Sabtu, Julai 30, 2011

CINTA MUKA BUKU:NAJWA LATIF


CINTA MUKA BUKU the lyrics

KITA BERKENALAN HANYA DALAM LAMAN MUKA BUKU
KAU HANTAR PETANDA SURUH AKU TERIMA KAMU
OOHH~ ~ ~ HATIKU RASA SESUATU

DAN PABILA KAU KATA KAU MAHU JUMPA AKU
KU GELISAH BERDEBAR HATI RASA TAK MENENTU
OOHH~ ~ ~ KENAKAH RASA ITU

*BAGAIMANA~ ~ ~ HARUS BERSUA
 KURASA GEMENTAR TAPI BAHAGIA
 PERLUKAH KITA CARI (BERI) PELUANG PERTAMA
 WALAUPUN KITA TAK PERNAH BERJUMPA

 BANYAK PERSOALAN YANG BERADA DI MINDA
 BANYAK TANDA TANYA DAN JUGA KATA KERJA
 OTAK KATA JANGAN HATI PULA KATA YA
 HIDUP TAK MENENTU ADAKAH INI CINTA

 BANYAK SOALAN BANYAK JUGA JAWAPANNYA
 KATA HATI DAN RASA TAK DIBIAR SAJA
 SETIAP YANG BERLAKU ADA KEBAIKANNYA
 HARUS PEJAM MATA DAN CUBA APA SAJA

 PABILA KAU RENUNG TAJAM TAJAM MATA AKU
 KU RASA SESUATU RASA YANG KU TAK TAHU OOHH~ ~ ~
 INI CINTA REMAJA KU

 DAN PABILA KAU KATAKAN KAU SUKA AKU
 KU TERDIAM TERKEDU TAK TAU MANA NAK TUJU OOHH~ ~ ~
 ITULAH CINTA YANG SATU~ ~ ~ CINTA DIMUKA BUKU

 ULANG*





pemilik nama penuh Imratul Najwa Binti Abdul Latif ini baru berusia 16 tahun... emmmm, menarik angka itu...




tak kisahlah orang nak cakap dia klon yuna ke yuni ke yuno ke... yg penting dia ada bakat sendiri dan cara sendiri... keep it up dik!!! kakak doakan yg terbaik buat awak, n satu yg paling penting jgn lupa diri dan dimana awak berpijak sekarang ok... miss u'r smile comel!!! hopefully kakak dapat jumpa awak klu kakak balik johor nanti.... YEAY!!! HIDUP ORANG JOHOR!!!

Rabu, Julai 27, 2011

OPERASI "PANGGANG TANGAN" BERMULA_ shopping barang cookies raya


salam geng!!! petang tadi ita g soping barang biskut raya, planningnya esok malam nak startlah operasi menghambakan diri pada oven... hahahaha
tengoklah botol2 kosong tu dah melambai2...
 eh, mesti ada yg tanya... kenapa tajuk "panggang tangan"? sebabnya... time buat biskut ni mesti ada yg terkena loyang panas atau oven panas atau periuk panas... itu yg ita panggil panggang tangan tu.... hahahahaha


ini antara barang2 nak wat cookies tu lah, tepung red rose, almond stripe, brown sugar, choc chip, cocoa powder, raisin & bubble rice... yang botol kecik2 tu adalah perisa...


yang ni pulak cornflakes, badam & chocolate bar... ada lagi yg x nampak muka... malu kot, hahaha
barang2 kat kedai ni murah, lagi2 klu beli dlm kuantiti banyak mcm ni, klu sempat nanti ita buat N3 utk senaraikan harga brg2 ni secara detail k... manalah tau, ada yg nak bandingkan harga dgn tempat mereka...


cer teka... cer teka... apa benda ni?
*
*
*
*
*
*
*
tak dapat? oklah... ini pineapple paste utk buat tart nenas tu...
hahahaha, ita surender nak buat sendiri sbb byk sgt... haritu dah buat sendiri beli 10 biji nenas, lepas tu mcm nak pengsan mengerjakan... mana nak kopek kulit, blend lagi, tapis lagi, masak lagi... hubby kata tangan dgn mulut sama laju membebel... hehehe mana taknya, banyak komitmen lain nak buat selain dari buat inti tart ni... inipun masa nak siapkan semua cookies ni cuma 20 hari dari tarikh esok sbb minggu ke-3 puasa dah nak kena serahkan semua... hurm... sempat tak eh? hahahaha
anyway, sempat tak sempat... ita akan update lagi... doa2kan lah ita diberi kesihatan yg baik untuk siapkan biskut raya "orang punya" ni eh... maceh semua...

*lupa nak cakap, inti tart tu murah... 10kg RM90 je....

Selasa, Julai 26, 2011

GIVEAWAY : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari PHUKET


 assalamualaikum, jangan marah eh... saja suka2 nak join GA ady ni, alah... dah tua2 ni nak memudakan balik diri join permainan budak2 remaja nih... hehehe ady jgn marah eh... kakak gurau je...
dah agak lama mem"follow" blog ady ni baru kakak perasan ady ni pak lawak jugak orangnya, untung siapa jadi bini esok2 kan... xdelah stress sgt...
ady nak N3 yg paling disukai kan? ok... dalam banyak2 madah pujangga yg awak publish selama ni kakak paling berminat n sukeeeeeee sgt dgn N3 yang ni, kenapa? sbb masa kakak baca N3 ni kakak tengah upset sgt... tengah2 kakak blogwalking terjumpa N3 ni kakak tergelak besar.... sebelum ni kakak xde amik tau pun pasal si froggy ni, asal usul susur galur dia... tapi lepas tu kakak suka baca perkembangan dia... (wlpun froggy tu x bernyawa... hehehe)
lagi satu bagi kakak N3 ni kreatif, yelah... susah payah awak dok posingkan dia dgn mixer bagai... paling x tahan pakai kain pelikat tu... hahahaha... comellah, mcm nak buat jadi anak angkat plak si froggy ni...
anyway, itu jelah antara sbbnya knp kakak suka N3 ini... ok ady, kakak join suka2 je pun x harap apa2... ecece...

*nota kaki: DALAM HIDUP KITA PERLUKAN SENYUMAN SEBAGAI PEMANIS DAN PENGUBAT JIWA, BERBAHAGIALAH ANDAI HIDUP INI DIKELILINGI INSAN YG SUDI MEMBERIKAN KITA SENYUMAN BIARPUN SEKETIKA CUMA...

Ahad, Julai 24, 2011

CORNFLAKES COKLAT DENGAN BADAM RANGUP

salam kawan2 yg disayangi, bersempena dgn Ramadhan yang dah x sampai 10 hari pun lagi nak datang ni, mesti ada yg dah tercongak2 terteleng2 nak cari idea buat biskut raya kan...
jadi, disini ita nak share resepi mudah sangat buat CORNFLAKES COKLAT ni... x payah nak keluar mixer, x payah nak keluar oven... kacau2, sudukan, dah keras simpan dlm botol... siap!!!

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

BAHAN-BAHAN
200g  cornflakes (ita beli kat kedai baking je 250g RM4)
50g almond strip (nak letak banyak pun boleh_lagi sedap)
*oh ya... almond ni panggang @ sangai dulu sampai rangup
400g coklat masak
sedikit coklat putih (untuk hiasan)

CARA-CARA
cairkan coklat masak dengan kaedah double boiler
(klu boleh guna mangkuk steel @ kaca yg besar agak2 muat untuk sebatikan semua bahan2)
bila coklat dah cair & tidak berketul, masukkan cornflakes & badam tadi
gaul sampai semua bersalut & rata
sudukan atas papercup dengan segera
letak bawah kipas @ biar sehingga coklat keras baru hias dgn coklat putih
biar seketika sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

dah siap.... mudahkan?

*TIPS: kalau takut coklat keras sebelum siap sudukan dalam paper cup, boleh letak mangkuk steel atas rice cooker yg ada air menggelegak & "on" kan suisnya...

Ini Anwar Hadi godol 3 trofi pada kemuncak DIGI wwwow awards

salam semua, N3 ringkas ni hanya untuk mengucapkan tahniah & mengaprisiasikan rasa bangga terhadap anak melayu yg bernama ANWAR HADI atas kejayaan beliau meraih 3 trofi dalam anugerah digi wwwow yg berlangsung di KLPAC baru2 ini... (maaf klu terlambat update... at least, rasa puas dapat ucap tahniah)

beliau telah memenangi 3 trofi untuk kategori:
                                                                   1-Must Follow Personality
                                                                   2-Video of the Year dan...
                                                                   3-Blogger of the Year

untuk info dan gambar2 sepanjang majlis yg lebih jelas boleh tengok kat sini ok... enjoyce!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...