogger semua, hari ni ita nak review pasal bazar ramadhan dekat area besut, tempat ita tinggal sekarang... 

bazar ramadhan kali ini adalah bazar ramadhan kg raja yg terletak didalam kawasan pasar kg raja... tak susah nak cari sebab bazar ni betul2 di dalam kawasan bandar kg raja... maknanya, dikawasan inilah terdapatnya bangunan2 pentadbiran besut spt pejabat agama, pejabat pos, serta bangunan2 persekutuan lain...
boleh juga menggunakan panduan petronas kg raja kerana tapak bazar betul2 berhadapan dengannya... (abaikan kakak 2 orang yg sedang melintas tu ya....)
bazar ni memang pack lah dengan manusia entah datang dari mana...
nak cari parking pun susah woooo.... so, korang yg rasa nak datang tu klu boleh kena g awal sikit & nasihat khidmat awam, jangan panic klu cari parking tak jumpa... cocok jeklah mana2 kosong tu... tapi hati2 setiap petang memang akan ada polis yg berkawal...
niat dihati mmg nak snap semua jenis juadah yg ada jual dekat sini, malangnya disebabkan manusia terlalu ramai, so tak dapat ita nak menyelitkan diri.... gambar lauk sikit ni jeklah yg dapat...
sbg x menghampakan, ita senaraikan sikit antara juadah yg terjual disini antaranya daging bakar (perg!!! my favourite), kuih muih goreng mahupun manis, lauk pauk, ice blend, buah buahan, satay, murtabak raja, jus buah fresh (parut dekat situ ok...), kuih manja, segala jenis nasi dan macam2 lagilah...
dah... habis cerita moga2 dapatlah jadi panduan sikit bagi yg baru 1st time nak berkunjung kesini ok... anak ita yg 2 orang tu pun dah penat, alhamdulillah... si abang setakat ni penuh puasanya belum ada ponteng lagi... si adik puasa yang yang yok... senyap2 g mintak air dgn ibu kat dapur... hmmm, nasib baik kecik... dah janji tu tahun depan naik darjah satu nak puasa... mudah2an ya sayang...

Rabu, Ogos 03, 2011

OPERASI PANGGANG TANGAN part 1

haha... hari ni dah hari ke-3 puasa, ni antara cookies yg dah siap, sempat tak... sempat tak... doakan ita diberikan kesihatan yang baik untuk siapkan semua tempahan ni ya... amin
part seterusnya akan update lagi.... terima kasih kawan2...

*NOTA KAKI: sambungan cerita operasi panggang tangan part 2 DISINI

Isnin, Ogos 01, 2011

SALAM RAMADHAN BLOGGER:FADHILAT SOLAT TARAWIH TIDAK WUJUD?

salam ramadhan sekalian umat islam yang berada diseluruh pelusuk dunia, hari ini bagi sesetangah negara umat islam memulakan ibadah puasa yang telah diwajibkan keatas setiap mukmin yang sihat tubuh badan dah waras akal fikirannya, ita dimaklumkan negara brunei darul salam akan mula berpuasa pada hari esok (selasa 2 ogos 2011 maafkan & betulkan ita jika tersilap...)
tahun ini merupakan tahun pertama blog IBU GEBU melalui bulan ramadhan setelah lebih kurang 8 bulan menyertai blogspot.com...
seronok, teruja dan terharu dengan sokongan kawan2 blogger walaupun blog ini tidaklah se"happening" mana... sekadar untuk berkongsi rasa, minat dan ilmu yang tidak seberapa ini kepada saudara2 ita diluar sana... TERIMA KASIH SEMUA!
semoga kehadhiran ramadhan kali ini membawa seribu berkat dan fadhilat buat kita semua... AMIN

(gambar dari google)

ehem...ehem, manalah tau ada yang terlupa niat bersahur... sekadar ingat mengingati...

berkenaan dengan fadhilat puasa dalam tajuk entry ini, persoalan ini ita bawakan... benarkah fadhilat solat tarawih itu tidak wujud?
selalu kita dapatkan fadhilat solat tarawih ini samada di dalam majalah, akhbar, mahupun poster2 yang tertampal didinding2 bangunan tertentu...
apa yang ita fahami, fadhilat solat tarawih ini sebenarnya tidak wujud dan hadis2 yang digunapakai adalah hadis2 palsu...
bagi ita yang cetek agama ini, setakat itu sahaja yang ita fahami dan ingin ita kongsikan bersama kerana bila kita berbicara tentang sesuatu yang kita tidak pasti, lebih elok disederhanakan...

*ARTIKEL BERKENAAN KEPALSUAN HADIS DALAM FADHILAT SOLAT TARAWIH INI ITA BACA DARI WEB INI, lebih baik anda baca sendiri dan cuba fahami atas penilaian anda sendiri atau bertanya kepada yang lebih arif dalam bidang agama seperti imam, ustaz atau ustazah dan ilmu itu boleh dikongsikan seterusnya kepada sekalian yang lain... insyaAllah...

bagi rumusan ita disini, walaupun hadis itu palsu atau benar sekalipun, jangan jadikan solat tarawih yang anda lakukan sehari hari dalam bulan ramadhan ini hanya semata2 kerana mengejar fadhilat, laksanakan atas dasar tanggungjawab sebagai muslim & muslimat sejati untuk menyempurnakan ibadahnya, mudah2an Allah jua maha mengetahui keikhlasan & niat kita dalam menambah amalan di bulan penuh keberkatan ini... wallahua'lam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...